TLP~2| Hilang

6.1K 266 11
                                    

Gambar di atas tu adalah rumah 8 orang princess tersebut dan 4 orang Guardian semasa tinggal di bumi..😃

************************************

Kring...kring....kring!!

Loceng telah berbunyi menandakan waktu persekolah telah tamat. Pelajar-pelajar sedang mengemas barang-barang untuk pulang ke rumah masing-masing selepas hampir separuh hari berada di sekolah.

Kelihatan empat orang kembar sedang berjalan menuju ke pintu pagar sekolah untuk menunggu orang menjemput mereka. Kalau orang yang tidak mengenali mungkin menganggap bahawa mereka bukan kembar kerana mereka mempunyai rupa paras yang berlainan begitu juga perwatakan mereka.

"Mana kak Ed, kak Ria, kak Lis and kak Sar ni. Lambat pula keluar harini. Selalunya time-time macam ni dah keluar." kata Elis atau nama sebenarnya Emma Ellisa sambil melirik pada jam tangannya.

Setengah jam telah berlalu daripada masa tamat persekolahan tetapi mereka masih belum juga tiba. Actually, Elis ni seorang yang kurang penyabar. Dia selalu merungut jika hal berkaitan dengan masa tetapi seorang yang baik hati. Dia kembar yang bernombor dua tetapi dia tidak tahu bahawa dia merupakan puteri kedua kepada King Alfred & Queen Edora. Mereka semua dibesarkan oleh tiga orang kakak dan seorang abang.

Menurut abang dan kakak-kaka mereka itu, mereka dilahirkan sama ayah dan berlainan ibu. Ed, Ria, Lis dan Sar merupakan anak kembar kepada ibu yang lebih dikenali sebagai V. Mereka dilahirkan lima bulan lebih awal manakala Dian, Elis, Nis dan El merupakan anak kembar kepada ibu yang dikenali sebagai E dan ayah mereka berlapan bernama Al.

Hanya itu sahaja yang diketahui mereka sejak kecil lagi. Menurut kakak-kakak dan abang mereka lagi, ibu bapa mereka telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya.

"Sabarlah, maybe diorang ada kelas tambahan ke apa ke. Kau ni pun sabar la sikit." balas Dian atau Emily Diyana, kembar nombor satu itu. Dia seorang yang agak lemah lembut walaupun kadang-kadang agak annoying juga.

"Entah dia ni, tak sabar-sabar. Cuba belajar sabar sikit. Macam mana la si Johan tu nak suka kat kau kalau perangai macam ni?" tambah Nis atau Erin Anissa kembar nombor tiga. Nis seorang yang suka mengusik kembar-kembarnya walaupun kadang-kadang dia agak blur.

"Yang kau ni tiba-tiba sebut nama Johan dah kenapa? Ada gak yang makan pokok-pokok ni kot kang." balas Elis sambil bersedia untuk mengeluarkan kuasanya itu.

"Eleh dia ni, ingat kami tak tahu yang kau syok kat Johan tu. Tak mau mengaku pulak... Buek!" kata Nis sambil menjelir lidah.

"Ish kau ni memang sengaja nak cari pasal dengan aku." marah Elis sambil mengeluarkan kuasanya. Nis pon sama mengeluarkan kuasanya untuk berlawan dengan Elis.

"Dah la korang, kalau orang nampak macam mana?simpan kuasa tu, nanti tak pasal-pasal keluar kat Berita Harian, ada dua orang alien terlepas ke bumi. Baru padan muka!" kata Dian sambil meleraikan pergaduhan adik-adik kembarnya.

Eloise Eldrina atau lebih dikenali sebagai El hanya berdiam diri sambil membaca buku tanpa menghiraukan pertelingkahan kakak-kakak kembarnya itu. El merupakan kembar yang bongsu dan dia seorang yang pendiam. Bukan pendiam sikit-sikit tetapi sangat pendiam, cukup susah nak bercakap. Bercakap pon susah, marah apatah lagi. Kalau dia marah pon, dia akan melepaskan amarahnya dekat sebuah patung yang dibina khas untuk mereka berlapan berlatih menggunakan kuasa mereka. Tak pernah sekali pon dia meninggikan suaranya kepada kakak-kakak kembarnya itu.

"WHAT ARE YOU GUYS DOING HA!!!??" pekik seseorang.

Alamak!

Elis dan Nis cepat menyembunyikan kuasa mereka selepas melihat gerangan orang yang pekik itu. Muka mereka berdua berubah pucat begitu juga Dian.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now