Bab 15

14K 352 4
                                    

Sara pula mendengus geram.  Hari-hari yang dilaluinya terasa begitu sulit.  Hari ini Adrina dan Zahrif tak datang! Argh!!!!
Kenapa mesti ada Adrina di situ?! Jahanam! Perempuan ni memang sial betullah! Tak apa.  Aku takkan biarkan diorang bahagia.  Aku akan pastikan diorang bercerai-berai jugak.  I don’t care.
Zahrif is mine! No one can take him from me! Adrina…kau jangan nak berangan yang kau akan hidup bahagia dengan Zahrif selamanya.  Dan kau Zahrif, kau jangan ingat yang kau akan terselamat dari aku!
Dia memandang gambar Zahrif di telefonnya.  “Zahrif sayang…aku akan rampas kau balik! Malam tu sepatutnya kau jadi hak aku! Tapi sebab betina tu, rancangan aku rosak sayang.” dia tersenyum kemudian buat muka sedih pulak.
“Aku dah lama nakkan kau Zahrif tapi kenapa Adrina dapat kau senang-senang je?! Kalau aku tak dapat kau, aku sanggup buat apa saja demi mendapatkan kau Zahrif even nyawa Adrina melayang sekalipun!”
Telefonnya dicampak ke tepi.  Dia menggenggam gambar Adrina pula.  Siap print pulak tu.
“Adrina…one day kau akan merana! Aku takkan biarkan selamanya hidup kau akan happy!” dia tergelak kuat.  Gaya pun dah macam orang mereng.  Sah! Boleh daftar masuk Tanjung Rambutan.

SELEPAS menukar baju, Adrina kembali ke katil.  Badannya mula rasa kejang dan kebas semacam.  Aku yakin aku akan demam kali ni.  Hidung pun dah mula selsema.
Zahrif masuk ke dalam bilik selepas makan malam.  Dia memerhati ke arah Adrina yang berlilit dengan shawlnya.
“Kau tak panas ke pakai shawl tu?” Adrina menggeleng.
“Kenapa kau tak bukak je tudung? Aku kan suami kau? Boleh tengoklah…” Adrina menggeleng.  Tak nak aku bagi dia tengok rambut aku ni.
“Ikut suka kaulah Adrina…” Zahrif menuju ke bilik air. 
Adrina terasa kepalanya sakit sangat.  Rasa macam nak pengsan tapi dia masih mampu menahan daripada pengsan.  Aku kan kuat? Ceh! Adrina perlahan-lahan membaringkan badannya.  Selesanya tidur!
Zahrif keluar dari bilik mandi dan memandang ke arah Adrina yang tidur mengerekot.  Sejuklah kot? Zahrif memperlahankan suhu penghawa dingin.  Dia baring di sebelah Adrina.
Degil kau ni Adrina! Tengoklah! Nasib badan kaulah nak demam bagai.  Suka snagat nak menyeksa diri! Baru aku tahu kau ni rupanya keras kepala.  Degil! Tak suka nak dengar cakap orang.  Zahrif menutup lampu lalu tidur.

