TLP~13| Last Day At Human World

2.6K 167 2
                                    

Hari yang dinantikan telah tiba di mana mereka semua akan 'pindah' ke tempat yang baru. Kelihatan Racheal dan Bella sedang bercakap sesuatu bersama pasangan suami isteri di halaman rumah agam itu. New owner for that house, maybe.

Cyler dan Mary pula sedang memasukkan bagasi-bagasi ke dalam bonet kereta. Ed, Ria, Lis, Sar, Dian dan Nis sedang berborak dengan kawan-kawan baik mereka. Almaklumlah, hari ini kan hari terakhir mereka di sini. So, semestinya kawan-kawan mereka datang untuk kali yang terakhir.

Elis pula biasa lah dengan Johan. Mana boleh berpisah dengan buah hatinya lagi walaupun mereka dah putus.

"El. Cepatlah!!" jerit Mary dari luar rumah.

El terkocoh-kocoh keluar bersama bagasinya.

"Sabarlah kak. Nah." El menyuakan bagasinya itu kepada Mary lalu memasukkannya ke dalam bonet kereta. Matanya melihat sekeliling seperti mencari seseorang. Dia tersenyum melihat telatah kakak-kakak kembarnya itu. Ada yang tengah buat drama queen, ada yang tengah merajuk, yang tengah menggedik pun ada.

"Tak nak tengok rumah ni for the last time?" El menggeleng kepala. Dah la orang tengah berat hati nak tinggalkan tempat ni.

"Sure? Kalau macam tu pergilah masuk kereta dulu nanti kakak datang." balas Mary lalu menutup bonet kereta.

Dia tak datang ke? Maybe dia tak nak jumpa aku dah kut. Kata El di dalam hati.

Headphone yang berada di tengkuknya diambil lalu diletakkan di atas kepala. Dia terdengar seseorang memanggil namanya sebelum sempat dia membuka pintu kereta.

"El! Sorry. Did I late?" El memandang Mary seolah-olah meminta kebenaran.

"Pergilah. Sempat lagi ni. Lagipon kakak-kakak awak tu tak habis bercakap lagi." balas Mary sambil berjalan ke arah Cyler yang sedang berborak dengan Aunty Jilie iaitu jiran sebelah rumah mereka.

"Farah. Apasal kau lambat?" tanya El lalu memeluk kawan baiknya itu.

"Sorrylah. Kau tak nampak ke badan aku dah berpeluh ni? Ingat dekat ke rumah kau dengan rumah aku guna basikal ni?" bebel Farah. Dia perasan yang muka El macam sedih ja. Tak macam selalu.

"Erh! Kenapa kau ni? Bukannya kita tak jumpa lagi pon. Kau pindah dekat planet ni jer kut bukannya pindah ke planet Marikh." seloroh Farah. Tapi macam tak jadi sebab si El ni masih dengan muka sedihnya.

"Tu la masalahnya. Kakak aku cakap yang kami akan pindah jauh dari sini and takkan balik ke sini dah." El pandang bawah. Cuba tahan air mata daripada mengalir. Depan Farah ni jangan bermimpi nak menangis. Nanti kena kutuk kaw kaw punyalah. Nama kawan baik tapi kalau El menangis, dia buat tak tau saja. Katanya suruh kuat sama, jangan lembik. Kuajor punya kawan!

"Peliknya aku dengar. Korang ni memang nak pergi Marikh ke? or Pluto?" El pandang Farah geram. Ada ke orang tinggal kat planet sana?

"Takpala. Lepas ni aku kawan dengan alien. Rasanya diorang tu lagi okay pada kau." balas El.

"So funny!" Farah buat muka annoying sambil tangannya diangkat ke bahu.

"Wei kau jangan lupakan kitaorang tau, Ed?" kata Kenny. Kawan baik Ed.

"Ish kau ni. Takkan lah aku nak lupakan kawan-kawan baik aku ni. Korang ada dengan aku time kita kecil kut." balas Ed. Dia perasan kawannya Tinyq sedang menangis.

"Dah la tu Nyq. Kau nak bagi banjir ke?" soal kawan Ed yang lain, Kety.

"Biarlah! Kalau banjir lagi okay. Tak payahlah Ed pindah." balas Tinyq lurus. Semua mereka ketawa mendengar kenyataan Tinyq itu.

"Mei, pinjam sapu tangan kau kejap." pinta Nis kepada kawannya, Amei.

Nis sebenarnya sudah menangis sejak awal pagi tadi. Sengaja meminta simpati dekat kakak-kakak dan abangnya. Tapi tiada seorang pun yang peduli. Hampeh betul!

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now