Bab 1: Anwar

9.8K 425 29
                                    

    Aku mengemas barang-barang yang bersepah di atas katil. Aduh! Kejap lagi lori akan sampai untuk angkut barang-barang ini, tapi aku masih tidak siap mengemas. Cuba bayangkan. Tadi, abah suruh aku cuci kereta dengan Farhan. Tapi, tak sangka pulak Farhan berlaku curang dengan aku! Boleh pula dia beri alasan untuk keluar dengan kawan, konon-kononnya nak menghabiskan masa yang tinggal sebelum berpindah. Ceh! Konon. Sebab alasan dia yang tidak munasabah, aku tidak ada pilihan lain selain basuh kereta seorang diri. Penat! Whuihhh. Penat dengan perangai abangku itu.

    Bunyi enjin lori memecah suasana. Aku mengintai ke luar tingkap, melihat sebuah lori sudah memasuki halaman rumahku. Kemudian, aku beralih pandanganku di dalam bilik. Banyak lagi benda-benda yang perlu dikemaskan ni.

     Aku terus bergegas berlari kehulur-kehilir untuk mengemas walaupun aku tahu tidak akan sempat untuk habis. Lagipun, bukan semua barang aku perlu bawa, betul? Macam barang-barang lama ni, buat apa aku ingin bawa sekali?.

    Aku meletakkan segala bajuku yang tidak berlipat di dalam kotak dan barang-barang sekolah di dalam beg baju. Biarlah....ini dah kritikal sangat ni. Terbalik pun terbaliklah.

   Selepas 'habis' mengemas, aku membawa turun semua barang-barangku ke bawah. Mama sudahpun berada di luar, mengarahkan orang-orang yang diupah untuk mengangkat barang-barang ke dalam lori. Aku melihat abahku yang sedang bercakap dengan seseorang dalam telefon bimbitnya sambil ketawa.

    Farhan ni biar betul. Kenapa lama sangat. Melihat pergerakan abah dan mama, seperti sudah mahu bertolak. Takkanlah. Takkan nak tinggal Farhan? Walaupun aku berharap sebegitu.

    "Mama, barang-barang War nak letak mana, ma?",soalku sambik menunjukkan beg-beg tersebut kepada mama.
  "Pergi letak terus dalam lori",ujar mama. Aku mengangguk lalu melakukan apa yang mamaku suruh.

   "Kami nak bertolak dah. Nanti....boleh follow kami dari belakang lah ya", ujar abah kepada pemandu lori itu. Eh, biar betul.

    "Mama, Farhan macam mana? Dia belum balik lagi la ma". Mama memandang wajahku yang bersinar-sinar.

    "Eleh. Cakaplah suka kalau Farhan tak ikut sekali". Mama mencuitku dan tersengih-sengih. Memangla. Tapi main-main pula mama kesayangan aku ni.

   "Ish ma, cakapla betul-betul". Kami berdua tersentak mendengar abah memanggil kami untuk masuk ke dalam kereta.

   "Dia ada le. Cuma dia datang lambat sikit. Mama dah kemaskan barang dia. Jadi nanti kawan dia hantar je dia dekat sana. Yang kamu ni....betul ke dah settle angkut semua barang kamu ni?", tanya mama. Erk.

    "Ye la ma. Dah". Baguslah tu, Anwar. Tipu mama sendiri.

   "Kalau ada barang lagi cepat ambik. Mama nak kunci rumah dah ni".
 
   "Haih...tak da ma". Aku terus melangkah masuk ke dalan kereta sambil melihat mama yang sudah mengunci pagar rumah. Aku mengingatkan kembali diriku mengenai barang-barang penting yang patut aku bawa. Mama sudah masuk ke dalam kereta. Sejurus itu, abah sudah mula memandu.
Ingat balik.....ingat balik....ingat balik. Ada ke barang yang aku lupa?

   Apa ye?

     Ingat balik apa dia....

  Macam ada sesuatu yang tertinggal tapi apa ya??

 
      Jap.

   Ya Allah! Seluar dalam aku!

**********
Vote dan Commment  so saya rasa happy nak tulis lagi...eheh
And klau boleh jangan la stop baca...sebab sy janji..janji seram dia akan lebih best after every chapter...commentla kalau anda nak beri feedback

    

Sekolah LamaWhere stories live. Discover now