BAB 51

13.3K 157 12
                                    

AMARAN
Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa yang berat. Untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja.

Aku terjaga dari lenaku yang agak pendek, rasanya aku telah mengalami suatu mimpi yang cukup mengerikan dan teramat aku takuti. Terpisat-pisat mataku memandang sekeliling, nampaknya ini bukan bilik tidurku, aku tidak mengenali bilik ini dan tidak pernah langsung menduduki bilik ini seumur hidupku. Aku ternampak Kakak Farisya sedang duduk si birai katil berhampiran kaki kananku. Untuk mahukan kepastian, aku bertanyakan soalan pada Kakak Farisya.

"Kak Sya, saya sekarang ni ada kat mana? Macam mana saya boleh berada di sini?"

"Nurin sekarang ni kat bilik rehat dan rawat pejabat. Nurin rehat dulu ye. Kalau Nurin rasa sakit dan pening kepala, makan dulu ubat panadol ni ye. Kak Sya letak ubat ni atas meja ni."

"Ehhh... macam mana saya boleh berada kat bilik ni? Tadi rasanya saya macam tengah tidur kat rumah je. Lepas tu saya termimpi yang Kak Sya bawa saya ke pejabat Abang Fiqre. Saya berjumpa dengan seseorang kat pejabat tu. Dia bagitau ada satu perkara buruk telah terjadi pada semua pekerja termasuklah Abang Fiqre di kapal kargo yang diorang tengah baiki tu. Diorang semua telah diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf."

"Nurin... Kak Sya berharap Nurin dapat bersabar banyak-banyak ye. Anggap sahaja semua yang terjadi ini adalah dugaan dari Tuhan untuk menguji tahap keimanan hambaNya. Kak Sya harap Nurin dapat menerima berita ini dengan redha dan tabah. Semua perkara yang dah terjadi tadi bukanlah mimpi, ianya adalah benar. Semua kumpulan jurutera kita dan jugak anak kapal dah diculik oleh kumpulan Abu Sayyaf. Sekarang ini pihak syarikat dan juga pihak kerajaan Malaysia dan Filipina sedang berusaha untuk menjejaki mereka dan menyelesaikan masalah ini dengan secepat mungkin. Sabar banyak-banyak ye Nurin."

Aku menatap wajah Kakak Farisya sedalam-dalamnya, terdapat getaran dan kesedihan pada nada suaranya, airmata juga mulai mengenangi pada kelopak mata Kakak Farisya. Sebenarnya aku tahu perkara yang baharu sahaja disebutkan olehnya tadi bukanlah mimpi sebaliknya realiti. Namun fikiran dan perasaanku ini yang tidak dapat menerima hakikat itu sehingga membuatkan aku menganggap semua perkara yang terjadi itu hanyalah mimpi buruk di dalam tidur. Ahhh... tidak! Aku tetap tidak dapat menerima kenyataan itu. Tanpa segan-silu, aku berkata-kata sambil meraung kepada Kakak Farisya dengan suara yang teresak-esak dan airmata berjujuran di pipiku.

"Tidakkk... Kak Sya tipu saya... semua tu tak benar. Abang Fiqre sepatutnya balik ke kondo malam ni. Lagipun hari ni hari jadi Abang Fiqre. Dia dah janji nak pulang hari ni. Tolonglah Kak Sya. Katakan semua tu adalah tak benar, semua tu hanyalah mimpi semata-mata. Sob... sob..."

Kakak Farisya memeluk tubuh seerat-eratnya sambil menangis teresak-esak sepertiku juga. Aku menangis dan meraung-raung bagaikan orang yang telah kehilangan akal. Kakak Farisya cuba untuk menenangkan aku dengan mengucapkan kata-kata pemberi semangat di telinga kananku, namun aku sebaliknya langsung tidak menghiraukan kata-kata itu. 

"Sob... sob... Nurin... sabar banyak-banyak ye Nurin. Anggaplah semua ini adalah ujian dari Allah untuk menguji tahap keimanan hambaNya. Kak Sya pun rasa sedih sangat-sangat sekarang ni. Beban dan kesedihan yang Nurin tanggung sekarang ini memang terlalu berat. Sama-samalah kita berdoa semoga Fiqre dapat pulang ke pangkuan Nurin dan keluarga dengan selamat."

Aku langsung tidak menghiraukan segala kata-kata daripada Kakak Farisya meskipun dia memeluk tubuhku dan memujukku dengan bersungguh-sungguh, namun aku terus meraung bagaikan orang yang telah hilang kewarasan diri. Setelah beberapa ketika aku berkeadaan sebegitu, sekali lagi pandanganku menjadi gelap dan kelam serta tidak sedarkan diri, kali ini aku tahu yang aku telah pun pengsan buat kali kedua.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now