TLP~1| Dream

7.4K 320 3
                                    

Dia membuka mata dan mendapati bahawa dia berada di suatu tempat yang asing baginya. Tempat tersebut sangat cantik dan dipenuhi dengan kristal-kristal. Di antara semua kristal tersebut, terdapat satu kristal yang sangat besar bagi melambangkan simbol sesebuah kerajaan. Dia mendapati bahawa dia berada di dalam satu rumah agam yang saiznya tidak ubah seperti sebuah istana.

Tiba-tiba, dia ternampak seorang lelaki sedang mengendong seorang bayi yang baru sahaja dilahirkan. Terdapat empat incubator dan ada lagi tiga orang bayi yang baru dilahirkan di dalamnya. Di sebelah lelaki itu ada seorang wanita yang berambut biru sedang bermain dengan bayi-bayi tersebut. Di atas katil pula terdapat pula seorang wanita yang kelihatan lebih berusia berbanding wanita berambut biru sedang berehat sambil tersenyum kepada mereka berdua. Lagaknya seperti seorang ibu yang baru melahirkan empat orang bayi tadi. Jelas riak kegembiraan dan kebahagian di wajah mereka bertiga. Rupa dan perwatakan mereka sama seperti raja dan permaisuri di kerajaan itu.

Selepas beberapa ketika, dia dapat melihat pula wanita berambut biru sedang berehat di atas katil sambil bermain dengan empat orang bayi. Dia mengamati bayi-bayi tersebut dan mendapati bahawa bayi-bayi itu berbeza dengan empat orang bayi yang dia lihat pada mula dia menjejak kaki ke situ. Di sebelah kanan wanita itu, ada lelaki yang sama sedang membelai rambut biru wanita tersebut manakala di tepi birai katil terdapat pula seorang wanita yang berehat di atas katil sebentar tadi sedang bermain dengan bayi-bayi yang baru dilahirkan sambil ketawa riang. Gaya kedua-dua wanita itu seperti bertukar tempat sahaja.

Tanpa sedar, dia tersenyum dan berasa tenang melihat ketiga-tiga orang yang tidak dikenali itu.

Tiba-tiba, dia merasakan tempat yang dia berada itu bergegar dengan kuat. Dia dapat mendengar bunyi guruh berdentum dan bunyi tembakan meriam seiring dengan kilat yang sambar-menyambar. Bunyi teriakan dan pekikan manusia juga kedengaran. Dia juga nampak dengan jelas kabus berwarna hitam mengelilingi istana yang dia berada. Kabus itu terlalu tebal sehingga menyukarkan dirinya untuk melihat kejadian yang sedang berlaku. Dia memaksa dirinya untuk berjalan di dalam kabus tersebut sehingga ke ruang tamu istana. Di situ, dia ternampak lelaki sebentar tadi sedang memberi arahan kepada tentera-tenteranya lalu mereka menuju ke hadapan istana tersebut sambil memegang senjata-senjata untuk bersedia dan melawan musuh yang menyerang mereka ketika itu.

Kemudian, dua orang wanita tadi menghampiri lelaki tersebut. Mereka seperti bercakap-cakap sesuatu dan dia perasan air muka lelaki itu berubah sedih begitu juga dua orang wanita tersebut. Lalu, lelaki itu memanggil tiga orang perempuan dan seorang lelaki muda. Gaya mereka seperti pahlawan terhebat di negara tersebut. Dia tidak dapat melihat dengan jelas muka empat orang itu kerana dihalang oleh kabus yang tebal. Mereka mendengarkan arahan lelaki tersebut lalu mengangguk-angguk tanda memahami di atas arahan yang diberikan. Dalam keadaan yang genting itu, mereka berlari masuk ke dalam istana dan selang beberapa minit selepas itu, mereka keluar semula sambil mengendong kelapan-lapan bayi yang dia lihat sebentar tadi.

Lelaki dan dua orang wanita tadi mencium dan memeluk bayi-bayi tersebut buat kali yang terakhir. Dia melihat mereka menangis tanda tidak mahu melepaskan bayi-bayi tersebut pergi. Selepas itu, bayi-bayi itu hilang dari pandangannya bersama empat orang pahlawan tadi. Dia tercari-cari keberadaan mereka tetapi satu tembakan meriam menghala tepat ke arahnya. Dia tergamam dan tanpa sempat berbuat apa-apa...

