Eh kenapa dengan aku ni?

"Hah! Kenapa? Awak nak cari jalan nak melarikan diri lagi ke?" Katanya.

"A-apa? Maksud b-boss?"

Dia berjalan satu langkah kedepan.
Aku automatik setapak kebelakang.

"Hah! HAHAHA!" Dia ketawa tapi pura pura ketawa. Sangat menakutkan dan aku tahu dia sedang marah.

Tolong aku....

Tanpa ku sedari dia berjalan dengan cepat menghampiriku.
Aku tak tahu berapa langkah dan berapa tapak dia ambil,
yang aku tahu sudah pasti bukan selangkah atau dua langkah,

sebab sekarang ni dia sangat dekat.

Dan tiada ruang untuk aku untuk mengelak lagi..

Dia buka cap nya sehingga menampakkan rambut tebalnya yang tidak tersisir dari biasanya.

Dia lalu mengambil tangan ku.

Dup dup dup dup

Jantung ku berdegup sangat kencang,
Aku tak tahu dengupan ini kerana aku takut atau sebab yang lain.

Tapi degupan ini semakin cepat bila dia menatap aku dengan matanya yang...indah. Pertama kali aku melihat wajahnya dari dekat.

Dup dup.. Dup dup.. Dup dup.

Yang mampu aku dengar hanyalah bunyi detakan jantungku..
Aku harap bunyinya tak sampai ke telinganya.

Aku masih kaku.

Dia menatap mataku tapi belum sepatah kata pun yang keluar dari mulutnya.

"Erm!" Aku menarik tangan ku dari genggamannya.

"Ok je tangan awak" katanya ringkas.

"Memang tangan saya ok. Tak ada masalah, so jangan pegang saya sesuka hati boss"  aku jadi geram dengan dia semula.

Matanya seperti ingin menerkamku.

"Ohh yang awak tu bukan main lagi text saya lepas tu marah saya boleh!
Dan sekarang ni awak tambah pula dengan sikap awak yang memerintah saya tu awak mesti ingat saya ni boss awak!" Katanya tanpa henti.

"Tapi itu tak bermaksud boss boleh pegang tangan saya sesuka hati boss tanpa izin dari saya"

"Awak ingat saya nak sangat ke nak pegang awak! Kan awak yang text saya tadi tangan awak letih so saya tengoklah! Jadi jangan salah faham."

Hati ku seperti tertusuk duri sedikit bila dengar kata katanya.

Tapi aku menghela nafas perlahan, menenangkan diriku sebelum aku rasa nak tarik rambut dia sampai botak!

"K-knapa? Kenapa awak tengok saya macam tu?"

Sebab nanti rambut kau mungkin akan botak kerana aku.

"Boss sayangi rambut boss sebelum terlambat" kataku lalu keluar dari kedai.

Aku melihat dia dari luar, dia kaku macam patung melihat aku, wajahnya susah untuk aku nak jelas kan.

Hahaha

Aku masuk butik sebelah.

"Oma pocot!- Ami kau rupanya!" Kata Ina terkejut.

"Kenapa kau terkejut sangat tak pernah tengok aku ke?"

Ina meletakkan cawannya diatas meja.

"Kau jarang masuk sini. Tapi tiba tiba pula kau datang. Mestilah aku terkejut!"

"Aku nak lepak sini kejap eh" aku duduk di kerusi sofa panjang.

"Kenapa kau tak jaga kedai?" Dia ikut duduk disebelahku.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Where stories live. Discover now