BAB 27

29.7K 233 40
                                    

Malam itu aku menyediakan hidangan makan malam yang agak menyelerakan, nasi lemak berlaukkan sambal tumis sotong, ayam goreng berempah, telur rebus, kacang tanah goreng dan timun. Abang Fiqre makan dengan begitu berselera, 2 pinggan juga ditambahnya. Nasi lemak adalah makanan kegemaran Abang Fiqre terutamanya jika berlaukkan sambal tumis sotong, aku mengetahuinya daripada Mama. Aku sengaja memasakkan makanan istimewa buat suamiku sebagai tanda minta maaf kerana tidak dapat melayani kemahuan batinnya pada malam semalam.

Meskipun Abang Fiqre dengan tegas mengatakan aku langsung tidak bersalah dalam hal ini namun aku tetap merasa seperti tidak menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai seorang isteri. Walau bagaimanapun, Aku telah menanamkan tekad, malam ini aku akan memuaskan nafsu batin suamiku seperti yang telah dikongsikan oleh Syaqila kepadaku. Pelbagai kaedah dan cara yang boleh aku amalkan apabila aku ingin bersama suamiku ketika datangnya bulan, namun aku tetap merasa kekok dan malu untuk melakukannya. Ianya melibatkan suatu perbuatan yang belum pernah aku lakukan sebelum ini, dan juga agak menjijikkan. Sedang aku sedang berfikir-fikir di dalam minda, suamiku telah memuji masakanku sehingga membuatkan aku berasa begitu dihargai sekali.

"Amboi, sedap betul nasi lemak yang Sayang masak malam ni. Memang terbaiklah, sampai 2 pinggan Abang tambah. Kalah nasi lemak yang Abang selalu makan kat kedai. Sedap gilerrr..."

"Hihihi, terima kasih. Sayang masak ni khas buat Abang tau. Supaya Abang sentiasa teringatkan dan cintakan Sayang setiap masa sampai bila-bila. Biar sampai Abang dah tak pandang perempuan lain lagi. Hihihi..."

"Wahhh, hebatnya ayat Sayang tu. Tapi kalau Sayang nak tahu, semenjak kita mula bertunang, demi Allah, bagi Abang, Sayanglah wanita yang paling cantik dan sempurna. Setiap minit dan saat, Abang hanya teringatkan Sayang setiap masa. Terutamanya bila teringatkan malam pertama kita buat hubungan seks. Kemutan bur*t Sayang memang betul-betul buatkan Abang angau tak menentu. Kalau Sayang tak percaya, cuba tengok ni."

Jari Abang Fiqre menunjukkan pada bonjolan di kelangkang, terselindung di sebalik kain pelikat yang dipakainya. Aku begitu terkejut dan hampir tersembur nasi lemak yang berada di dalam mulutku. Aduh, tak malunya Abang Fiqre, bonjolan kelangkangnya begitu jelas dan agak panjang. Aku dapat mengagak, pastinya Abang Fiqre tidak memakai boxer seperti malam-malam sebelumnya. Aku melarikan pandanganku dari kelangkangnya ke wajah suamiku, meskipun fikiranku melarang untuk melihatnya namun hatiku berterusan menyokongku untuk terus menatap pemandangan yang cukup sensual itu.

"Eiii tak malulah Abang ni, tunjuk benda dia pulak. Mesti Abang tak pakai underware ni. Betul tak? Nampak panjang je tu. Hihihi..."

"Mestilah Abang tak pakai underware. Hehehe. Kalau Sayang nak tahu, Abang dah tak pakai boxer ni sejak kita balik dari Pulau Langkawi lagi. Cuma waktu malam je Abang tak pakai, waktu siang Abang pakai macam biasalah. Lagipun kot* Abang ni dah tak boleh nak control sekarang bila asyik tengok tet*k besar Sayang itu, asyik nak menegang je kerjanya. Hehehe..."

Apabila aku melihat diriku sendiri, baharulah perasan yang aku sedang memakai baju baby T, sehelai baju T berlengan amat pendek, bersaiz S, pelbagai corak dan warna, yang bertuliskan 'Visit Langkawi'. Baju ini agak singkat dan ketat di tubuhku terutamanya di bahagian buah dadaku. Abang Fiqre membeli 10 helai baju ini khas buatku di Pulau Langkawi, maklumlah harganya murah sahaja iaitu RM20.00 untuk 5 helai baju. Lagipun suamiku berkata, lebih selesa aku berpakaian sebegini di rumah berbanding memakai baju T berlengan panjang seperti sebelum ini. Aku menutup bahagian buah dadaku dengan kedua tanganku kerana berasa malu apabila bahagian itu sering diperhatikan oleh suamiku. Aku pun bersuara pada Abang Fiqre.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now