Bab 9: Farhan

3.1K 277 5
                                    

     Kami semua memandang ke arah Aunty Saodah yang sedang berjalan ke arah kami. Dia merenung kami seolah-olah kami sedang membuat sesuatu yang membuatnya begitu marah.  Baju kebaya merahnya yang dipakai seolah-olah bersinar. Mungkin aku seorang sahaja yang perasan. Matanya juga seperti bercahaya dan berkaca.

   "Apa kamu semua ni?! Kenapa berteriakan di luar tengah malam macam ni?!", lontar Aunty Saodah. Dia memandang Ammar dengan muka yang begitu marah, seolah-olah Ammar itu musuh ketatnya.

   "Kak..kkakk..kak..kmi seb..sebb..", ujarku tersekat-sekat. Semua orang memaparkan reaksi takut kecuali Anwar yang kelihatan curiga dan bingung.

  "Lari!!!", teriak Arif. Kami semua berlari lintang pukang terus masuk ke dalam rumah. Setelah semua masuk, Hamdan menutup pintu rumah tanpa berdolak-dalih. Aku baru sedar yang Anwar masih berada di luar. Ya Allah! Budak tu selalu ketinggalan la!

  "Weih!!!! BUKAK BUKAK!!! Anwar ada kat kuar lagi la!", aku memarahi Hamdan. Takut sesuatu terjadi kepadanya. Hamdan teragak-agak. Apa lagi....takkan la aku nak tinggalkan adik aku tu kat luar. Aku nenepis tangan Hamdan lalu membuka kunci pintu. Kami semua terkedu takut. Namun, aku membuka pintu itu perlahan-lahan juga.

   Tiba-tiba, muncul Aunty Saodah betul betul di hadapan pintu rumah. Kami semua berundur ke belakang. Terkejut. Anwar ada di belakangnya. Budak itu memang...aih..memang..uhhm.

   "Kenapa takut-takut? Kamu ingat saya ni hantu! Hormat sikit! Kalau saya hantu..tanah ni pun saya tak boleh pijak!", laung Aunty Saodah.

   Muka kami masih lagi pucat.

  "Korang dah dah la. Kalau Aunty Saodah ni hantu sekalipun..korang nak takut apa! Takut tuhanlaa...belahlah korang", ujar Anwar yang panas. Dia menepis bahuku lalu terus berlalu masuk ke rumah kemudian terus menaiki tangga masuk ke biliknya. Apa dah jadi ni? Aku masih keliru. Dan aku tahu....budak-budak yang menyorok di belakangku ini masih keliru.

    "Dah..pegi tidur. Esok ada yang nak balik rumah masing-masing. Jangan berjaga lagi sudah", tegas Aunty Saodah lalu terus menuju ke biliknya.

   "Weih! Betulka Aunty Saodah tu hantu!", bisik Lutfi sedikit kuat. Kami memandang Ammar.

   "Korang tahu tak yang aku kena bawak lari weih...oleh jembalang si..si..si ornag tua tu lah!!!",laung Ammar perlahan. Hishh...dia ni biar betul. Takkanlah si Aunty Saodah tu main jembalang pulak ni.
 
  "Ce ko cita sikit apa yang berlaku sebenarnya", ujar Lutfi. Ammar pun membuka mulutnya untuk bercerita namun dihalang oleh Arif.

  "Boleh tak kita cita kat sofa. Aku penatah berlari tadi.", ujar Ammar.
Betul jugak. Aku pun dah penat ni. Jadi..kami pun duduk di sofa sambil mendengar Ammar bercerita tentang kisah seramnya itu.

  *

   Aku melihat kereta sudah bergerak menuju ke simpang. Arif di sebelahku sedang memandangku dengan mata yang merah menyala. Aku menjadi pucat. Badanku berlenjun dengan peluhku sendiri. Seluruh tubuhku bergetar-getar. Takut. Waktu itu, aku sudah tahu yang mereka semua ni bukan kawan aku. Mereka sebenarnya hantu!

   Di cermin tengah di kerusi hadapan, aku melihat muka Hamdan yang memandu kereta. Matanya yang merah menyala memandang jalan hadapan. Tiba-tiba, dia terus memandangku dari cermin itu. Kemudian, wajahnya bertukar seperti menjadi muka mirip-mirip seorang wanita. Aku memandang Arif yang berada di sebelahku. Baju kebaya yang merah menyala...serta mata merahnya yang memancar...aku sudah tahu siapa gerangannya. Aunty Saodah!

     Ketiga-tiga mereka sudah bertukar menjadi Aunty Saodah. Kali ini lebih buruk dan lebih menakutkan. Taring mereka terkeluar secara tiba-tiba. Panjangnya sehibgga ke paras dagu. Butir-butir darah seolah olah mengalir di taring jembakang yang berada betul-betul di sebelahku.

Sekolah LamaKde žijí příběhy. Začni objevovat