TLP~10| Birthday Party

3.3K 190 3
                                    

Dua bulan berlalu. Kelapan-lapan puteri kembar menjalani kehidupan seperti biasa. Cumanya waktu untuk mereka keluar rumah sekarang adalah terhad terutamanya pada waktu malam. Parti-parti di luar rumah, study di rumah kawan, tengok wayang, shopping di mall atau apa-apa aktiviti yang melibatkan waktu malam semuanya diharamkan secara langsung untuk keluar. Kalau nak keluar juga, hanya pada waktu petang selepas balik sekolah saja dan salah seorang daripada Mary, Bella, Racheal dan Cyler kena ikut. Selain daripada tu jangan harap.

Bella sudah mengisytiharkan perintah berkurung. Sebabnya mudah saja, terdapat 'virus gatal' berlaku di bandar sekarang. So, demi tak mahu adik-adik kesayangannya ni terkena virus tersebut, dia mengarahkan mereka untuk berada di rumah saja. Mula-mula tu mereka pelik jugak. Tak pernah-pernah kut dengar pasal 'virus' tu! Dalam tv pun tak siarkan. Tetiba ja bagitahu pasal virus yang tah apa-apa ni. Lama-kelamaan mereka hanya biarkan sahaja, kalau cakap lebih-lebih nanti kena denda pulak. Bella tu bukannya hormon menentu sangat. Dia bagi denda-denda yang 'tak senonoh' kang baru padan muka. Nasib la ada kakak yang tak berapa nak betul tu. Kahh....kahhh....kahhh

Malam ini mereka mengadakan birthday party untuk Ed, Ria, Lis and Sar. Yes, hari ini adalah hari di mana mereka berempat genap usia 19 tahun. Parti tersebut diadakan bersama adik-adik kembar mereka bersama empat guardian itu. Bella tak benarkan mereka jemput kawan-kawan mereka kerana alasan yang mudah, malas nak mengemas. Apa lagi, membentak la mereka berempat pada awalnya. Namun lama-lama mereka mengalah jua kerana tahu Bella tetap dengan keputusannya. Nak buat macam mana, kan? Dah memang perangai dia macam tu. Nasib la.....

Lagipun Mary, Racheal dan Cyler sudah berjanji akan memeriahkan parti ini walaupun dengan hanya ada 12 orang saja. Semua yang berkaitan dengan parti diuruskan oleh Mary, Racheal, Bella, Cyler dan adik-adik kembar mereka. Jadi, keempat-empat puteri ni tak la meroyan sangat sebab tak boleh jemput kawan-kawan mereka untuk turut serta.

Berbalik kepada parti tadi, terdapat pelbagai jenis makanan yang terhidang. Semuanya adalah makanan kegemaran Ed, Ria, Lis dan Sar dan semuanya dimasak oleh Mary sendiri. Di sebelah kiri, terdapat satu tempat untuk makanan-makanan ringan manakala di sebelah kanan pula terdapat meja yang agak besar dan dipenuhi dengan hadiah-hadiah.

Melopong keempat-empat puteri tersebut tatkala melihat hadiah yang banyak itu. Seriously, ada 12 orang saja dalam rumah tu tapi hadiah yang diterima macam ada dekat 60 hadiah. Ha hambik kau! Sorang 15 hadiah. Ko hado?

Terdapat jugak kek setinggi empat tingkat mengikut warna yang disukai birthday girls pada setiap tingkat. Kek Ed berwarna merah, Ria berwarna grey, Lis berwarna ungu manakala Sar berwarna dark-brown. Parti tersebut diadakan di bilik latihan mereka. Bilik tersebut dihias dengan belon-belon yang berlainan warna dan digantung sebuah banner yang tertulis 'Happy Birthday To Ed, Ria, Lis And Sar'. Ada music box, games and so on bagi memeriahkan lagi parti tersebut.

"NO!!!!!" bergema bilik tu dengan jeritan seseorang. Dah kenapa pula?

"Ed tak nak potong kek tu." sambungnya sambil berpeluk tubuh lalu duduk di atas kerusi. Kaki disilangkan. Muka apa lagi, ketat la. Nampak sangat yang dia tengah berada dalam mood tidakk puas hati.

"Erh kau ni. Kalau tak nak potong kek tu pun, tiup lilin tu dah la." balas Lis loyar buruk. Sengaja menaikkan kemarahan kakak kembarnya itu.

"A'ah, kak Ed ni! Tiup lilin tu dah la. Boleh kitaorang potong walaupun kakak tak nak." sampuk Elis pula.

"Kitaorang nak makan ni. Lapar la!" kata Dian pula.

"When I say no, that's mean no!!!Tak faham-faham ke?!!!" Kali ni Ed bersuara lantang. Dia sudah hilang sabar. Orang cakap taknak, taknak la. Paksa-paksa tu kenapa? Aku bakar dengan api ni kang baru padan muka.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now