Mata ku seperti dah berair.

Aku berdiri membetulkan selimutnya yang tertutup hanya diparas lutut..

Tapi tiba tiba badannya bergerak.

Aku terus berhenti.

Dia memegang kepalanya, lalu pipinya.
"Ack!"

Sehinggalah dia membuka matanya dan melihatku dengan jelas disebelahnya.
Matanya membesar melihatku.

"A-a-apa awak buat kat sini?" Katanya

"Saya yang patut tanya boss. Macamana boss boleh jadi macam ni?" kataku.

"Siapa yang call awak?" Tanyanya lagi.

"Ada orang pukul boss ke?" Tanyaku tanpa menghiraukan pertanyaannya.

Dia mengeluh perlahan.

Dia melihat aku lalu memalingkan tubuhnya membelakangiku.

"Just go." Katanya.

"Saya minta maaf..."

Dia hanya diam.

"Boss perlu apa apa ke? Kalau tak saya-"

"I'm fine, just go." Katanya masih membelakangiku.

"Macamana saya nak pergi dengan keadaan boss macam ni" marah ku.

"I don't need you." Katanya.

Kata katanya seperti terkena hirisan pisau.
Tapi aku tetap berkeras dan tak peduli.

"Saya tak peduli. Saya takkan pergi."

"I just want to be alone"

"Saya akan pergi kalau boss dah pulih"

Tiba tiba tabir terbuka, dan ada seorang nurse dan seorang doktor lelaki.

"Eh! Dah bangun?" Kata doktor tersebut

Doktor tersebut memeriksanya..

"Ini saya dah masukkan ubat antibiotik. Alhamdulillah, memang tak ada cedera yang teruk cuma luka luaran je. Saya rasa esok pun encik Hairi dah boleh balik." kata Doktor kepadaku.

"Oh. Alhamdulillah." Aku lega mendengar kata katanya.

Boss Hairi bangun.
"Esok?"

"Ya esok cik Hairi dah boleh balik." kata doktor lagi.

"Malam ni saya dah boleh balik ke?"
Kata boss Hairi.

"Umm.. well if you want you can as long-"

"It's ok i just go home." Dia berdiri.

"Ohh well... ok.." kata doktor ragu ragu.

"Tapi boss kan belum sihat lagi." Kataku kepada nya.

"I'm fine." Katanya singkat dan dingin.

Selepas aku mengambil ubat nya dari nurse aku terus pergi ke kereta.

Dia duduk dikerusi belakang sebab dia tak dapat drive.
Jadi aku duduk kat kerusi depan disebelah driver.

Aku menoleh kebelakang.

Dia bersandar sambil menutup matanya.

Mungkin dia mengantuk.

Sampai kat depan hotel, dia dengan pantas keluar dari kereta.

"Cik! Beg cik" driver tu memanggil aku.
"Thank you." Kataku.

Mungkin dia tak nak jumpa aku...
Fikir ku sendiri.

Aku masuk dalam bilik hotelku.

Bila aku nak letak beg ku, aku baru teringat ubat ubat dia ada kat aku.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now