TLP~3| Punishment

4.4K 228 0
                                    

Racheal memandang ketujuh-tujuh puteri kembar itu seperti mahu menelan mereka hidup-hidup. Puteri-puteri kembar itu hanya menunduk kepala memandang lantai dengan wajah yang ketakutan. Ada yang berpeluh, ada yang tergedik-gedik kaki dan bermacam lagi yang dilakukan oleh mereka. Begitulah cara mereka kalau disoal siasat oleh Bella, Racheal, Mary mahupun Cyler jika mereka melakukan sesuatu kesalahan.

"What happened?!!" soal Racheal dengan suara yang agak tinggi setelah sekian lama menyepi.

"Actually, kitaorang sebenarnya.... Aduh, macam mana nak cakap ni?" kata Ria sambil menggaru kepala.

"Sebenarnya apa?" tanya Cyler pula dengan nada suara yang lembut.

Malas hendak marah-marah, bukan sikap dia. Sebenarnya El tak hilang, cuma itu plan Mary dengan Racheal untuk mengenakan kembar-kembar itu.

Racheal dan Mary pergi ke sekolah untuk menjemput kembar-kembar itu pulang. Tetapi sampai sahaja di sekolah itu, mereka terperanjat apabila Elis mengeluarkan kuasanya untuk berlawan dengan Nis. Nis juga mengeluarkan kuasanya.

"Kau tengok tu!! Diorang berdua macam nak bergaduh jer tu." kata Mary.

"A'ah la. Aduh diorang ni dah kenapa? Kan kita dah cakap jangan keluarkan kuasa ketika di tempat awam macam ni. Balik nanti siap diorang aku kerjakan!!" marah Racheal.

Kalau boleh nampak dengan mata kasar, memang boleh nampak asap keluar ikut telinga si Racheal ni. Memang dia tengah marah sangat-sangat tu. Mary malas ambil pusing. Racheal kalau marah memang macam tu tapi dalam hati ada taman.

"Jom turun, baik kita hentikan pergaduhan itu sebelum manusia nampak!" kata Mary.

Baik mereka bertindak sebelum terlambat. Belum sempat membuka pintu kereta, mereka ternampak Ed, Ria, Lis dan Sar menuju ke arah kembar yang bergaduh tadi dengan muka yang penuh dengan kemarahan.

Semasa mereka melihat kejadian di mana Ed, Ria, Lis dan Sar yang sedang memarahi adik-adiknya mereka itu, tiba-tiba rancangan jahat muncul dalam kepala Racheal apabila dia melihat El yang keseorangan tanpa pengawasan itu.

Walaupun jarak El dengan kakak-kakak kembarnya itu agak hampir tetapi jika dia diculik sekalipun, tiada seorang yang akan perasan kerana mereka sedang hanyut dalam dunia pergaduhan itu.

"Mary, can you help me? Aku rasa aku ada cara nak ajar budak-budak tu." kata Racheal sambil tersenyum nakal.

"What? Kau jangan macam-macam, jadi apa-apa kat budak-budak tu kita yang kena tahu!" balas Mary.

"Ish kau ni, aku bukannya nak suruh kau bunuh diorang. But, I want you to use your power and culik El, boleh? Kita kenakan diorang tu and we see what happen next?" balas Racheal bersama senyuman jahat.

"Hmmm...bagus jugak idea kau tu. Tapi ingat, kalau jadi apa-apa, kau tanggung. Faham?" balas Mary pula.

"Yela yela. Kau ni penakut sangat. Dah pergi la culik El cepat." kata Racheal dengan malas.

Mary pun turun dari kereta dan menuju ke arah El yang ralit dengan bukunya itu. Dia menggunakan kuasa halimunannya supaya tujuh kembar yang tengah bergaduh itu tidak menyedari kehadirannya. Perlahan-lahan, dia menutup mulut El dengan tapak tangannya lalu 'menghilangkan'nya.

El yang mahu menggunakan kuasanya itu terhenti apabila melihat wajah Mary yang menyuruhnya diam. El hanya menurut. Mereka menunggu di situ sambil melihat reaksi tujuh kembar itu yang masih bertelingkah. Selang beberapa ketika, suara Dian kedengaran lalu mereka dapat melihat muka kembar-kembar itu berubah pucat.

Apalagi, mengamuk la Ed kat situ, dia arahkan adik-adiknya pergi mencari El. Sampai satu sekolah mereka mencari namun tidak menjumpai juga. Racheal dan Mary rasa nak ketawa pula melihat muka cuak kembar-kembar itu.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Where stories live. Discover now