22

1K 84 24
                                    

22

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

22...🍃

BARU beberapa minit Rafeah mengaktifkan semula telefon pintarnya, berderu-deru notifikasi masuk. Bunyi notifikasi itu mengganggu ketenteraman jiwa Rafeah yang tak berapa nak tenteram.

Tut tut tut. Bunyi notifikasi tanpa henti. Akhirnya Rafeah tutup bunyi, hentikan mod getaran. Baru tenang hidupnya!

Rafeah baru nak berbaring apabila layar telefonnya memancar-mancar, tanda ada seseorang sedang menghubunginya. Dia tergerak hati hendak jenguk nama pemanggil.

“Kila?”

Kalau orang lain rasanya Rafeah hendak abaikan saja. Pergi mampus dengan orang lain yang tidak penting. Rafeah tidak ada selera hendak melayan kerenah orang. Apalagi nak melayan nafsu gersang lelaki keparat yang tak sedar diri.

Nafsu sendiri pun terpaksa Rafeah bantutkan demi menghormati tuan rumah, inikan pula Rafeah mahu melayan nafsu orang lain. Ingat Rafeah baik hati sangat? Satu-satunya lelaki terhormat yang tidak akan Rafeah minta bayaran jika mahu berhubungan badan dengannya hanyalah Hairi.

Hairi istimewa bukan kerana Rafeah ada hati dengan lelaki itu. Kalau tanya Rafeah, Rafeah sendiri secara jujur tidak dapat memberikan sebab yang jelas kenapa Hairi mendapat pengecualian berbanding lelaki lain.

Mungkinkah kerana Hairi adalah lelaki yang paling baik setakat ini yang Rafeah pernah jumpa? Dia terhutang budi pada Hairi. Lelaki metropolitan itu banyak membantu kelangsungan hidup Rafeah. Dan hidup Rafeah jadi tercela bukan salah Hairi.

Hairi sebenarnya tidak pernah meminta budinya dibalas dengan body. Tidak pernah sama sekali! Rafeah juga tidak melakukan semua itu dengan niat mahu membalas budi, hanya saja Rafeah suka apabila berhubungan badan dengan Hairi.

Hairi seorang yang lembut. Hairi melayannya bagaikan dia adalah seorang wanita yang sangat berharga. Setiap kali mereka bersama, Rafeah rasa dia dan Hairi ibarat kekasih yang sebenar.

Rafeah gembira sewaktu bersama Hairi. Tidak ada keluhan yang tidak enak tentang seorang lelaki yang bernama Hairi.

“Kila.”

Syakila tak jawab pun panggilannya. Mungkin tak dengar. Perempuan itu masih bersuara tanpa henti. Banyak sungguh ceritanya.

Hesy, perempuan ni! Nasib baik jauh! Hati Rafeah mengomel.

Rafeah mengeluh lagi untuk kesekian kalinya. Dia mulai bosan. Telinganya dipaksa untuk terus mendengar esakan seorang Syakila.

Meskipun hatinya sudah mula mencarut marah, tidak pula dia berniat bertanya atau menghentikan tangisan Syakila. Sedari mula menghubunginya sehingga kini sudah sepuluh minit berlalu, kalau tidak silap Rafeah, Syakila terus menangis tanpa henti.

Ada juga dia terdengar Syakila seperti ingin mengatakan sesuatu tetapi terhambat kerana gadis itu kembali menangis.

Apa yang nak disedihkan sangat? Tujuan Syakila menghubunginya adakah sekadar buat memperdengarkan tangis duka ataupun suka itu?

DOSA Yang Bernama RAFEAH Where stories live. Discover now