Bab 3: Anwar

4.7K 326 29
                                    

     Biar betul rumah ni!!! Wowww!!!!!
  Aku melihat pemandangan dari setiap sudut rumah itu. Dari arah kiri, kelihatan bunga-bungaan seperti bunga melur, tahi ayam, ros, dan juga bunga kertas tertanam cukup indah di dalam pasu. Entahlah siapa yang menjaganya sehinggakan tiada satu pun bunga yang kelihatan layu. Di bahagian belakang pasu bunga yang tersusun cantik itu, hanyalah belukar dan menjurus ke hutan.

    Dari sudut kanan rumah, hanyalah hutan semata-mata. Ada pelbagai jenis pokok yang entah apa nama mereka. Tapi, bab pokok durian memang aku pro, kerana durian adalah buah-buahan kesukaan aku.
Aku memasuki pula halaman rumah yang dikelilingi dengan pagar kayu antik. Wow! Cantiknya! Ukirannya begitu halus dan penuh seni..

    Mama dan abah sudahpun masuk ke dalam rumah. Reaksi mereka biasa sahaja kerana mereka pastinya sudah ke sini sebelum ni. Aku baru 'first time' datang ke sini, sebab itulah perak sikit katakan. Aku perlu menaiki beberapa anak tangga kayu sebelum membuka pintu hadapan. Pelik sedikit rumah ini. Oh tidak. Bukan pelik. Cuma Unik. Ini kerana, terdapat dua elemen budaya yang digabungkan, iaitu melayu dan barat.

     Aku amat sukakan bangunan seperti ini. Bangunan lama yang menyimpan pelbagai sejarah misteri. Ini kerana aku suka dengan benda-benda yang mengusik sikit perasaan. Tambah-tambah lagi, rumah baharu ku sendiri.

    Rumah lama ku langsung jauh berbeza daripada yang ini. Yang dulu moden dan lebih 'advance', tetapi yang ini, mengenangkan aku sewaktu zaman dahulu kala. Apabila melihat rumah ini, aku terkenangkan Farhan...hahahaha! Dia mana suka cita rasa klasik! Padan muka.

   Aku melihat lori yang mengekori kami sudah sampai. Mama dan abah terus keluar dari rumah dan menyapa mereka semua. Aku apa lagi. Ambil kesempatan la jawabnya.

     Di ruang tamu rumah, aku dapat lihat gaya British sedikit dipamerkan. Ruang tamu rumah ini amatlah besar dan tingginya seakan-akan rumah dua tingkat. Lampu 'chandelier' yang besar tergantung di atas menampakkan ciri-ciri mewah dan elegan. Mama dan abah ingin menyewakan rumah lama kepada Mak Su yang terdesak, disebabkan itulah dia tak mahu bawa sekali perabot-perabot. Nasib baiklah rumah ini sudah tersedia dengan perabot-perabotnya.

   Aku meninjau setiap pelusuk rumah itu. Dapurnya luas dan versatile. Kemudian, aku naik ke tingkat atas. Tangga rumah ini amat elegant sekali. Ia sedikit melencong.

   Di tingkat atas, aku memasuki bilik tidur yang besar dan paling dekat dengan tangga. Uh...for sure la ni akan jadi bilik mama dan abah. Kemudian, aku masuk pula bilik yang kedua, wow! Lagi besar. Aaaaa!!!! Nak bilik ni...aku tak kira. Aku nak bilik ni jugak.

   "War.....war buat apa tu?",ujar mama yang sedang melihatku terbaring di atas katil.  Aku hampir terjatuh kerana terkejut.

  "Ma!!!!!takut War.... mama, ni War jadikan bilik War kay? Please...maaa..War taknak kongsi ngn A'an", rayuku menunjukkan muka separa comel separa macho.

   "Mana boleh. A'an dengan War tak boleh berpisah. Kamu kan kembar. Mana boleh kembar tido bilik asing-asing", ujar mama tersengih-sengih.

"Ma...tak lawak la maaa....si A'an tu jenis pelik ma. Dia kalau tido kan ma.....posisi dia mesti akan jadi 180 degree dari posisi pertama dia tido. War tak tahan menderita ma..kali ni nak bilik sendiri", aku merayu lagi, mengenggam tangan ku.

"Hmm..suka hati le. Bilik banyak", ujar mama lalu berlalu pergi.

  "YAHOOOOO!!!!!!!!!!!!!!". Aku baru sedar aku menjerit terlalu kuat. Gembira sangat dah ni.

   "ANWAR HANAFI BIN SAFAR!!!!!!!!! TURUN!!!!!! TOLONG ABAH ANGKAT BARANG!!!!!!", jerit mama. Sebelum ini aku hampir jatuh,  kali ini aku tersungkur juga ke lantai, terkejut mendengar jeritan mama.

Sekolah LamaOnde histórias criam vida. Descubra agora