09

1.2K 76 12
                                    

09

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

09...🍃

MOTOSIKAL EX5 dimatikan enjin lalu ditongkat. Kemudian dia tergesa-gesa ke tebing sungai. Alhamdulillah dia sendirian, disambut bunyi unggas yang terkadang terdengar, terkadang tidak.

Muka diraup. Penuh kesal. Mengeluh tak sudah-sudah.

Dia terbongkok-bongkok mengutip batu. Adakala tangan meramas rumput. Perlu dicari cara untuk melepaskan kemarahan. Tebing sungai itulah yang dipilih menjadi saksi.

Batu dilempar ke dalam sungai. Air berkocak.

Ikan sepat dan keli di dalam sungai bertempiaran lari. Mungkin ketakutan kerana ada seorang lelaki sedang dilanda ribut kemarahan. Marahkan seorang Rafeah, tempat ikan berenang dijadikan sasaran melepaskan kemarahannya.

Belum hilang sakit di hati Maliki. Setiap kali teringatkan wajah cantik yang berpura-pura polos itu, hati Maliki bagai direjam batu sakitnya.

Apakah perempuan itu langsung tidak punya harga diri? Tidak tahu malu, sekurang-kurangnya perasaan malu pada Su Timah yang sudah tua?

Tujuh tahun Rafeah menghilang, tiba-tiba pulang bagaikan tiada kesalahan yang pernah Rafeah lakukan. Wajah selamba tak terselindung duka. Walhal dia pergi tinggalkan rumah, emak dan bapaknya bukan setakat tinggalkan rumah, tinggalkan dunia juga! Entah apa mahunya Rafeah pulang semula ke kampung.

Maliki percaya saat ini bukan Rafeah yang sesungguhnya yang ditunjukkan kepada Su Timah. Perempuan itu hanya berpura-pura ayu dan baik.

Bertudung dan berbaju kurung? Haktuih!

Rambut karat, kuku berwarna merah hasil pewarna kuku, Maliki tak sudi gelarkan Rafeah sebagai ayu dan baik. Rafeah tak layak mendapat pujian daripada seorang Maliki.

“Tok pun satu. Kenapalah baik sangat?”

Maliki tidak berpuas hati melihat layanan neneknya terhadap Rafeah. Su Timah terlalu baik. Langsung tidak mengungkit kesalahan yang telah dilakukan Rafeah. Perempuan itu pantas ditampar bertalu-talu selepas apa yang dilakukannya bertahun yang sudah.

Meskipun secara dasarnya Maliki tidak ada kena mengena dalam semua kejadian itu, tetapi Maliki dapat merasakan bahana kehancuran yang telah Rafeah perbuat. Perlahan-lahan Rafeah bukan sahaja berjaya merobek luka di hati orang-orang yang menyayanginya, tetapi telah menghancur lumatkan hati emak dan bapaknya.

Rafeah kejam! Rafeah tidak ada hati perut! Emak dan bapak Rafeah...

Mata Maliki terpejam. Sampai mati pun Maliki takkan lupa kedua-dua wajah itu. Wajah terluka yang tidak pernah lagi meraih bahagia.

Mula-mula Amsyar, selepas itu Rafeah. Sesungguhnya kehilangan Amsyar adalah sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Amsyar pergi dijemput ILAHI. Sedangkan Rafeah?

“Perempuan bodoh! Kenapa kebanyakan perempuan tak ada akal? Otak letak dekat lutut! Begitulah jadinya. Bodoh. Dungu. Badigol. Tolol. Ah, semualah!"

DOSA Yang Bernama RAFEAH Where stories live. Discover now