TLP~21| Meet Earl

2.7K 159 7
                                    

El berlari dengan laju sehingga tidak sedar bahawa dia telah jauh meninggalkan Crystal Castle. Dia berhenti di hilir sungai. Sungai itu sangat cantik dan airnya sungguh jernih. Pelbagai jenis ikan yang berwarni-warni turut menghuni sungai tersebut. Terdengar deruan air terjun yang turun dengan lajunya di hujung sungai tersebut. Kristal-kristal yang besar dan berkilauan memenuhi sama ada di dalam sungai ataupun di sekelilingnya.

El menangis semahu-mahunya. Inilah kali pertama dia dimarahi. Lebih menyedihkan, ianya berlaku di hadapan orang yang tidak dikenalinya.

"El buat salah kah? Kenapa kak Bella marah El? El just tak nak naik atas serambi ballroom tu jer?" soalnya perlahan.

Dia perasan yang ikan-ikan di dalam sungai tersebut memerhati dirinya dengan pandangan sedih. Reaksi ikanikan itu seperti memujuk dirinya. El berhenti menangis dan kemudiannya memasukkan tangannya ke dalam air sungai tersebut lalu ikan-ikan tadi terus berkumpul di sekeliling tangannya itu. El bagaikan terpukau dengan kecantikkan ikanikan tersebut sehingga tidak sedar dengan kehadiran seseorang yang sedang memerhatinya sedari tadi.

Tiba-tiba, El terdengar bunyi ranting pokok yang dipijak. El bangun dengan pantas kerana terkejut. Dia memerhati sekeliling mencari gerangan orang atau makhluk yang memijak ranting pokok tadi.

"Siapa tu?" soalnya dengan sedikit ketakutan. Dia sudah bersedia untuk menyerang jika orang atau makhluk tersebut keluar daripada tempat persembunyiannya.

"Don't scared. I'm here!" kata seseorang lalu keluar dari sebalik pokok yang berada tidak jauh dari El. El tersentak dengan kehadiran lelaki itu. Lelaki itu memakai baju seperti seorang putera dan memiliki rupa paras yang sangat kacak. Kacak? Oppss!! El menampar pipinya. Sejak bila pula puji orang ni?

"Awak buat apa di sini?" soal lelaki itu lalu berhenti di hadapan El.

El hanya mendiamkan diri. Dia berundur ke belakang.

"Hey, don't scared! Saya tak makan orang pun." seloroh lelaki itu pula. Namun tidak mengundang ketawa gadis di hadapannya itu. Gadis itu hanya berundur setapak demi setapak ke belakang. Dahinya berkerut melihat reaksi gadis tersebut.

Bisu ke? Desis hati lelaki itu.

Pelik pula dengan sikap gadis ini. Selama ini tidak pernah pula dia melihat gadis ini di dalam dunia mereka. Bukankah Virulent merupakan rakyat yang peramah? Kenapa gadis ini macam pendiam dan pemalu? Namun yang dia tahu, gadis di hadapannya ini sangat cantik. Matanya yang berwarna biru itu mampu mencairkan mana-mana lelaki yang memandang ditambah pula dengan rambut birunya yang ditoncang satu menampakkan lagi leher yang jinjang. Hidungnya yang mancung itu juga boleh buat ramai lelaki tertarik kepadanya termasuk juga suami orang.

"Are you okay? Kenapa menangis sebentar tadi?" soal lelaki itu lagi. Cuba menarik minat gadis itu bercakap dengannya. Namun hampa. Gadis itu tetap mendiamkan diri. Dia mengeluh.

Apa yang susah sangat nak bercakap ni? Aku ni hantukah? Katanya di dalam hati.

Tiba-tiba ideanya jahatnya muncul. Bukan idea jahat sebenarnya, tetapi lebih kepada idea untuk membuatkan gadis itu bercakap dengannya.

"Awak nak tahu something tak?"

El hanya memandang lelaki itu menunggu kata-kata seterusnya.

"Tempat ini ada banyak spirit. Spirit itu boleh rasuk dan kawal badan someone yang sedang bersedih macam awak." kata lelaki itu dengan suara yang menyeramkan.

El tergamam. Dia berlari dan dengan tidak sengaja dia memeluk lengan lelaki itu. Diulang, tidak sengaja okay!

"Be..betul ke?" soalnya.

Crystall Realms: The Legendary Princess[Wattys2019]Onde histórias criam vida. Descubra agora