BAB 43

17.7K 188 20
                                    

AMARAN
Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa yang berat. Untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja.

Sepanjang 3 hari Abah berada di rumah kami, aku dan Abang Fiqre dengan sesungguh-sungguhnya menggunakan masa yang terluang untuk menggembirakan Abahku. Aku melayani Abah sebaiknya dengan semampu mungkin kerana itulah yang ingin aku lakukan sekian lama. Abah telah membesarkanku dengan penuh kasih sayang, keikhlasan dan tanggungjawab. Sudah tiba masanya aku membalas kembali kesemua jasa Abah itu meskipun ianya langsung tidak akan setimpal dengan pengorbanan yang telah Abah curahkan untuk membesarkanku.

Nasib baiklah Abang Fiqre pada ketika Abah sedang berada di kondo kami, suamiku itu sedang bercuti mingguan, jadi selama 2 hari ini, Abang Fiqre membawa aku dan Abah untuk bersiar-siar di tempat-tempat menarik yang terdapat di sekitar KL dan Selangor. Manakala 1 hari lagi digunakan oleh Abah untuk mengajarku membawa kereta yang baru dibeli oleh Abang Fiqre sebagai hadiah hari kelahiranku. Abah amat berkeinginan untuk melawat pusat pentadbiran negara iaitu Putrajaya, jadi kami turutkan sahaja kemahuan Abah itu dengan membawanya ke sana dengan menggunakan kereta baruku yang dipandu oleh Abang Fiqre. Abah amat terpesona melihatkan keindahan landskap dan juga binaan manusia yang terdapat di sana. Abah juga tidak melepaskan peluang untuk bersolat berjemaah di Masjid Besi Putrajaya. Setelah hampir 4 jam kami bersiar-siar dan meluangkan masa di sana, akhirnya kami pun bertolak pulang ke kondo kediaman kami.

Pada hari ke 4 iaitu hari untuk Abah kembali pulang ke Pekan Gerik. Seperti biasa, pastinya akan ada drama airmata daripadaku untuk memujuk Abah supaya tinggal lebih lama di kondo kami. Abah akan pulang bersama Syaqila dan juga adiknya Syaqina dengan menggunakan kereta milik ibu mereka iaitu Toyota Avanza. Syaqila menjemput Abah pada jam 7.30 pagi di kondo kami kerana Abah mahu tiba di Pekan Gerik sebelum masuknya waktu solat Maghrib. Pelbagai kaedah pujukan dan rayuan telah kulontarkan untuk mencairkan hati Abah, namun dia tetap dengan pendiriannya yang begitu teguh dan utuh untuk dirobohkan.

"Sob... sob... Abah. Duduklah lebih lama lagi di rumah kami ni. Adik betul-betul rasa tak puas nak bermanja dengan Abah. Adik rasa seronok sangat-sangat dapat jaga Abah kat sini. Duduklah lebih lama lagi."

"Adikkk, Abah bukannya tak mahu duduk lama-lama di sini. Abah ada urusan kat kedai kita tu besok. Adik pun tahu kan perkara apa yang patut Abah uruskan. Kalau Abah takde kat sana besok, susahlah nanti perniagaan Abah. Lagipun sekarang ni Adik pun dah tahu, kedai Abah dah makin berkembang besar, pekerja pun dah 3 orang, barang yang dijual pun dah macam-macam."

"Sob... sob... Abah dah tak sayangkan Adik ke? Sampai hati Abah nak tinggalkan Adik sorang-sorang kat sini. Adik rindukan sangat-sangat dengan Abah, Adik nak jaga Abah betul-betul sampai Abah tutup mata. Adik nak balas balik semua jasa Abah sebab besarkan Adik dengan sempurna. Adik benar-benar sayangkan dan rindukan Abah."

"Adikkk... dengar betul-betul apa yang Abah nak bagitahu ni. Sekarang ni tanggungjawab Adik bukannya menjaga Abah, tanggungjawab Adik yang paling utama adalah menjaga dan melayani suami Adik tu. Kalau Adik betul-betul sayangkan Abah, Adik jadilah seorang isteri yang taat, solehah dan penyayang. Hanya doa daripada anak-anak soleh sahaja yang boleh membantu Abah di alam barzakh nanti. Abah nak kesemua anak-anak Abah bahagia dengan keluarga masing-masing. Kalau kesemua anak-anak Abah bahagia, Abah pun akan turut bahagia. Itu sahaja yang Abah minta dan pohon daripada Adik. Boleh tak Adik?"

Meskipun aku masih dalam keadaan tersedu-sedan, aku tidak mengeluarkan lagi sebarang kata-kata. Apa yang diucapkan oleh Abah sebentar tadi memang betul, tanggungjawab utama aku adalah menjadi seorang isteri yang solehah, taat dan penyayang. Jadi, aku perlu memberi layanan yang sebaiknya kepada suamiku yang amat kucintai sepenuh jiwaku. Akhirnya setelah beberapa minit Abahku memujukku dengan amat berhemah, aku merelakan dan meredakan pemergian Abah untuk pulang ke Pekan Gerik. Aku memeluk Abah dengan semahu-mahunya, aku mencium tangan Abah dengan linangan airmata yang masih menuruni pipiku.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now