BAB 33

25.9K 196 89
                                    

Sudah lama aku tidak pulang ke kampungku setelah aku berkahwin dengan Abang Fiqre, rasanya hampir 5 bulan lamanya. Minggu ini Abang Fiqre akan bercuti selama 3 hari, jika dicampur bersama cuti mingguan sedia ada suamiku, makna kami akan bercuti selama 5 hari. Kami akan bertolak ke Gerik agak awal iaitu selepas kami menunaikan solat Subuh. Aku telah siapkan awal-awal lagi sarapan pagi iaitu roti sandwich dan karipap bersama air teh O untuk kami nikmati semasa dalam perjalanan nanti. Aku begitu gembira dan teruja untuk segera sampai ke kampungku, namun Abang Fiqre tetap membawa kenderaannya dengan cermat dan berhati-hati. Katanya biarlah kita sampai sedikit lambat tetapi selamat. Amat membosankan apabila mendengar kata-kata itu kerana ianya suatu ayat yang sering disuarakan oleh iklan-iklan kempen kerajaan. Hihihi. Jahat betul pemikiran aku ini. Masa perjalanan yang diambil dari kondo penginapan kami ke bandar Gerik agak jauh iaitu lebih kurang 5 jam perjalanan. Abang Fiqre cuba berbual-bual denganku untuk menghilangkan kebosanannya semasa memandu jarak jauh ini.

"Aduhhh, bosanlah jalan waktu siang macam ni. Lepas tu banyak kereta pulak yang lalu jalan ni. Tak syoklah Abang."

"Sebab apa nak bosan pulak Abang. Jalan waktu pagi macam inilah bagus. Mata kita tak mengantuk, badan pun masih segar lagi. Kalau kereta banyak lalu jalan ni, lagilah kita merasa selamat, sebabnya kalau terjadi apa-apa, kita boleh mintak bantuan orang. Betul tak?"

"Sayang cakap tu memanglah betul. Tapi kalau kita bergerak waktu malam lagilah best sebab..."

"Sebab apa Abang?"

"Waktu malam kan gelap. Orang tak nampaklah apa yang berlaku dalam kereta kita ni. Jadi bolehlah kita nakal-nakal dalam kereta. Mesti Abang akan sentiasa segar dan cerah mata sahaja sepanjang perjalanan kita ni. Hehehe..."

Dengan gerakan dan kepantasan semulajadi tanganku, jariku terus meluru ke arah lengan kiri Abang Fiqre lalu mencubitnya. Abang Fiqre mengaduh sakit namun dalam keadaan mulutnya ketawa, begitu juga aku yang sedang menguntum senyuman. Aku sememangnya tahu, Abang Fiqre amat gemar menyakatku terutamanya perkara-perkara yang berbaur sensual. Aku memarahinya namun tidak bersungguh-sungguh, seperti seorang ibu memarahi seorang anak yang masih belum mengetahui apa-apa.

"Abang ni, takde benda lain ke yang nak difikir tu? Asyik benda tu je yang Abang tahu. Banyak lagi benda yang boleh kita buat dan bualkan Abang."

"Takpelah Sayang, OKlah tu. Cuma dengan Sayang je Abang teringin nak nakal-nakal tau. Selama ni Abang tak pernah terfikir nak buat macam tu dengan perempuan-perempuan lain. Apabila bersama Sayang, Abang dapat rasakan nafsu seks Abang ni akan meningkat membuak-buak tau. Abang jadi tak boleh nak kawal nafsu Abang ni."

Tiba-tiba sahaja timbul pelbagai perasaan di sanubariku. Kasihan, terharu, teruja dan gembira. Sebagai seorang isteri, aku merasa gembira kerana suamiku hanya mendambakan aku sahaja untuk memuaskan nafsu batinnya. Tak pernah terlintas langsung di fikiranku, menganggap diriku seperti seorang pelacur kerana melayani nafsu batin suamiku tanpa mengira batas masa dan suasana. Aku melayani setiap kehendak batin Abang Fiqre kerana aku amat menyintainya dengan sepenuh jiwaku, dan aku juga harus mengakui bahawa aku amat ketagihkan setiap sentuhan suamiku. Lagipun setiap layanan ikhlasku kepada suamiku akan diberkati dan dirahmati Allah.

Aku memandang wajah Abang Fiqre yang kini sedang fokus dengan pemanduannya, tidak tergambar sebarang riak kecewa mahupun duka kerana aku tidak memenuhi kemahuannya sebentar tadi. Aku tahu yang Abang Fiqre hanya berseloroh dan ingin menyakatku sahaja. Namun aku tetap ingin melakukan sesuatu supaya Abang Fiqre sentiasa merindui dan menyayangiku setiap masa, aku perlu mengambil sesuatu tindakan, tidak hanya berpeluk tubuh sahaja dan berdoa supaya hubungan kami sentiasa berkekalan.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now