BAB 21

53.3K 338 49
                                    

Meskipun bilik hotel ini telah lama diselubungi dengan hawa sejuk dari penghawa dingin, namun aku dapat merasai wajahku serta beberapa bahagian tubuh mulai memanas dan berpeluh. Aku dapat mengagak, wajahku di kala ini pastinya sedang merona kemerahan dan nafasku juga dihela dengan agak kencang. Aku dan Abang Fiqre bertatapan mata dengan agak lama. Dia meletakkan tapak tangan kirinya di pipiku lalu diusapnya lembut sambil matanya merenung penuh makna ke arah anak mataku. Abang Fiqre menyuarakan perasaan.

"Betapanya Abang amat beruntung kerana berjaya menjadi suami dan menyulam cinta dengan Sayang. Abang langsung tidak pernah jemu melihat wajah jelita Sayang walaupun sesaat. Malam ini akan jadi malam bersejarah bagi kita berdua, malam penyatuan tubuh kita."

"Terima kasih Abang atas pujian melangit Abang pada Sayang. Terharu sangat-sangat Sayang mendengarnya. Sayang dah bersedia untuk serahkan seluruh tubuh ini untuk Abang nikmati sepuas-puasnya."

"Abang rasa, lebih baik kita solat sunat syukur dulu. Lepas tu, kita mulakan apa yang sepatutnya. Baharulah setiap perbuatan kita akan diberkati. Hehehe."

Aku mengangguk setuju dengan cadangan Abang Fiqre. Aku menanggalkan tudung, cardigan dan dress yang kupakai serta membersihkan solekan di wajahku. Kini di tubuhku, masih terlindung dengan kain dalam dan singlet yang kupakai. Aku pun berlalu menuju ke bilik air untuk mengambil wuduk.

--------------------------------

Kami berdua telah selesai menunaikan solat sunat syukur berjemaah. Suamiku menadahkan tangan untuk memulakan bacaan doanya. Bait-bait doa yang diucapkan suamiku begitu meruntun hatiku, betapanya Abang Fiqre amat ikhlas di dalam perhubungan kami dan mahukan yang terbaik khas buatku.

"Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, kami memohon kepadaMu Ya Allah semoga berkatilah hubungan kami di dunia dan di akhirat. Hindarkanlah kami dari sebarang dugaan dan kecelakaan, yang membolehkan kami berpaling dari hidayah dan keberkatanMu. Peliharakanlah hubungan kami supaya kami boleh melahirkan zuriat yang beriman kepadaMu. Kurniakanlah rezeki dan kesihatan yang baik kepada kami. Satukanlah hati-hati kami supaya kami sentiasa bersatu. Pertemukanlah dan pisahkanlah kami keranaMu Ya Allah."

Abang Fiqre menamatkan bacaan doanya di dalam bahasa Arab. Kami bersalaman manakala suamiku seperti kebiasaan, akan mencium kepala dan dahiku. Aku melipat kain telekung lalu kugantungkan di dalam almari. Abang Fiqre pula mengeluarkan satu kotak hitam yang berbalut cantik dari dalam laci almari hotel. Aku sendiri tidak menyedari, bilakah masanya suamiku meletakkan kotak itu di dalam laci itu. Abang Fiqre menyerahkan kotak hitam itu kepadaku.

"Malam ni, Abang nak Sayang pakai ni. Boleh tak isteriku sayang?"

Aku menghadiahkan senyuman manis dan manja seraya mengangguk setuju. Aku mengambil kotak hitam lalu menuju ke dalam bilik air, apabila aku membuka kotak itu, alangkah terkejutnya aku kerana di dalamnya terdapat sehelai bikini two pieces berwarna emas dan bertali halus. Saiz bikini itu amat mengejutkan aku kerana saiz fabrik yang agak kecil, hanya mampu melindungi puting, sebahagian payudaraku serta lubang farajku sahaja manakala bahagian tubuhku yang lainnya, akan bebas terdedah.

Aku menanggalkan seluruh pakaianku sehingga bertelanjang sepenuhnya, aku melihat tubuhku di cermin bilik air seketika, menyolek wajahku secantiknya dan mengenakan minyak wangi. Aku melepaskan rambutku jatuh terurai supaya wajahku tampak lebih seksi dan menawan. Aku pun memakai bikini yang Abang Fiqre berikan tadi dan alangkah malunya aku, ianya teramatlah seksi kerana bikini itu melindungi bahagian sulitku pada kadar yang paling minimum. Seluar dalam bertali halus itu hanya mampu melindungi lubang farajku sahaja. Tundun, bulu faraj dan punggungku amat jelas kelihatan tanpa sebarang litupan.

Bimbinglah Aku SuamikuWhere stories live. Discover now