Nurin Kya Faqeeha, seorang yang pendiam, naif, pasif dan kurang pesona telah dipertemu serta dijodohkan oleh bapanya dengan seseorang yang dikenalinya semasa beliau baharu sahaja tamat pengajian. Namun, igauan-igauan hitam yang lalu menjadikan beliau seorang isteri yang sentiasa dihambat dengan ketakutan akan dirinya sendiri terutama dalam menjalin hubungan intim selaku suami dan isteri. Namun, sang suami sentiasa bersabar, mendidik, berinteraksi tanpa mengenal maksud berputus asa di samping beliau juga mempunyai kenangan lampau yang menjadikannya seorang yang tenang dalam menghadapi apa jua persekitaran yang mendatang. ▪ Kami yakin kisah ini pastinya dikatakan agak klise oleh kebanyakan pembaca namun kisah ini diolah seiring dengan pengalaman sebenar kami, keluarga mahupun rakan-rakan terdekat yang lainnya. ▪ Kami memohon maaf kerana kisah ini mengandungi unsur-unsur DEWASA yang agak berat. Untuk pembaca berumur 18 tahun ke atas sahaja.