TLP~6| Fight Training

3.7K 200 0
                                    

Di bilik latihan rahsia, kelihatan tujuh kembar itu sedang berlatih menggunakan kuasa mereka bersama Racheal dan Cyler. Bilik tersebut sangat besar dan telah menjadi tempat latihan mereka sejak kecil lagi. Di sebelah kiri bilik itu, terdapat tempat yang dibuat khas untuk mereka berlatih menggunakan pedang manakala di sebelah kanan pula, terdapat tempat untuk mereka berlatih memanah. Ianya dikenali sebagai Sword Place dan Archery Place.

Di tingkat atas bilik itu dibina patung-patung yang dikhaskan buat mereka berlatih menggunakan kuasa masing-masing yang dikenali Power Place. Manakala di bahagian tengah-tengah bilik itu pula, terdapat dua buah tempat untuk mereka berlawan antara satu sama lain dan dikenali sebagai Fight Place. Di tempat inilah mereka berlawan dan menunjukkan kuasa masing-masing.

Bilik rahsia tersebut dibina dengan kalis bunyi dan tertutup dengan dinding yang kukuh serta tebal supaya tidak mengganggu kehidupan atau lebih tepat, tidak mengundang kecurigaan kehidupan di dunia manusia ini.

El dan Mary masuk ke dalam bilik itu selepas habis mengemas di dapur. Mereka mendapati Ed dan Lis dengan berlatih di Sword Place, Sar di Archery Place manakala Ria & Dian di Power Place. Elis dan Nis pula sedang berlawan dengan Cyler dab Racheal di Fight Place.

!!!Pakk!!!

"Aarrgghh. This is not fair. You are using your super speed." kedengaran suara tidak puas hati Nis. Dia sedang menggunakan kuasa anginnya untuk lawan Cyler. Tetapi setiap kali dia hendak menyerang Cyler, setiap kali itu juga Cyler akan menggunakan kelajuan yang dimilikinya untuk membalas serangan Nis itu. Dah la guna kelajuan, lepas tu muncul ikut belakang and then tampar kepala orang pula. Sakit tahu!

"Itu baru sikit Nis. Ada musuh kita yang lebih kuat & laju daripada abang di luar sana. So, you better watch out, get ready and always stay focus. If you lose focus, you will be attack by enemy without mercy. You must thank your brother because not attact you by that way, my lil sister." bebel Cyler.

"Do we have enemy like that outside? Nis tengok orang jahat kat dalam tv tu biasa-biasa ja kut. They didn't have that kind of power. Macam mana abang cakap diorang lebih hebat daripada abang? Orang jahat macam tu, Nis bagi kuasa angin ni jer diorang dah terbang." balas Nis riak. Matanya dijuling ke atas. Cyler yang mendengar kenyataan Nis itu hanya tersenyum sinis.

"Okay, we will see soon." kata Cyler pula. Dia menggunakan kepantasannya lalu membentuk sebuah pusaran di sekeliling Nis. Pusaran daripada kelajuannya itu membuatkan dirinya tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dia kemudiannya berlari ke arah Nis dengan pantas lalu menyerangnya.

!!!!!!BAM!!!!!

Nis terkejut dengan serangan Cyler yang tiba-tiba itu. Dia tidak sempat berbuat apa-apa termasuk melindungi dirinya sendiri. Dia terdorong ke belakang lalu tidak dapat mengimbang badannya dan akhirnya dia terjatuh ke dalam air yang ada di sekeliling Fight Place itu. Dia menghentak permukaan air tanda protes akibat kekalahannya dan malu kerana diketawakan oleh kembar-kembarnya.

"That's what you see on tv but not in this reality world." kata Cyler sambil ketawa melihat muka cemberut Nis itu.

Pertarungan di Fight Place 2 berlangsung dengan agak sengit di antara Elis dan Racheal.

"Come on Elis. Give me more than that. That's not strong enough to defeat me." kata Racheal sambil tersenyum. Setiap serangan Elis itu dapat dihalangnya dengan mudah.

"Are you kidding me? I'm not greater than you yet." balas Elis. Dia cuba serang Racheal dengan kuasa tumbuhannya tetapi gagal. Dia juga menumbuk dan menendang ke arah Racheal dengan laju bersama kuasanya tetapi sekali lagi usahanya gagal.

Racheal menepis lalu menggunakan kuasa magnetnya menarik semua besi-besi yang berada di dalam bilik itu. Semua besi itu dikumpulkan dan terus dia melepaskan ia ke arah Elis. Elis mengelak setiap besi yang menuju ke arahnya sehingga dia tidak sedar bahawa dia sudah berada hampir di hujung pentas Fight Place itu. Dengan hanya satu langkah sahaja lagi, dia akan jatuh ke dalam air.

