17

717 58 17
                                    

17

Oops! Această imagine nu respectă Ghidul de Conținut. Pentru a continua publicarea, te rugăm să înlături imaginea sau să încarci o altă imagine.

17...🍃

RAFEAH mengesat air matanya. Laju mengalir tanpa dapat ditahan. Dia tidak mahu menangis, namun mendengar khabar duka itu hatinya sedikit tercuit. Su Timah di hujung sofa dipandang pilu.

Sedih ke dia?

Dia sendiri tak tahu dia sedang berpura-pura atau sungguh perasaannya sedang sedih. Namun air mata di pipinya mengalir sendiri, bukan disebabkan dia memaksa air matanya melimpah.

Nak kata sedih, hatinya berasa kosong. Nak kata tak sedih, kenapa dia menangis?

“Mak dengan pak hang meninggai masa dalam perjalanan pi hospital...”

Su Timah sambung bercerita. “Depa tak dan nak pi jemput hang pun. Mak dengan pak hang kena langgar masa naik motor nak pi pekan.”

Su Timah merenung jauh. Tembus sehingga ke luar dinding lalu sampai ke halaman rumah, kemudian mengembara ke tempat kejadian yang meragut nyawa Pak Bulat dan Siti Salamah.

Pak Bulat dan Siti Salamah kena langgar dengan kereta cina mabuk. Kata oranglah cina itu mabuk. Rasanya betullah kut. Kalau tak mabuk takkanlah kereta cina tu boleh terhuyung-hayang. Lagipun cina itu sendiri yang mengaku pada polis. Dia tak sengaja langgar emak dan bapak Rafeah. Dia terlanggar mereka kerana dia di bawah pengaruh alkohol.

Kes emak dan bapak Rafeah sebenarnya kes langgar lari. Lepas orang mabuk tu langgar depa, orang tu lari. Tinggalkan emak dan bapak Rafeah terkapar di dalam longkang, nyawa-nyawa ikan.

Tak ada saksi tapi cina tu buat gila pi mabuk lagi tak sedar diri, cerita pula pada kawan dia yang tak mabuk. Pasal mabuk itulah emak dan bapak Rafeah meninggal, dan cina itu juga kena hukum. Langgar orang lepas tu lari.

“Haru jugalah. Doktor kata pasai lambat sikit jumpa. Itu pun nasib baik orang kenal motor depa. Duk tergolek tepi jalan. Kalau depa jumpa awai terus bawak pi hospital mungkin masih boleh diselamatkan. Tapi kuasa di tangan TUHAN kan? TUHAN memang dah tulis ajal mak pak hang malam tu. Nak buat lagu mana?”

Su Timah menghela nafas kasar. Beberapa kali dia berdeham kerana tangis yang merayu minta dilepaskan. Dia enggan menangis. Sebolehnya dia tidak mahu menambahkan kesedihan Rafeah. Cukuplah Rafeah seorang yang menangis. Sebelum ini dia sudah puas menangisi nasib Pak Bulat dan Siti Salamah suami isteri.

“Su rasa mak dengan pak hang memang nak sangat jemput hang balik. Depa pi pekan nak ambil duit nak pi tempat hang. Last-last pekan tak sempat sampai, pi tempat hang pun tak dapat.” Nada suara Su Timah perlahan. Banyak emosi yang cuba disembunyikan.

Apabila membuka semula cerita tentang tragedi kematian Pak Bulat dan Siti Salamah, dia pasti akan teringatkan Orked yang hidup sebatang kara. Emak dan bapak meninggal, tinggal seorang adik pula hilang entah ke mana. Malang sungguh nasib Orked. Sekelip mata hilang tempat bergantung. Nasib baiklah Pak Bulat ada juga tinggalkan sedikit harta. Dengan harta itulah Orked teruskan hidup.

Su Timah pandang wajah Rafeah yang tertunduk. Gadis itu bertudung sopan, melitupi dadanya. Hari ini baju kurung kain kapas berwarna merah jambu jadi pilihan Rafeah. Rafeah nampak cantik. Lebih cantik daripada tujuh tahun lepas. Kulit pun dah bertambah cerah.

Muka Rafeah yang dulu kusam dan sedikit berjerawat kini licin dan berseri-seri. Sejuk hati Su Timah melihat wajah dan penampilan Rafeah. Kalau Pak Bulat dan Siti Salamah masih hidup pasti mereka sangat gembira dengan kepulangan Rafeah. Tak perlu dijemput, Rafeah akhirnya pulang atas kemahuan sendiri.

Sejujurnya banyak soalan yang Su Timah mahu tanyakan pada Rafeah. Soalan-soalan itu kini tergantung di hujung lidah, buat lidah Su Timah menjadi gatal. Namun bila difikir-fikir, Su Timah jadi tak tergamak mahu bertanya. Apatah lagi soalan yang mahu Su Timah tanyakan semua soalan sensitif.

Kalau mampu disuarakan, beginilah antara soalan Su Timah.

Kenapa Rafeah lari dari rumah?

Betul ke Rafeah pernah ada hubungan dengan Rashid?

Betul ke Rafeah kerja jual diri selepas tinggalkan rumah?

Soalan terakhir paling payah untuk diutarakan. Kalau lihat muka polos Rafeah sekarang, rasa macam tak percaya pula Rafeah tergamak buat kerja terkutuk itu. Apakah mungkin Zahin sebenarnya hanya buat mulut kerana dengkikan keluarga Pak Bulat?

DOSA Yang Bernama RAFEAH Unde poveștirile trăiesc. Descoperă acum