Bab 11: Farhan

3.2K 214 10
                                    


         Habis sahaja sarapan, Arif, Lutfi, Hamdan dan Ammar memulakan proses mengemas. Aku menolong mereka tanpa merungut. Baru sehari duduk dengan aku tapi rasa seperti seminggu. Sebelum ni, aku tak rasa berat untuk berpisah dengan diorang, sekarang peritnya baru terasa. Pedih. Sangat pedih. Aku tak boleh duduk sini lagi.

    Kawan-kawan aku kuat sebenarnya. Mereka masih boleh tersenyum walaupun benda buruk berlaku ke atas diorang. Tapi aku bukan macam diorang semua. Aku lemah. Sikit je benda menimpa aku...tapi aku dah goyah. Tersungkur.

     Ketika aku menolong Arif meletakkan baju-bajunya kedalam beg, aku duduk sebentar di atas katil. Merenung ke lantai.  Tanpa melihat kiri dan kanan pun aku boleh tahu yang mereka semua sedang memandang. Suasana yang tadi penuh dengan bermacam-macam bunyi, kini senyap terus.

    "Korang, aku tak rasa aku boleh teruskan hidup dekat rumah ni tanpa korang. Tak sangka baru sekarang aku rasa macam hidup aku sunyi...selama ni aku tak rasa pun macam ni", ujarku.

    "Woi, jangan ah sedih. Nanti kami datang lagi"ujar Arif, menepuk-nepuk bahu kiriku.

  "Ke kau pergi KL ke bila-bila kau free", sambung Hamdan.

    Cara mereka menenangkan aku pun dah jadi lain. Sayu. Sayu macam mereka pun risaukan aku juga.

   "Kau kena kuat. Kami ada je dengan kau. Kau kan lelaki. SPM lagi 8 bulan je lagi. Kalau kau goyah....ha..nanti result pun sama goyah kang", ujar Ammar cuba untuk membuatkan ku gembira kembali.

   Menjadilaa jugak pujukan diorang ni...aku senyum sikit. Whuihh...betul jugakkan. Lagi 8 bulan je lagi. Nanti bolehla aku pergi KL cari kerja kat sana ke kan.  Asalkan aku tak menghadap rumah ni sudah.

    Aku mengangguk. Setelah itu, barulah mereka menyambung kerja mereka. Setelah habis mengemas, aku menolong mereka mengangkat barang-barang ke kereta. Abah dan War turut tolong.

    Mereka semua pun bersalaman dengan aku,War, mama dan abah. Aunty Saodah jugak keluar. Mereka melihat orang tua yang tak berapa tua itu dengan wajah yang takut. Mungkin masih percaya yang dia itu hantu agaknya. Aunty Saodah senyum sahaja. Wow! Taktik berkesan. Entah-entah, ada udang di sebalik batu.

   Aku mengucapkan selamat tinggal dengan hati yang berat sekali. Masih tidak percaya yang aku tidak akan berjumpa dengan mereka dalam tempoh yang lama. Selalunya, setiap hari di sekolah kami akan jumpa. Tak cukup dekat sekolah, hari cuti pun kami selalu rancang aktiviti bersama.

    Kereta yang dipandu Hamdan bergerak meninggalkan perkarangan rumah kami. Aku melihat Arif dan Lutfi di belakang kereta yang masih melambai-lambai dan menjerit-jerit. Hahaha...diorang ni. Excited betul nak tinggalkan aku..haha

   Hilang sahaja kereta itu dari pandangan, mukaku bertukar muram. Ya Allah! Kenapalah jadi macam ni. Asal waktu mula-mula dulu waktu  mama dan abah mengambil keputusan untuk pindah rumah, aku tak bantah je. Hmm..fikiran pendek.

   Masuk sahaja dalam rumah, mama dan abah sudah berada di ruang tamu, berborak dengan War. Macam 'intense' je percakapan diorang ni. Aku pun nak join sekali. Semakin dekat jarakku dengan mereka, semakin jelas perbualan mereka.

   "Mama! Abah! War tak pernah setuju pun nak duduk sini. Memangla War tak cakap apa-apa mula-mula..tapi sekarang..."

  "Tapi apa....abah dah penat-penat pilih rumah ni untuk mak kamu..mana boleh pindah macam tu aja", jawab abah.

   Eh...diorang cakap pasal benda yang aku tunggu tunggu! Yes!!! Time to approach

  "Abah!mama! A'an dah tak tahan duduk sini. Macam-macam benda berlaku kat sini...A'an, War dan kawan A'an pun dah kena kacau dengan han...", aku yang sedang melutut di hadapan mak dan abah tiba-tiba terasa seperti ada yang menendang bontot aku. Aik

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now