Bab 12: Anwar

3K 267 10
                                    

     Malam itu kami berdua sudah bersedia pakaian sekolah untuk esok. Beg sekolah juga telah diisi dengan buku-buku. A'an bersiap di dalam bilikku sebab seterika ada dalam bilik ini. Mujurlah 'mood' kami malam ini baik, jadi segalanya siap cepat. Bolehlah tidur awal.

    A'an sudah berlalu pergi menuju ke biliknya. Sempat lagi aku memasang penggera pukul 5 pagi. Abah kata dia mahu kami bangun awal mulai hari ini. Dulu, paling awal kami bangun pun pukul 6 pagi. Satu jam berbeza walaupun sekolah dulu jauh dari rumah. Kali ni, aku rasa, sekolah baru tak lah jauh sangat, tapi tetap kena bangun lebih awal dari biasa. Nak buat macam mana, macamlah ada pilihan lain kan.

     Setelah meletakkan jam loceng di meja sebelah katil,  aku pun tidur.

    Keesokan harinya,  loceng penggera pukul 5 pagi mengejutkan tidur aku. Whuihhh! Inilah dia.

     Setelah aku bersiap segalanya termasuk menunaikan solat fardhu Subuh, aku keluar dari bilik dan menuju ke bilik A'an dengan harapan dia sudah siap.
Nasib baik dah bangun kalau tidak nahas. Sekarang dah pukul 5:30 pagi. A'an sedang menyarungkan stoking di kakinya. Cara dia berpakaian seringkali serabut. Tak kemas. Tahulah nampak 'cool' la konon, tapi beradab la sikit.

   "Woit, dah siap ke? Cepat ah...nak sarapan lagi ni", ujarku kepada A'an.

   "Ko pergi dulu la takyah la tunggu aku!". Amboi. Garangnya dia hari ni.

    Aku memasuki bilik dan duduk di atas katil bersebelahan dengannya.
  Peluh menitik-nitik macam bari lari marathon. Rambut pula tak kemas.

   "Kau ni. Dengan rambut tak kemas. Berpeluh-puluh ni..asal?", soalku sambil menolak-nolak rambutnya yang basah itu dengan jari-jemari.

   "Ish..aku nervous kau tau tak. Dahlah kena naik motor! Sekarang ni langit pun still gelap. Kau tak rasa apa-apa ke?", ujarnya stress.

  "Tak rasa apa-apa"ujarku balik. Matanya menjelingku lalu menolak bahuku.

"Dah jomlah", kata A'an setelah stoking sudah disarung ke dua-dua belah kakinya. Kalau orang yang nervous  ni kena faham, apa-apa benda yang senang pun, dia akan jadi susah. Apalah yang difikirkan A'an? Kalau pasal motor tu macamlah tak boleh belajar? Abah takkan marah lah kalau dia tak pandai. Nak takut apa?

   Kami berdua keluar dari bilik lalu menuruni anak tangga menuju ke dapur. Makcik sedang menghidangkan makanan di meja makan.
   "Makcik masak apa?", soalku. Aku masih tidak lupa tentang apa yang terjadi semalam antara aku dengan dia. Buruk sangka aku ni dah meluak-luak. Rasa bersalah pun ada, tapi aku rasa Makcik dah okay kut bila aku dah minta maaf.

   A'an yang sedang menarik kerusi untuk duduk tiba-tiba memandangku dengan muka cuak. Dia tidak tahu apa-apa.

   "Makcik masak roti bakar cheese hari ni. Tak pernah makcik masak apa-apa dengan cheese tapi mujurlah mak kamu ajar. Jadi..bolehlah makcik masak ni lain kali".

  "Ohh", ujarku sambil melabuhkan punggung ke atas kerusi. A'an masih dengan muka 'confuse' dia tu.

    Ketika makcik berlalu pergi ke dapur, A'an mencuit lenganku.
  "Kau sejak bila bermakcik-mak cik dengan dia? Dah gila ke apa? Kau tau tak dia tu..". Belum sempat A'an menghabiskan ayatnya, aku mencelah.

  "Hantu? Kau rasa makcik ni hantu? Woi! Grow up la. Kalau dia hantu, asal selama dia masak untuk kau beberapa hari ni kau still makan je masakan dia then kau boleh pulak tuduh dia hantu. Aku tak rasa benda yang sama macam kau rasa. Sebab aku lebih kenal dia dari kau", ujarku panjang lebar. Terbeliak mata A'an dibuatnya.

  "Aku tak cakap pun makcik ni hantu".

  "Habis tu kau nak cakap dia tu apa?".

  "Aku nak cakap yang dia tu macam pelik sikit. Kau tengoklah cara dia pandang, jalan la apa la. Macam bukan style orang zaman sekarang".

Sekolah Lamaحيث تعيش القصص. اكتشف الآن