Bab 13: Farhan

2.9K 201 24
                                    

Kami berhenti sebentar di pondok jaga sekolah. Lampu terpasang tetapi tak ada sesiapa. Anwar menjenguk ke dalam pondok tersebut lalu memberi isyarat tangan yang bermaksud 'tiada' kepadaku.

Ishh..mana perginya pengawal sekolah ni? Dah lah kami berdua tak tahu tempat parkir motor kat mana lagi. Dah menggeletar tangan sebab tahan motor terlalu lama.

Tanpa kami duga, suara seorang perempuan kedengaran di belakangku. Sejurus aku memusingkan badanku kebelakang, kelihatan seorang wanita berbaju kurung berwarna biru dan selendang merah menutupi seluruh kepala. Mengikut tanggapan aku, dia ni mesti cikgu sekolah di sini. Dia menyapa kami berdua.

"Kami berdua ni budak baru kan..aaa..yang datang dari KL tu.", ujar cikgu tersebut.

"Ya. Kami lah tu", jawab War yang masih lagi terjegat di luar pondok jaga.

"Jomlah ikut saya. Eh..parkir motor dulu. Kamu pergi belah sana ada, lepastu belok kiri then kamu nampak dekat hujung sana ada tulis tempat parkir motor untuk belajar".

"Okay. Terima Kasih cikgu. Cikgu nama siapa ya?", soal War. Aku sempat lagi curi-curi tengok tanda nama ditudungnya itu. Ssss...sar..rrr...ah Mmmm...ooooktttt...aaar. Sarah Moktar.

"Nama cikgu, cikgu Sarah". War mengangguk.

"Okeylah. Lepas parkir kamu terus pergi pejabat..lalu di tangga sebelah sin, Okay?". Dia menunjukkan tempat terletaknya tangga tersebut.

"Okay cikgu. Terima kasih", kata War lagi. Menggedik. Dahlah. Baik sangat la pulak. Tulang aku ni hampir patah kau tau. Masih lagi dengan adab die yang tak payah buat pun tak pe.

Aku mencebik. Tapi War tak perasan pun. Kami berdua menuntun motor tersebut sehinggalah ke tempat parkir. Bolehlah. Semua nampak baru. Sebelah kanan ada taman bunga. Banyak spesies bunga ada dekat situ. Nak aku sebutkan? Terima kasihlah. Buang masa aku je.

War tengah sibuk lock motor die. Aku rasa takyah kut nak lock segala. Bukannya ada orang nak curi pun. Jadi aku pun tunggu je laaaa.....

Selesai parkir motor, kami berdua berjalan di kaki lima sekolah sambil meninjau susasana bilik darjah. Semua murid di situ kelihatan senyap sahaja. Ada jugalah yang memandang ke arah kami namun dengan pantas kembali menumpukan perhatian ke arah guru mereka.

Cikgu Sarah sudah hilang entah kemana. Takpalah. Kami berdua pun ronda kejap dekat blok tersebut. Semua murid di blok tu nampak muda je dan muka tak berjerawat pun. Sah Form 1 atau Form 2. Sampai sahaja di tengah tengah bangunan itu, ada satu laluan di kanan dan disitulah terletaknya tangga menuju ke tingkat atas.

Kami berdua sudah bersetuju untuk naik ke atas. Bila Cikgu tadi menghilang, nampaknya kena carilah pejabat. Tak ada papan tanda yang bagitahu arah ke pejabat pun. Sekolah bukan main baru.

Belum sempat kami jejak anak tangga yang kedua, Cikgu Sarah muncul dari belakang.

"Eh eh jangan..jajjj..jangan naik".

Kami berdua memusing pandangan ke belakang. Cikgu Sarah kelihatan keluh kesah saja. Mungkin tangga tu untuk cikgu je kut.

"Uhmm....kelas kamu dekat blok sana", ujarnya sambil jari telunjuknya menala ke blok sebelah yang jauh lebih besar. Oh..patutla. kami salah jalan.

" Oh...ye ke. Haahaha..sorry Cikgu",ujar War.

"Tak apa. Jom ikut saya".

Kami berdua pun mengekori langkahnya menggunakan lorong di tepi tangga tadi. Sampai sahaja di blok tersebut, Cikgu Sarah pun berhenti lalu memandang kami.

"Okay. Kamu berdua naik tangga ni dan kemudian pergi ke bilik terhujung. 5 sains 1. Cikgu ada kelas ni. Kamu dah besarkan. Boleh cari sendiri".

Sekolah LamaOnde histórias criam vida. Descubra agora