Bab 73

20.4K 314 6
                                    

Adrina melangkah keluar dari biliknya menuju ke dapur.  Dipandang sekeliling.  Sepi je.  Mungkin Zahrif tak bangun lagi?
Sampai di meja makan, dia ternampak ada sesuatu di bawahtudung penutup makanan.  Ada satu kertas yang diselit diantar tudung penutup makanan. tersebut.

Aku dah masak untuk kau.  Kau makanlah eh? Sorrylah kalau tak sedap ke apa. Aku keluar kejap dengan Feruz.  Aku masakkan kau nasi goreng special.  Kalau kau tak nak makan pun, janganlah buang.  Tinggalkan je dekat situ. Tapi, aku masak nasi goreng ni dengan penuh kasih sayang! 😃
Zahrif.

Adrina tersenyum sendiri.  Dia membuka tudung penutup makanan lalu memerhatikan nasi goreng tersebut.  Hmmm…nampak agak sedap.
Dia menarik kerusi lalu duduk.  Sudu diambil dan mencedok nasi goreng tersebut lalu disuapkan ke dalam mulutnya.
Boleh tahanlah nasi goreng dia.  Cuma, kurang garam sikit je.  Tapi, masih boleh dimakan.  Hmmm…aku ingatkan aku baru je nak buat sarapan khas untuk dia tapi nampaknya dia yang buatkan aku sarapan dulu.  Tak apalah. 
Selepas makan, Adrina bangun membasuh pinggan di sinki.  Selepas membasuh pinggan, dia mencapai pen lalu menulis sesuatu di atas kertas tersebut.

Dear my husband,      
Thank you for the fried rice.  Sedap cuma  kurang garam sikit je.  Tak apa.  Still boleh makan. Terima kasih sebab masakkan aku sarapan.  Sorry sebab tak sediakan kau sarapan.  Tapi, tak apa. Aku akan masakkan kau makanan tengahari. Aku harap kau sudilah makan masakan aku ye?
Adrina.

Adrina meletakkan kertas tersebut di atas meja.  Dia kembali menuju ke dapur.  Nak masakkan makanan tengahari untuk si suami.  Yalah, semalam dah kata rindu dengan hasil masakan air tangan aku sendiri kan?

FERUZ menggeleng melihat kawannya yang asyik termenung dari tadi.  Fikirkan Adrinalah tu.  Macamlah aku tak tahu.
“Dahlah tu! Sampai bila kau nak tenung je cendol tu? Makanlah…” dari tadi cendol tu tak berusik langsung.  Habis dah cair ais ketul dalam mangkuk tu.
“Aku tak seleralah…”
“Kau ni.  Agak-agaklah.  Kau jangan risaulah.  Aku yakin yang Adrina akan makan masakan kau tu.”
“Kalau tak?”
Selalu berfikiran negative betul mamat ni! Sekeh kang! Cubalah fikir yang Adrina tu akan makan.  Confirm punya Adrina makan.
“Kau ni…aku percaya Adrina akan makan.  Kau jangan nak risau sangatlah.  Adrina tu walau keras macam mana sekalipun tapi kalau si perut tu kata lapar, dia akan makan jugak.  Percayalah…”
Hmmm…”
Aku pun berharap jugak dia akan makan sebab nasi goreng tu aku buat dengan penuh kasih sayang.  Puih! Jiwang sangat kau ni Zahrif.  Eleh! Tak salahkan kalau aku nak jiwang sekali-sekala? Kadang-kadang jiwang kita nilah membuatkan isteri kita bahagia.
Hek eleh! Bajet sangat kau ni.  Kalau jiwang karat macam kau ni, berlambak tau boleh dapat.  Eh! Tapi, aku ni sejenis jiwang karat yang sudah dipolish.  Semuanya nampak berkilat.  Hahaha…
Weyh! Kau habiskan cendol aku?!” Zahirf memandang Feruz yang sedap memakan cendolnya.  Kurang asam betullah mamat ni.
“Dah kau tu sibuk berangan je? Tak baik tau membazir.  Dari kau membazir, baik aku yang telan.  Kan senang?” Feruz menghirup kuah cendol.
“Makanlah sampai kembung!” Feruz ni selalu buat mood aku down mendadak terus.

SARA menatap hensetnya lama.  Nak chat tak dengan Adrina? Apa Adrina masih marahkan aku? Huh…macam mana ni? Kalau aku tak chat, lagilah rasa bersalah aku tu menggunung.
Apa susahnya? Aku chat jelah.  Biarlah dia nak maki hamun sekalipun.  Sekurang-kurangnya aku dah mintak maaf kepada dia.  Tak adalah rasa bersalah aku tu menggunung sangat.
Dia menyentuh nama Adrina lalu menaip mesej untuknya.