"So, you must to be like me or more than that." kata Racheal sambil tangannya ligat menyerang Elis. Tetapi satu serangan besinya tidak dapat dielak oleh Elis dan mengenai lengannya. Baju yang dipakainya sedikit terkoyak dan kelihatan darah mengalir.

Racheal tergamam.

Elis memegang lengannya yng terasa pedih itu. Dia terduduk sambil mengaduh kesakitan.

"If you say so, I will do it." kata Elis tiba-tiba. Dia mengangkat kepalanya sambil tersenyum ke arah Racheal.

Matanya yang berwarna hijau itu bertukar menjadi lebih cerah berbanding asal. Begitu juga rambutnya yang berwarna hijau itu. Ia turut menjadi lebih cerah menandakan dia sedang mengumpul lebih banyak kuasanya. Semua orang di dalam bilik itu memandang ke arahnya. Kedua-dua belah tanganya dilepaskan ke bawah lalu akar-akar tumbuhan menghampirinya. Elis menyerang Racheal dengan akar-akar tersebut lalu ia membelitnya. Belitan daripada akar-akar milik Elis itu membuatkan Racheal tidak dapat bergerak. Elis bangun dan berlari ke arah Racheal. Dia mengeluarkan kuasa dan melepaskannya ke arah Racheal.

!!!!!!BOOM!!!!!

Serangan itu tepat mengenai Racheal lalu dia terjatuh ke atas pentas Fight Place.

"I think I'm greater than you now." kata Elis dengan muka bangga.

"Not yet dear. It just a little attack for me." balas Racheal lalu dia bangun menghadap Elis. Darah di bibir disapu begitu sahaja.

"You did not see this yet!" sambungnya dengan senyuman. Elis yang memandangnya jelas menunjukkan riak terkejut.

Racheal kemudiannya membuat medan magnet di seluruh pentas Fight Place itu dan besi-besi berhampiran menuju ke arahnya. Dia mengelilingi Elis dengan besi-besi tersebut. Elis yang memerhati kejadian tersebut mengeluarkan kuasa perlindung untuk menghalang besi-besi itu daripada terkena tubuhnya. Tetapi kekuatan besi-besi itu lebih kuat berbanding kuasa perlindungnya.

!!!!PANG!!!!!

Elis terpelanting dan terjatuh ke dalam air selepas terkena besi-besi itu.

"Hai kalah ke? Kak Ria ingat tadi dah boleh menang." kata Ria. Dia fikir yang Elis sudah mampu untuk menewaskan Racheal tetapi nampaknya sebaliknya.

Agak susah mereka berlapan untuk menewaskan Bella, Racheal, Mary dan Cyler itu. Mereka seperti pahlawan yang sangat hebat sehinggakan sukar untuk ditewaskan. Sepanjang perlawanan selama 16 tahun ini, tiada seorang pon lagi yang berjaya menewaskan mereka berempat. Hampir-hampir itu ada la.

"Diam la. Kalau berani mari la turun lawan sini." marah Elis. Ria hanya menjongket bahu lalu sambung mempraktis kuasanya.

"Do not over confident my little girl. Takut makan diri sendiri nanti." nasihat Racheal sambil turun dari pentas perlawanan itu.

"Did you listen that? My little girl." ejek Ria dari atas.

"Ish you. Shut up before I kill you." ugut Elis lalu dia naik ke tingkat atas untuk kejar Ria.

"Where's Bella? She supposed to be here, right?" tanya Mary.

"She's went back to Crystalline after receiving a call from king." bisik Racheal. Takut didengar oleh kembar-kembar itu. Mary hanya mengangguk sambil matanya memandang ke arah El yag tengah memanah itu. Gadis itu menarik tali busur lalu anak panah dilepaskan dan ianya tepat mengenai sesaran.

"How is she?" tanya Racheal. Matanya juga memandang ke arah El. Entah kenapa dia merasakan ada sesuatu dalam diri El yang mereka semua tak tahu.

"She doesn't remember anything about last night." balas Mary. Dia mengeluh. Sungguh dia simpati dengan keadaan El itu. Dia berjanji yang dia akan cari orang yang buat El jadi macam tu dan membunuhnya.

Racheal menepuk bahu sahabatnya.

"El, come on. This is our turn to fight." panggil Mary. El yang sedang memanah itu terus bergerak ke pentas perlawanan.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now