TLP~25| Meet Their Lover

2.9K 150 7
                                    

Elis sedang berendam di dalam tab mandi diraja di kamar mandinya. Kamar mandi itu diperbuat daripada kristal. Entah apa-apa la ayahandanya itu, semua benda nak dibuat dengan kristal. Cuba buat guna coklat ke, boleh juga makan sambil mandi!

Dia tiba-tiba teringatkan perkenalannya dengan Putera Jasz petang tadi. Dia dan Jasz sama-sama mencari El di Bandar Alkylation iaitu bandar yang terbesar dalam dunia Crystal Realms. Bandar tersebut terletak di negara mereka sekarang iaitu Crystalline.
Rasa berdebar pula apabila bersama dengan lelaki itu. Jaszle Fard. Nama itu meniti di dalam hatinya. Putera kelima kepada King Phillips dan King Alice. Inikah cinta? Tapi.... Macam mana dengan Johan?

Ala! Lupakanlah Johan tu, bukan aku boleh balik lagi ke dunia manusia. Sialp-silap perangai buaya tembaga dia datang balik. Elis memejam mata untuk menenangkan fikirannya.

"Elissssss!!!!!" jerit seorang makhluk Tuhan.

Elis yang terkejut hampir melompat keluar daripada tab mandi itu. Pintu kamar mandi itu dikuak. Terpancul wajah Nis di situ. Argh, sudah!! Lupa kunci pintu pula!

"Woi!! Dah gila ke? Aku tengah mandi la bangang!!"

Nis hanya membuat muka innocent. Dia masuk lalu duduk di atas tembok bersebelahan tab mandi itu. Elis mendengus geram. Rasa macam nak sepak keluar si Nis blur tu. Nasib baik air di dalam tab mandi itu dipenuhi dengan buih-buih sabun. Kalau tidak, mesti ada adegan yang tidak sepatutnya dilihat oleh budak-budak bawah umur. Nis budak-budak ke? Agak la dengan perangai dia yang serupa kanak-kanak ribena itu.

"Elis, aku rasa aku dah jatuh cinta la." beritahu Nis dengan teruja. Kedua-dua tangannya diangkat lalu diletakkan di dadanya. Wajahnya didongak ke atas dan matanya dikelip-kelip. Jelas kelihatan cahaya sinaran pada matanya itu. Okay, yang tu memang minta penampar. Sabar Elis!

"Ye keeeee? Siapa lelaki malang tu?" soal Elis malas sekaligus mengundang wajah cemberut Nis. Padan muka!

!!Pok!!

"Aduh, sakitlah bongok!" marah Elis sambil memegang kepalanya yang disekeh oleh Nis. Mahu benjol kepalanya malam ni. Sudahlah sekehan itu agak kuat dan keras. Macam kena dengan batu saja. Tak guna punya adik kembar!

"Padan muka. Orang tengah serius. Dia main-main pulak." balas Nis sambil senyum nakal.

Elis mencebik.

"Yala yala. Aku serius ni. Siapa lelaki yang bertuahhhhhh tu?" katanya meleret. Sengaja mengenakan adiknya lagi.

"Adam Carl." balas Nis sambil tersipu-sipu malu.

"What?!! Putera Adam tu?!" soal Elis terkejut.

Nis mengangguk seperti burung belatuk. Tiba-tiba, Elis ketawa kuat sehingga keluar air mata. Bergetar habis urat sarafnya kerana terlalu banyak ketawa. Nis geram lalu memberi jelingan maut.

"Okay okay! Sorry." kata Elis setelah habis ketawa. Jarinya menyeka air mata yang menitis. Geli perut kot! Kanak-kanak tak cukup vitamin A, B, C dan semua jenis vitamin yang lain menyukai crown prince of Phulet Kingdom. Malang la nasib mu Adam!

"Macam mana? Sesuai tak dia dengan aku?" soal Nis ingin tahu.

Elis hanya menjongket bahu.

"Well. Maybe. Sesuai la kut dengan kau yang...."

"Yang apa? Nak kutuk aku la tu!" bidas Nis.

"Aku tak kutuk lagi pun. Aku sepak kang baru tau. By the way, boleh tolong aku tak?" soal Elis dengan senyuman penuh makna sebelum bertukar menjadi bengis.

"Boleh berambus dari sini tak? Kau nampak tak aku tengah mandi sekarang." marahnya sambil menolak Nis jatuh dari tembok itu. Tak boleh tolak sampai pintu, nanti pengsan habis korang(readers).

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now