Sara_00:
-Adrina…aku nak mintak maaf dekat kau? Aku tahu aku banyak sangat salah dekat kau.  Aku tak sepatutnya merayu gila macam hari tu.  Dan disebabkan akulah kau kehilangan anak kau.  Aku betul-betul mintak maaf.  Kalau kau nak berdendam dengan aku sekalipun, aku tak kisah.  Janji rasa bersalah aku ni berkurangan.

5 minit berlalu dan Adrina masih tak membalas chat nya.  Mungkin dia tengah masak ke apa?   Sekarang ni Malaysia dah pagi.
Bosan! Sara mencapai sweater miliknya.  Tudung dipakai lalu dia keluar dari biliknya.  Mama dan papa masih lagi tak balik.  Hmmm…dia mencapai sticky note lalu menulis sesuatu .

Mama, papa. Sara keluar kejap eh? Sara bosanlah duduk sorang-sorang dalam rumah ni.  Sara keluar kejap je.  Nak ambik angin.  Kalau mama dan papa dah balik, jangan tunggu Sara ok?

Sticky note ditampal pada almari yang berada di sebelah pintu.  Dia keluar dari rumah dan berjalan-jalan di tempat yang selalu dikunjunginya.  Dia mengambil tempat di kerusi tersebut.  Malam-malam memang dingin.  Walaupun pakai sweater, tapi kedinginan dia tu tetap dapat dirasa.
Telefonnya dibawa keluar dan check chat dari Adrina.  Manalah tahu dia balas ke? Dan ternyata Adrina membalas chat nya.

N.A.Z:
-Dah tak ada apa yang perlu dimaafkan lagi Sara.  Benda yang dah jadi tetap dah jadi.  Tak boleh diputar semula.  Lagipun, aku dah terima kenyataan yang anak aku cuma singgah sekejap sahaja di rahim aku.  Kau janganlah risau.  Aku takkan berdendam dengan kau. 

Kata-kata Adrina sedikit sebanyak melegakan hati Sara.  Nasib baiklah Adrina tidak berdendam dengannya.

Sara_00:
-Kau memang seorang yang baik Adrina.  Walaupun aku dah buat macam-macam masalah dekat kau, tapi kau still maafkan aku.
N.A.Z:
-Tak apalah.  Lumrah manusia kan? Kau tu…take care yourself.  Aku yakin ada lelaki yang lebih baik dari Zahrif.  Someone deserves you better.  Aku yakin yang satu hari nanti kau akan jumpa mamat yang betul-betul akan jaga kau.  Manalah tahukan kau duduk dekat London tu, ada mat salleh lekat dekat kau ke? [Naughty face.]

Sara tertawa dengan kata-kata Adrina.  Dia ni macam-macam betullah.

Sara_00:
-Takkanlah kot? Aku nak lelaki yang berdarah Malaysia.  Tak naklah London-London bagai ni. 
N.A.Z:
-Apa salahnya? Parents kau pun kerap balik sana? So, tak ada masalah di situ kan? Kalau kau kahwin dengan mat salleh, nanti anak kau mesti comel-comel!
Sara_00:
-Macam-macamlah kau ni Adrina.  Kau tu yang patut dapat anak-anak comel dengan Zahrif.  Zahrif tu hensem dan kau tu comel.  Hahaha…
N.A.Z:
-Aku dengan Zahrif belakang kiralah.  Tak termasuk yang tu.  Macam mana pun aku dengan Zahrif kena jugak bagi cucu-cucu dekat parents kan?
Sara_00:
-Betul tu! Oklah Adrina.  Aku kena off dulu.  Nanti kita sambung chat ya?
N.A.Z:
-Ok! TTYL!

Dia ingin menamatkan perbualan dengan lebih cepat bila ternampak kelibat Adam yang sedang melangkah ke arahnya.  Dekat mana-mana pun mesti mamat ni aka nada!
Meet you again…” kata Adam James sambil berdiri di hadapannya.
Yeah…seems like you’re the one stalk on me!” Sara memandang ke sebelah.  Tengok muka Adam James ni buatkan aku rasa berdebar lain macam.
What? I’m the one stalk you? Silly things! You know what? The appropriate word is we’re perfectly matched!”
Zupp! Jantung Sara berdegup dengan pantas.  Apa yang mamat ni merepek malam-malam ni?
What are you trying to talking to?”
You know what? This is the place where I met you for the first time.  You’re perfect.  And the important is I like you.”
Dadanya bertambah berdebar-debar bila Adam James duduk di sebelahnya.  Rasa macam nak tercabut semua jantung aku.
What are you trying to saying? Adam, look.  You know that I had been pregnant before, right? Don’t you feel disgusting with woman who had pregnant illegal child?”
Adam James cuma tersenyum.  “Well, I know.  In that situation, you was been raped.  Am I right?”
Sara mengetapkan bibirnya.  Tak sangka Adam tahu situasinya.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now