BAB 35

25.8K 201 6
                                    

AMARAN
Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa yang berat. Untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja.


Pagi yang tenang itu, aku sediakan suatu makanan istimewa untuk menjadi santapan bagi kedua-dua lelaki yang paling kucintai di dalam hidupku iaitu nasi lemak. Meskipun penyediaan makanan itu memang agak melecehkan serta lambat, namun hasil yang kuperolehi sememangnya tidak pernah mengecewakan. Aku memang agak mahir menyediakan nasi lemak, masakan itu sering menjadi pujian orang lain terutamanya Abang Fiqre. Pagi itu aku menyediakan nasi lemak berlaukkan sambal tumis ikan bilis, ayam goreng berempah, kacang tanah goreng, telur goreng mata kerbau dan hirisan timun. Abang Fiqre juga turut membantuku di dapur, dengan memotong bahan-bahan masakan. Meskipun bantuan suamiku tersebut tidaklah seberapa namun aku amat menghargai pertolongan dia, bukannya mudah untuk melihat seorang suami membantu isterinya melakukan tugasan di dapur.

Lebih daripada sejam aku dan Abang Fiqre bergelut di dapur, akhirnya selesai juga kerja masak-memasak kami itu. Abah dan Abang Fiqre menikmati nasi lemak dengan begitu berselera, dua pinggan jugalah mereka berdua menambah nasi lemak. Abah memuji masakan nasi lemakku ini membuatkan aku berasa betul-betul dihargai.

"Si Nurin ni memang pandai masak nasi lemak ni. Kalah nasi lemak yang jual kat tepi jalan tu. Cukup rasa lemaknya, rasa manisnya, rasa pedasnya. Sama macam arwah emaknya, memang pandai buat nasi lemak."

"Nurin ni bukan je pandai masak nasi lemak je Abah. Semua jenis makanan Nurin pandai masak Abah, sedap-sedap pulak tu. Sebab tulah badan saya dah naik sedikit ni. Hehehe..."

"Ishhh Abang ni, banyak cakaplah. Tak elok tau bercakap banyak masa tengah makan. Abah dengan Abang ni pandai je puji Adik macam-macam. Adik tak pandai masak sangat pun Abah, tapi Abang Fiqre tu memang jenis kuat makan. Hihihi..."

Kami semua tertawa meriah di meja makan pada pagi itu. Meskipun aku merasa sedikit malu dengan pujian melangit mereka berdua, namun tidak dapat dinafikan yang aku memang merasa amat bahagia dan terharu dengan puji-pujian sebegitu. Tiba-tiba sahaja suasana di meja makan itu menjadi sunyi tanpa sebarang bahasa. Abah berkata-kata bagi memecah kesunyian itu.

"Selepas makan ni, Abah nak pergi ke rumah Tuk Penghulu. Diorang buat kenduri sebab cucu dia berkhatan pagi ni. Korang berdua nak ikut tak?"

"Tak pergi kot Abah. Adik dengan Abang Fiqre mungkin nak pergi jumpa kawan-kawan lama kot. Lepas tu nak ronda-ronda keliling bandar. Rindu sangat dengan bandar ni. Lagipun kami balik bercuti kat sini pun tak lama, cuma 3 hari je Abah."

"Ohhh ye ke. Kalau macam tu, takpelah. Nanti keluar rumah, jangan lupa tinggalkan kunci rumah kat tempat biasa."

"Ehhh, pelik pulak. Selalunya orang buat majlis berkhatan semasa cuti sekolah akhir tahun. Tapi kali ni diorang buat majlis tu masa cuti sekolah pertengahan tahun. Sempat ke luka berkhatan tu nak sembuh sebab cuti cuma 2 minggu je?"

Tiba-tiba sahaja Abang Fiqre menyampuk perbualan antara aku dengan Abah. Baharu aku sedar, hari ini adalah hari Sabtu, permulaan hari bagi musim cuti persekolahan pertengahan tahun. Betul juga apa yang dikatakan Abang Fiqre tu, lazimnya majlis berkhatan dibuat pada musim cuti persekolahan pada akhir tahun. Abah menjawab pertanyaan Abang Fiqre.

"Hmmm, cara berkhatan dulu dah tak sama macam sekarang Fiqre. Dulu, kalau nak sembuh luka berkhatan, ambil masa sampai sebulan. Sekarang ni tak sampai seminggu, luka berkhatan tu dah sembuh."

"Oh, betul jugak kata Abah tu."

Kami kembali menyambung sarapan pagi. Lebih kurang 30 minit kami menikmati nasi lemak yang cukup memuaskan hati, akhirnya kami pun selesai. Aku membasuh semua pinggan mangkuk di dalam sinki manakala Abang Fiqre pula mengemaskan meja serta memyimpan segala makanan dan lauk-pauk. Abah berlalu pergi ke biliknya untuk bertukar pakaian kerana ingin pergi ke majlis berkhatan cucu Tuk Penghulu. Setengah jam kemudian, Abah meninggalkan kami berdua di rumah dengan menaiki motosikal Honda EX5 miliknya. Aku dan Abang Fiqre hanya berehat-rehat dan bermalas-malas di atas kerusi rotan panjang sambil menonton televisyen. Tiba-tiba timbul di benak fikiranku untuk bertanyakan sesuatu pada suamiku.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now