Masuk je kedai aku terus kemas apa yang patut walaupun tak ada habuk sebab kedai ni setiap hari aku bersihkan.

Aku pasang lagu guna Bluetooth speaker.

Sudah sewindu ku didekatmu
Adanya setiap pagi sepanjang hariku~
Tak mungkin bila engkau tak tahu
Bila ku menyimpan rasa yang ku pendam sejak lama~

Aku menyanyi sambil mop lantai.

Oooh tak akan lagi
ku menunggumu didepan pintu dan tak akan lagi tutur manis ku merayumu~

Tring!

Aku terkejut lalu menoleh kebelakang.

Fuhhh!! Tapi yang masuk bukan Alien tapi pekerja perempuan jiran sebelah kedai.

"Oops sorry! Terkejut ke?" kata Ina.

Aku pernah jumpa dia sekali semasa Nora bawa aku berkenalan dengan jiran jiran sebelah kedai. Dia ni satu tahun tua daripada aku je. Sejak aku bekerja disini tak pernah pun dia jenguk aku.

Aku pura pura tersenyum walaupun aku masih terkejut.

"No its okay!"

"Amirah kan?" Dia masuk ke kedai.

"Panggil Ami je." Aku tersenyum.

"Ami! Ni aku ada bawa nasi bungkus untuk engkau, kira sedekah"
Dia memberikan aku plastik oren.

Aku sambut plastik tu dari tangan nya.

"Ohh! Terima kasih Ina! Susah susah je" Kataku gembira.

"Ishh! Tak ada lah! Sedekah akau je tu" Dia tersenyum.

"Terima kasih eh! Nanti saya makan sepenuh hati" kataku kepadanya yang masih berdiri di depan ku.

"Sama-sama. Tapi Ami...aku nak tanya lah sikit..sebab sepanjang kau kerja kat sini aku belum sempat lah pula nak cerita cerita dengan kau"

Ohh ingat dia ni tak nak berbual dengan aku.

"Tanya apa?" Aku meletakkan nasi bungkus tadi diatas meja kaunter.

"Kau kerja sini sebab apa eh?"

Aii takkan lah dia tak tahu kut.

"Saya tengah tunggu result A level. Sementara tu saya bekerja sini lah"

"Eh! Kau ambil A level ke?!" Dia terkejut.

"Ya! Takkan tak tahu kut? Saya dengan Nora, kami sama sama tengah tunggu result lah ni."

"Ohh!! Ya ke?! Aku ingatkan kau kerja saja saja je" katanya sambil menggaru kepalanya.

Aku hanya tersenyum.

"Ni belum ada ke result kamu berdua?"

"Belum. Tapi ada juga yang cakap bulan depan result keluar. Ina ambil A level ke dulu?"

"Eh tak! Aku habis sampai SPM je hehe"

"Oh..tak pe.. kalau ada rezeki lebih Ina boleh anytime sambung belajar"

"Hmm.. Masalah nya aku ni dah letih lah nak belajar ni. Aku nak bekerja je lah"
"Itu dah jadi pilihan kau kan so takpe.. Tapi selagi ada peluang sayang juga nak dilepaskan."

"Betul juga. Lihat lah nanti macamana tapi aku nak sambung belajar lepas kahwin lah."

"Eh! Dah ada calon ke?!" Aku terkejut.

"Hhahah ada..tapi aku pun masih muda lagi. Aku nak cari duit sendiri dulu"

Tak sangka Ina ni orang yang friendly juga, walaupun muka dia nampak kasar dan sombong.

BOSS ALIEN KU • (#1 Boss)Où les histoires vivent. Découvrez maintenant