BAB 42

17K 188 17
                                    

AMARAN
Kisah ini mengandungi unsur-unsur dewasa yang berat. Untuk bacaan 18 tahun ke atas sahaja.

Dari ruang tamu, kami semua beralih pula ke meja makan dengan semua makanan telah terhidang dengan sempurna dan tersusun indah. Kami semua mengambil tempat masing-masing, Tuan Haji Ismail duduk bersebelahan isterinya, manakala aku pula duduk di bersebelahan suamiku. Tiba-tiba Tuan Haji Ismail pun bersuara mengatakan sesuatu.

"Fiqre, tunggu apa lagi, bolehlah mulakan bacaan doa sekarang. Nafsu makan saya ni pun dah melonjak-lonjak ni. Tak sabar saya nak rasa semua makanan atas meja ni."

Abang Fiqre tersenyum lalu menganggukkan kepalanya, dia mengangkat lalu menadahkan tangan untuk memulakan bacaan doa. Kami semua turut berbuat sebegitu, menadahkan tangan. Abang Fiqre memulakan bacaan doa dengan Bahasa Arab, selepas itu baharulah diikuti dengan bacaan Bahasa Melayu pula.

"Ya Allah, Ya Tuhan kami. Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Di hari yang serba indah dan bermakna ini, iaitu sempena hari kelahiran permaisuriku, Nurin Kya Faqeeha. Kami memohon Engkau berkatilah majlis kami ini, limpahkan rahmat yang tidak terhingga, hindarilah kami dari sebarang bencana dan musibah. Kuatkanlah iman kami dan janganlah palingkan hati kami daripada sinar hidayahMu..."

Aku amat terkejut dan terkesima dengan bait-bait bacaan doa suamiku itu. Aku menutupkan mulut dengan kedua tanganku dan mataku mulai digenangi dengan airmata kerana terlalu terharu dengan kejutan yang telah dibuat oleh Abang Fiqre dan juga keluarga Tuan Haji Ismail. Aku langsung tidak menyangka, rupa-rupanya majlis ini diadakan adalah khas untukku bersempena dengan hari kelahiranku yang ke 23. Aku sendiri telah terlupa bahawa hari ini adalah hari yang amat bermakna buatku kerana seumur hidupku, aku langsung tidak pernah meraikannya. Bagiku, hari ulangtahun kelahiran adalah untuk menandakan bertambahnya setahun lagi umur kita.

Kejutan ini tidak terhenti setakat itu sahaja. Abang Fiqre menunjukkan jari telunjuknya ke arah pintu masuk utama rumah Tuan Haji Ismail. Aku mengalihkan kepalaku untuk melihat ke arah jari Abang Fiqre yang sedang ditunjukkan itu. Di situ kelihatan Abah, ibu dan bapa mertuaku, adik iparku Annis dan juga rakan baikku Syaqila serta adiknya Syaqina. Di tangan Syaqila pula, terdapat sebiji kek coklat bersaiz sederhana yang telah dipacakkan dengan lilin yang sedang menyala. Kali ini aku tidak mampu lagi untuk mengawal perasaan gembira dan terharu di atas kedatangan mereka.

Dengan linangan airmata dan aku menangis teresak-esak kerana terlalu terharu serta gembira, aku berlari ke arah Abahku lalu memeluknya dengan erat. Aku memeluknya dengan sepenuh hatiku. Setelah beberapa ketika, aku bersalaman mencium tangan ibu dan bapa mertuaku, selepas itu baharulah aku berpelukan pula dengan rakan baikku Syaqila dan Syaqina. Mulutku tidak henti-henti mengucapkan terima kasih kepada meraka semua kerana sudi ke majlis yang dikhaskan untukku ini. Begitu juga dengan airmataku yang sehingga kini masih belum kering daripada membasahi pipiku, kerana tangisan kegembiraan yang teramat.

Aku telah diminta oleh Kak Farisya untuk memotong meniup lilin dan memotong kek yang telah dikhaskan untukku. Aku mematuhi permintaannya itu tanpa sebarang persoalan. Setelah aku berbuat sedemikian, aku mengagihkan kesemua potongan kek coklat itu kepada semua orang yang ada pada ketika aku. Abang Fiqre telah mengambil potongan kek itu lalu menyuapkannya sedikit ke dalam mulutku. Pada mulanya aku agak malu untuk menerima suapan suamiku itu, namun setelah dipujuk dan didesak oleh beberapa orang keluarga yang ada pada ketika itu, akhirnya aku membuka juga mulutku untuk menerima suapan kek coklat Abang Fiqre.

Tanpa aku jangka dan sangka, Abang Fiqre telah menghadiahkan kepadaku satu kucupan lembut di pipi kananku. Betapa malunya aku bukan kepalang, sudah pastinya pada ketika itu wajahku telah berubah menjadi kemerah-merahan di atas perbuatan suamiku di luar jangkaan. Maklumlah, sebelum ini aku langsung tidak pernah menerima sebarang ciuman dan kucupan daripada mana-mana lelaki yang bukan mahramku di hadapan orang ramai. Syaqila dan Syaqila tidak henti-henti memuji keberanian Abang Fiqre kerana perbuatannya yang dikatakan amat romantis itu. Selepas ini, pastinya aku akan menjadi mangsa usikan rakan baikku itu.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now