4

10.3K 146 4
                                    

"Oi minah! Cepat bangun la! Hari ni kan awak nak start kerja. Mentang-mentang la a.b.c, sedap pulak tidur lama-lama. Kak Yati dah selesai solat subuh ni, cepat sikit mandi. Pukul 8 kena ada kat butik."Arah Kak Yati. Buat bingit telinga betul! Aku lenyek Kak Yati ni kang dengan steamroller, tak kawen abang Haziq nanti!

"Yela, yela.Orang bangun." Dengan malas aku bangun dan duduk bersimpuh di atas katil.Lantas aku menguap dan menggeliat. Papp! Satu tamparan hinggap di pahaku.

"Pe ni Kak Yati? Sakit tau!" marahku.

"Mandi cepat la! Budak ni nak kena wrestling baru tau. Kak Yati kira sampai tiga, kalau tak bangun jugak, siap la!" Kak Yati sibuk memberi amaran. Haduhhhh! Kacau betullah! Lantas aku bangun dan mengambil tuala di penyidai dan berlalu pergi ke bilik air. Sebelum itu....

"Kak Yati, nampaknya Rysh salah la." Ujarku pendek di balik pintu.

"Salah apa pulak?" soal kak Yati.

"Rysh ingat Along la singa betina yang paling teruk, rupanya ada jugak yang lagi dahsyat!" selamba aku memberikan pandanganku. Mata Kak Yati mencerlung ke arahku.

"Mandi cepat!Kalau tak, Kak Yati tukar jadik The Hulk colour purple nanti baru tau!" segera aku mempercepatkan langkah ke bilik air.

Pintu bilik air, kubuka malas.Tuala disangkut di penyangkut yang telah tersedia. Malasnya! Duduk kejap la. Huargghh! Sejuk pulak lantai ni. Takpe la, sejuk ke, panas ke, aku kisah apa! Mengantuk!!!

30 minit kemudian.....

"Rysh! Lamanya mandi! Kak Yati tak dengar bunyi air pun! Dah pukul 7.30 ni! Nanti lambat la!!" Kak Yati mengetuk pintu beberapa kali. Lantas aku terjaga! Alamak! Tertidur ke? Haduhhh! Si Kak Yati ni pulak, ketuk pintu kuat-kuat! Roboh, habis jahanam pintu ni!

"Sorry kak, Rysh tertidur. Nanti kejap, Rysh mandi 5 minit!" lantas aku membuka pili shower.

Tertidur?! Budak ni nak kena ni! Ada jugak yang hilang kepala kejap lagi! Bisik hati kecil Kak Yati. Lantas pintu diketuk lagi.

"Cepat!Lambat, Kak Yati tinggal!" aku kaku.

"Muhammad Danial Franz! Cepat bangun! Nanti lambat pulak sampai butik! Awak tu kalau nak mandi, mesti ambik masa sampai sejam! Mengalahkan perempuan! Danial! Wake up! Bangun!!!" jerit Datin Aleeya. Untuk mengejutkan 'pakcik' yang sekor ni, memang susah. Kalau dah tidur, bom kat tepi telinga pun dia tak dengar. Waktu subuh je bangun, lepas tu, tidur balik! Anak siapa la ni! Rungut Datin Aleeya.

Danial menggeliat letih. Matanya tertacap pada pintu biliknya. "Yes mom!" balasnya. Tangannya memicit-micit kepala yang terasa pening. Rambut yang agak panjang diselak ke tepi. Gayanya dah macam artis korea! Pergghh! Macho beb! Dia terus menuju ke bilik air dan membersihkan dirinya.

Usai mandi, dia mengenakan T-shirt hitam berseluar jeans Texan. Amat simple, tetapi tetap tampan! Sunglasses dikepitkan di bajunya. Siap! Danial terus menuruni anak tangga menuju ke ruang tamu. Datin Aleeya sudah lama menantikan dirinya.

"Papa mana, my?" soal Danial.

"Syarikat la. Kat mana lagi. Awak tu, dah balik sini, tolong la papa awak tu buat kerja. Ni tak, membuta je! Orang sibuk cari pengalaman, cari rezeki, yang awak pulak, sibuk buat bijih timah!" bising Datin Aleeya. Ahhh, dah start dah machine gun dia. Ni kalau tak dipotong, alamatnya sampai tahun depan pun tak habis.

"My, orang baru balik. Tunggu la dalam beberapa hari lagi. Bagi la peluang kat Niel nak jumpa girlfriend Niel dulu."Ujar Danial manja.

"Correction, girlfriends!" Datin Aleeya menekan huruf S. Sudah masak dengan perangai anaknya yang sorang ni. Playboy! Danial hanya tersengih. Mommy tau la pulak!

Cinta KontrakWhere stories live. Discover now