12

829 51 12
                                    

12

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

12...🍃

Suatu hari ketika Rafeah masih belasan tahun...

KAKI dan tangannya bergerak tak tentu arah. Dia menggelepar. Sakitnya, nauzubillah!

Dia berteriak, terjerit-jerit di tengah ruang tamu. Siti Salamah tak peduli. Makin kuat telinga Rafeah ditarik.

“Sakit, mak! Adoi, mak! Ampun, mak! Sakit telinga Feya.” Rayu Rafeah menahan sakit. Dia rasa telinganya sedikit lagi mahu putus. Siti Salamah tarik telinganya bukan main kuat.

“Ini baru aku tarik telinga! Kalau pak hang bedal hang dengan tali pinggang baru hang tahu rasa! Masa tu hang baru tahu nak tobat!”

Rafeah tercebik-cebik. Dia mengusap telinga yang baru dilepaskan Siti Salamah.

Hang tak payah buat muka lagu tu. Buruk! Sudahlah hitam macam anak keling, lepas tu hang buat pula muka lagu tu! Sebijik macam anak keling tahu dak?” Siti Salamah mula membebel. Kecil besar dia melihat Rafeah.

Ketika ini amarahnya lebih besar. Dia lupa hendak kasihankan anak bongsunya. Cakapnya lepas saja. Tak kisahlah kalau bicaranya sedang menghiris jiwa si anak remaja, kemarahannya perlu diluahkan.

Rafeah tarik muka. Salahnya bukan besar sangat, namun marah Siti Salamah padanya seolah-olah dia sudah menconteng arang ke muka keluarga.

Siti Salamah pilih kasih! Emak dan bapak sama saja. Dua-dua suka menghina dirinya.

“Apa nak jadi dengan hang ni? Belajar makin malas, kerja asyik merambu aja! Emak hantar hang pi sekolah bukan suruh hang kawan dengan orang bukan-bukan, mak suruh hang pi belajar! Bagi pandai! Bagi otak hang jangan duk bebal macam aku ni hari-hari bagi hang makan semut!” Jerkah Siti Salamah dengan muka semerah padma.

“Feya buat apa, emak?”

Hang boleh tanya aku hang buat apa?!”

Bahu Rafeah terhenjut. Terkejut dijerkah Siti Salamah. Suara emaknya semakin lama semakin kuat mengalahkan halilintar membelah bumi.

Hang kalau buat salah tak pernah nak mengaku. Ada je benda hang buat naikkan darah aku. Kalau ikutkan hati aku ni…”

Rafeah ketap bibirnya. Emak nak buat apa? Nak bagi aku mampus ke? Awat tak buat terus? Bunuh ja aku! Baru puas hati emak kan? Hati kecil seorang remaja belasan tahun mula memberontak. Dia sudah tidak tahan mendengar kata cacian emaknya sendiri.

“Kalau emak benci sangat kat Feya, awat mak dengan pak tak bunuh ja Feya dulu?”

“Eh, budak bertuah ni!” Alangkah molek kalau Rafeah diam saja. Bila Rafeah berani menjawab begitu Siti Salamah menjadi bertambah marah. Dia geram hendak pukul mulut Rafeah yang celopar.

DOSA Yang Bernama RAFEAH Where stories live. Discover now