05

1.7K 108 2
                                    

05

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

05...🍃

RAFEAH?” Betul ke itu Rafeah?

“Feya?”

Mendengar suara seseorang, wanita itu pantas mengangkat muka. Dia seperti mendengar namanya disebut. Cahaya silau segera menyambut penglihatan.

Samar-samar seorang wanita tua terlihat sedang berdiri di tengah pintu pagar yang terbuka. Teragak-agak wanita tua itu menghampirinya.

Kini jelas sudah wajah wanita tua itu. Kedut seribu menghiasi seraut wajahnya. Macam pernah tengok. Jiran sekampung ke?

Hai, Peah! Sudah semestinya jiran sekampung. Kalau bukan jiran, takkan perempuan tua tu ada depan dia sekarang! Pakai pun kain batik dengan baju kurung Kedah saja. Nampak sangat kampungnya orang tua ni. Hati Rafeah tak boleh lari daripada mengumpat.

“Rafeah kan?” Soalan diulang.

Meskipun tak yakin dengan tekaannya, namun Su Timah ingin memastikan. Sisa wajah seorang Rafeah yang polos masih melekat pada wajah itu. Su Timah tak pernah lupa.

Rafeah mengerjapkan matanya lantas mengangguk. Ringan mulutnya mahu bertanya siapa gerangan perempuan tua ini. Entah mengapa hujung lidahnya terasa kaku hendak mengeluarkan suara.

“Ya ALLAH! Balik juga kamu akhirnya.”

Tangannya ditarik. Sepantas kilat dia sudah berada dalam pelukan seseorang yang seakan dia kenal tetapi sudah dilupakan.

Banyak yang telah dilupakan. Terlalu banyak. Tidak terhitung semua yang telah dia tinggalkan dan lupakan. Dadanya tiba-tiba berasa sesak. Dia terlalu ingin menolak tubuh tua Su Timah. Tidak sampai hati setelah telinganya mendengar esakan kecil.

Kenapa perempuan tua ni menangis? Drama sebabak apakah ini?

Hesy, dia laparlah! Jamulah dia makan. Menangis depan dia, dia boleh buat apa? Lagipun dia benci drama!

Menangis seperti anak kecil. Sudah tua berbulu pun belum mampu mengawal emosi. Memalukan kaum perempuan yang gagah perkasa sepertinya.

“Ke mana ajalah kamu pergi selama ini? Sampai ke sudah tak kesampaian hajat mak dengan pak kamu nak jumpa kamu,” ujar perempuan tua itu dengan nada sebak sebaik saja melepaskan pelukan.

“Kenal ke mak dengan pak saya?” Tanpa dapat ditahan, mulut Rafeah lancar bertanya.

Su Timah menyebut tentang emak dan bapaknya. Mungkin dia boleh mengorek informasi tentang orang tuanya melalui Su Timah.

“Mari, mari.” Su Timah menarik tangan Rafeah.

“Nak pergi mana? Beg saya...” Rafeah tergesa-gesa menarik bagasi.

“Rumah Su,” jelas perempuan tua itu setelah sampai di hadapan sebuah rumah persis rumah emak dan bapak. Cuma warna cat saja yang berbeza.

Halamannya juga bersih dan terjaga rapi. Kedudukan rumah itu tidak jauh dari rumah orang tuanya. Hanya selang beberapa buah rumah saja.

Kawasan rumah yang besar. Halaman dipenuhi rumput karpet yang tertata rapi. Di hujung halaman terdapat dua pohon manggis. Juga pokok mangga yang sedang berbunga lebat. Musim buah mangga agaknya.

Bagai ternampak di matanya buaian yang sedang berayun, terikat pada dua batang pohon manggis yang tegap.

Rafeah berlari berkejaran bersama seorang gadis bertocang dua.

“Hoi, tak padan dengan anak dara lari-lari macam tu!” Sergah suara garau seorang lelaki. Rafeah dan gadis bertocang dua tidak mengendahkan ejekan itu. Mereka terus berkejaran sambil tertawa.

“Rafeah, balik! Dah nak maghrib!” Rafeah dan temannya mendadak berhenti berlari. Mereka berpandangan kemudian menguntumkan senyum di bibir.

“Mak kita panggil balik.” Rafeah mengatakan seakan temannya itu tidak mendengar teriakan emaknya sebentar tadi. Padahal jangankan mereka, jiran-jiran yang tinggal selang beberapa buah rumah dengan mereka juga pasti mendengar suara emak Rafeah yang kuat mengalahkan pembesar suara.

“Esok pagi awak tunggu kita tau. Kita pergi sekolah sama-sama.”

Rafeah tersengih sampai ke telinga.

“Ya. Tapi awak jangan lambat nanti kita tinggal awak!” Laung Rafeah sambil berlari pulang ke rumah.

Rafeah remaja sangat lincah. Rafeah remaja juga masih polos. Rafeah yang...

“Rafeah.”

Rafeah pejamkan mata. Dia yakin dia sudah hampir kepada gambaran wajah yang terukir di benaknya.

“Su Timah?”

“Hah, iyalah. Su Timahlah ni! Su mana lagi? Takkan Su Lijah anak bongsu arwah Tok Aki tu pula,” tempelak Su Timah. Lagi-lagi dia menarik tangan Rafeah supaya masuk ke dalam rumahnya.

“Tok Aki dah meninggal?” Rafeah terkejut.

“Dah tua, matilah. Lagipun dah sampai masa.” Mudah jawapan Su Timah.

“Bila?”

“Tiga tahun dah...”

Tiga tahun? Sudah selama itu? Kalau Tok Aki sudah meninggal, jangan-jangan... Dada Rafeah tak semena-mena berdebar.

Tak mungkinlah! Tok Aki dengan Su Timah lebih kurang saja umur, mungkin Su Timah muda beberapa tahun. Kalau Su Timah masih sihat, mustahil mak dengan paknya sudah meninggal. Rafeah cuba sedapkan hatinya.

Tadi dia seperti tak hairan kalau emak dan bapaknya telah meninggal. Tapi kenapa sekarang perasaannya seakan sukar hendak menerima?

“Mak dengan pak saya mana Su? Dah pindah ke?”

Su Timah yang sedang membuka jendela, terhenti pergerakan tangannya. Dia berpaling pada Rafeah yang tercegat.

“Pergilah masuk berehat dulu. Nak mandi ka, nak tidur ka. Nanti Su siap masak, Su panggil.” Su Timah membuka tingkap lebar-lebar, menjemput angin bertiup sehingga ke dalam rumah. Tak jadi dia ke kedai. Nantilah dia suruh Maliki yang belikan barang.

“Tapi...” Rafeah mahu menegah.

Dia ingin tahu ke mana orang tuanya menghilang. Setelah itu dia mahu mencari mereka. Tak mahu dia berlama di rumah Su Timah.

“Malam nanti baru kita bercerita.” Tegas ucapan di bibir Su Timah tidak terbantahkan lagi.

Rafeah mengangguk lesu. Dia menuju ke bilik yang ditunjukkan Su Timah. Dia panasaran mahu tahu secepat mungkin. Tetapi dia juga tahu Su Timah orang yang tegas. Jika Su Timah mengatakan malam, maka malamlah jawabnya. Mahu tak mahu dia kena tunggu.

DOSA Yang Bernama RAFEAH Where stories live. Discover now