TLP~27| Tetamu Yang Tidak Diundang

2.8K 159 1
                                    

King Alfred, Bella dan Ed terus meluru keluar istana. Kelihatan ramai pengawai istana dan Seargent Dapp yang berada di situ. Mereka semua sedang menghunuskan pedang masing-masing ke arah tetamu yang tidak diundang itu.

Sembilan Guardian Heroes yang lain menyusul kemudiannya. Masing-masin bersedia jika sesuatu yang tidak diingini berlaku. Puteri-puteri kembar yang lain turut muncul di situ begitu juga Queen Victoria dan Queen Edora. Mereka semua sedikit cemas dengan kehadiran lelaki itu dan agak pelik kerana dia datang berseorangan sahaja.

Luke yang terpandang wajah King Alfred itu lantas bersuara sinis.

"Hai adinda! Setelah lama kita tidak bersua, beginikah cara adinda menyambut kanda?"

Kelapan-lapan puteri tersebut terperanjat sebentar. Kanda? Adinda? Apa maksudnya?

Manakala mereka yang lain hanya memandang serius ke arah Luke itu. Orang dah tahu cerita sebenar kan, nak terkejut buat apanya?!

"Kau buat apa di sini Luke?! Nak cari pasal kah?!!" soal King Alfred lantang.

Luke hanya tersenyum sinis.

"Laa! Takkan kanda tidak boleh melawat anak-anak saudara kanda pula? Mereka sudah pulang, bukan?" balasnya. Anak saudara?

Puteri-puteri itu tersentak.

"Kau jangan mimpi Luke!! Kau dah tak ada kena mengena dengan dunia ini!!!" marah King Alfred.

Luke hanya mengabaikannya lalu memandang ke arah Ed. Senyuman sinis tidak lekang dari bibirnya.

"You must be Princess Ella Adriana, right? Tak mahu berkenalan dengan uncle ke?" katanya lalu meluru pantas ke arah Ed itu.

Bella yang telah bersedia dengan tindakan tersebut terus mengeluarkan pedangnya dan menghunus ke arah raja kegelapan itu.

"Jangan mimpi kau nak dekat dengan dia!!" kata Bella dengan nada yang agak tinggi.

Luke ketawa sambil mengangkat tangannya seperti mengalah.

"Wo wo! Easy General Bella! You will hurt your prince of Crystall Realms." katanya sinis.

"Ex-prince. Don't forget about that." balas Bella pula dengan senyuman sinis.

"Okay okay. I'm just coming for see my nieces. Takkan tak boleh kut." kata Luke lagi.

"Kau dah tak ada kaitan dengan mereka Luke. Do not disturb them and us!" King Alfred memberi amaran.

"Kalau tak?" soal Luke sinis.

"You better get ready because I will kill you!!" ugut King Alfred pula.

Luke seperti tidak takut dengan ugutan itu malah ketawa seperti orang tidak siuman.

"Kau tidak pernah berubah, kan Al? Kau rampas takhta aku, rampas ayahanda and bonda, rampas Victoria and semua orang yang sayang aku. You are such a great man, I guess." Matanya sempat menjeling ke arah Queen Victoria apabila nama wanita itu disebut sebentar tadi.

"APA YANG KAU NAK SEBENARNYA HA?!!!" jerkah King Alfred hilang sabar.

Luke tidak menghiraukannya lalu matanya memandang ke arah setiap seorang puteri-puteri kembar bagi mencari seseorang yang ingin ditemuinya. Setelah matanya tertancap mata ke arah susuk tubuh itu, dia terus tersenyum dan bersuara.

"I came here to meet my heir." baritahu Luke lalu memandang ke arah King Alfred semula.

"You didn't have any heir from here anymore Luke." balas King Alfred sinis.

Luke ketawa.

"Not for this world. But, for my world. Dark. World!!" Perkataan Dark World itu disebut agak kuat.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now