*****************************

Dia membuka mata dan badannya berpeluh-peluh. Kedinginan aircond di dalam bilik tidak mampu menyejukkan dirinya yang gelisah itu. Dia meraup wajah berkali-kali. Rupa-rupanya dia bermimpi dan mimpi tersebut sering menganggunya selama 16 tahun ini.

Dia pusing ke kiri dan kanan, adik-adik kembarnya sedang tidur dengan nyenyak. Dia turun dari katil dan pergi ke dapur untuk minum air bagi menghilangkan dahaga..

Jam menunjukkan pukul tiga pagi.

Dia minum air sambil termenung memikirkan mimpinya itu. Tiba-tiba...

"Baaa!!!"

"Opocot mak kau jatuh sungai" latah Ed atau nama sebenarnya Ella Adriana.

"Mak siapa pulak yang jatuh sungai ni?" kata Bella.

"Mak kucing jiran sebelah tu ha. Haishh kak ni, terkejut Ed tau tak?" marah Ed.

"Sorryla, akak tak sengaja tadi. Tengok Ed tengah termenung ja tadi, tu yang idea jahat tiba-tiba muncul. So, what's going on? Kenapa Ed macam ayam berak kapur ja ni?" kata Bella sambil menuang air ke dalam cawan kosong.

"Mimpi tu, dia ganggu tidur Ed lagi" balas Ed.

"It is just a dream sweetie. Kenapa nak fikirkan?" kata Bella.

"That's dream always disturb me, you know? Since I was little, Ed selalu dapat mimpi tu. It was a same dream. Ed rasa macam mimpi itu nak bagi petunjuk dekat Ed" balas Ed.

"Dear, berapa kali kak Bella nak cakap, mimpi tu kan mainan tidur. Maybe dia cuma khayalan bagi Ed. You just ignored it, okay?" balas Bella.


"But....."

"No but but. Sekarang ni Ed pergi tidur, esok nak sekolah kan? So, go and sleep...now!" arah Bella.

"Okay, but...can I sleep with you tonight?" tanya Ed bersama muka comel.

"No, jangan nak mengada-ngada. Katil akak tu dah muat dengan kak Racheal and kak Mary. Kalau Ed nak tidur situ, Ed nak tidur mana?" tanya Bella pula.

"Tidur bawah la." balas Ed.

"Tak payah, bilik Ed tu katil cukup empuk nak bagi sakit belakang tu kenapa?!" marah Bella.

"Ala.."

"Kalau Ed nak tidur jugak, pergi tidur bilik abang Cyler tu." potong Bella.

"Euww..tak nak la, dah la abang Cyler lelaki, tidur lasak, berdengkur kuat pulak tu. Nanti alang-alang Ed nak tidur terus tak jadi." balas Ed sampai buat muka geli.

Di fikirannya, terbayang perkara yang bukan-bukan akan terjadi.

"Tahu pun, dah pergi tidur, kakak teman sampai bilik." balas Bella sambil ketawa.

Geli hati melihat perangai Ed yang masih kebudak-budakkan itu walaupun umurnya dah hampir menginjak ke usia 19 tahun. Sikap Ed memang begitu jika bersama dengannya berbanding Racheal, Mary dan Cyler. Ed akan bersikap matang jika bersama dengan mereka begitu juga dengan adik-adik kembarnya. Dia pon tak tahu kenapa. Mungkin sebab mereka mempunyai kuasa yang hampir sama iaitu teleportasi dan kawal minda.

"Goodnight kak Bella, esok jangan lupa kejutkan kami pergi sekolah tau." Ed kenakan Bella.

"Yala, kakak tahu. Dah tidur."kata Bella.

Selepas sahaja menyelimut Ed, Bella terus keluar menuju ke biliknya.

Mimpi kau betul Ed, cuma kami tak mampu nak bagitahu segala-galanya. Sampai masa nanti, kau dan adik-adik kau akan tahu juga. Bisik hati Bella lalu masuk ke biliknya untuk tidur.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now