Babak 27 : Penjelajahan Zaman Jura-Kapur II

Start from the beginning
                                    

"Besar gila tempat babi berkubang. Kau biar betul Aidlee." Kyra Umaira berseloroh sambil menujukkan kawasan sekeliling.

" Kyra Umaira berseloroh sambil menujukkan kawasan sekeliling

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ada serpihan gigi. Dari spesiment gigi nie, ini bukan tempat babi berkubang laa. Nie tempat spesies Iguanodontid sp. berkubang. Kadang-kadang tempat dieorang berebut dan bergaduh tempat berkubang. Spesies nie laa yang makan paku pakis Gleichenoides gagaunensis ni tadi." kata Dr. Asyfan Haziq sambil membelek-belek spesimen gigi yang berterabur disisi tempat berkubang terbabit.

Tempat yang mereka sedang lalui adalah kawasan lembab dan agak basah. Di samping kehadiran spesies paku pakis Gleichenoides gagaunensis yang merimbun itu, ada satu mata yang sedang memerhatikan tindak tanduk dan gerak geri mereka.

"Asyfan, tengokk! ada tapak kaki. Besar gila. Lagi besar dari tapak kaki gajah." dari kejauhan dihadapan sambil menebas paku pakis Gleichenoides gagaunensis, Aidlee Anas menjerit kuat, teruja mungkin.

"Wahhh. Besarnya." Kyra Umaira cuba membandingkan dengan tapak kaki dan tangannya. Dari pusat lesi kepada perasaan teruja. Sukar digambarkan bila dapat melihat tapak kaki dinasaur didepan mata sendiri.

"Asyfan, ada lagi kat sini. Tapi lagi kecik. Bersilang-silang pulak antara yang kecik sikit dengan yang besar." Aidlee Anas memanggil Dr. Asyfan Haziq, lebih kurang 20 meter dihadapan.

Dr. Asyfan Haziq mendekati Aidlee Anas sambil mengeluarkan kamera dari telefon modularnya. Buku catatan juga dikeluarkan bagi memcatatkan maklumat-maklumat penting penemuan-penemuan tersebut. Ukuran dan saiz tapak kaki terbabit diukur dan disukat.

"Yang kecik sikit nie kemungkinan spesies Sauropod si pemakan tumbuhan, manakala yang besar nie macam

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Yang kecik sikit nie kemungkinan spesies Sauropod si pemakan tumbuhan, manakala yang besar nie macam......" Dr. Asyfan Haziq menghentikan tafsirannya. Semacam ada sesuatu yang mengganggu kerongkong nya untuk terus meluahkan apakah tafsirannya. Kotak suaranya seakan hilang sehingga tiada suara yang terkeluar daripada mulutnya.

"Macam apa???!" serentak Aidlee Anas dan Kyra Umaira bersuara mahukan jawapan yang pasti dan terkini.

"Macam...." Dr. Asyfan Haziq masih tidak boleh melantunkan jawapannya. Terasa seram sejuk dibuatnya.

Penyongsangan : Malapetaka Katastrofa Where stories live. Discover now