ZAHRIF terjaga bila terasa ada tangan memeluk tubuhnya.  Kaki pun dah naik sekali atas badan aku.  Zahrif membuka lampu kecil dan memandang ke arah Adrina.
Budak ni ganasnya tidur.  Sampai peluk aku segala! Dia ingat aku ni teddy bear dia? Namun, dia terasakan suhu badan Adrina yang agak panas.  Sah! Dia ni demam.
“Sejuk…” Adrina merengek kecil. 
Macam mana aku nak buat dia ni tak sejuk.  Minah ni.  Ada saja eh nak menyusahkan aku? Kalau kau ni adik aku, dah lama aku anyam jadi ketupat! Tapi, nasib baik kau ni naik pangkat jadi isteri yang perlu dilindungi.
“Sejuk…” Adrina merengek lagi.
Satu habuk pun tak ada idea kecuali yang terlintas di kepalanya ialah peluk tubuh Adrina.   Kan tubuh lelaki adalah satu punca isteri dapat tidur dengan lena.  Sebab haba daripada tubuh lelaki.
Isy! Takkan aku nak kena peluk kau kot si Adrina oii? Ini kalau kau sedar sekarang ni, aku confirm kau akan terajang aku masuk bawah katil.  Tapi, nak buat macam mana? Kalau kau tak panas, kau akan merengek sejuk.
Nampaknya terpaksalah.  Zahrif memusingkan tubuhnya.  Nak peluk ke tak ni? Isy…aku rasa kekoklah! Serius! Muka aku ni pun aku dah rasa kebas semacam sebab aku ni serius sikit pemalu.
Tangannya cuba dihinggapkan di pinggang Adrina tapi tak sanggup.  Eiii! Kang minah ni cop aku ambik kesempatan pulak.  Tapi…
“Sejuk…”
See? Dia merengek.  Nak peluk ke tak ni? Kau ni gila betullah Zahrif.  Apa salahnya kali ni je kau peluk dia? Lagipun, dia kan tengah sejuk tu?
Baru sahaja dia nak peluk tubuh Adrina, Adrina terlebih dahulu peluk tubuhnya menyebabkan dadanya dan dada Adrina bertemu.
Woi! Aku yakin aku tak boleh tidur malam ni.  Dup dap dup dap je aku rasa ni.  Muka aku ni dah rasa kebas sangat ni.  Sikit lagi meletop! Aku bukannya turn on ke apa tapi aku serius tak biasa dengan situation macam ni.
Perlahan-lahan tangannya melabuh di pinggang Adrina.  Tergetar-getar tangan aku ni letak kat pinggang dia.  Macam aku pulak yang nak demam.  Mengadalah kau nak demam segala? Demam apa? Demam sebab terkejut kena peluk dengan Adrina?
Ini kalau buat cerita pun orang gelakkan kaulah Zahrif! Takut nak peluk bini.  Kahkahkah! Selalunya time macam nilah orang nak ambik kesempatan tau tak? Apalah kau ni Zahrif.
Akhirnya…dua-dua terlena dalam pelukan.  Zahrif kena peluk dengan Adrina dan Adrina dipeluk oleh Zahrif.  Lenalah hampa dua.

ADRINA terjaga apabila terdengar azan Subuh berkumandang.  Dah pukul berapa ni? Dia memisat matanya.  Sedapnya aku tidur! Rasa suam-suam macam tu je.
Kejap! Rasa suam-suam? Dia memandang gerangan di hadapannya.  Alamak! Zahrif?! Macam mana aku boleh terpeluk dengan dia! Kaki pun naik atas kaki dia.  Gilalah kau ni Adrina!
Dia segera menjarakkan dirinya.  Pergerakannya membuatkan Zahrif terjaga dari tidurnya.  Zahrif menutup mulutnya apabila menguap.
“Dah pukul berapa ni?”
“Errr…6 pagi!” ujar Adrina lalu bangun daripada katil.  Dahlah demam.  Sakit kepala tak habis lagi.  Melelong Adrina ketika berjalan dibuatnya.
Selepas mengambil wuduk, Adrina segera mendirikan solat tanpa menunggu Zahrif.  Zahrif pula menunggu Adrina selesai sembahyang di katil.  Check dulu telefon.
Ada mesej daripada Sara dari wechat.  Apalah yang pompuan ni nak? Dia membuka mesej tersebut.
Sara_Evan: -Aku dengar kau dah kahwin dengan Adrina?[8.30 p.m.]
Macam mana dia boleh tahu yang aku dah kahwin dengan Adrina? Ada orang yang sebarkan ke apa?
Ariz Zahrif: -Macam mana kau tahu?
Zahrif kembali meletakkan telefonnya bila Adrina dah selesai sembahyang.  Dia pula mengambil tempat di atas sejadah tersebut.  Takbir diangkat dan dia mula sembahyang.
Adrina check telefonnya.  Ada mesej dari Sara di wechat.
Sara_Evan: -Jahanam kau pompuan! Kenapa kau rampas Zahrif dari aku?! [8.32 p.m.]
Amboi! Biadabnya pompuan ni! Ikut suka hati dia eh nak tengking lepas tu nak copkan aku ni rampas Zahrif dari dia?
Adrina Zahra: -Hoi pompuan! Kalau kau tak tau apa-apa, better u shut up!
Sekarang ni memang aku boleh bersabar tapi mustahil lain kali aku boleh sabar lagi!
Ada mesej dari Naura di what’s app.
Naura: Weyh! Gawat weyh! [7 p.m.]
Minah ni dah kenapa jadi minah Indonesia tiba-tiba?
Adrina: Dah kenapa kau ni? Lek arrr…
[Typing…]
Awal jugak minah ni bangun eh? Ada perubahan yang bagus!
Naura: Kau tahu tak cerita kau kena tangkap dengan Zahrif dah sebar satu sekolah.  Aku tak tahu macam mana benda ni boleh tersebar!
Nak luruh jantung Adrina dibuatnya.  Cerita aku dengan Zahrif dah tersebar? Ya Allah! Macam mana berita ni boleh tersebar?
Adrina: Habis tu? Macam mana sekarang ni?
[Typing…]
Naura: Semuanya pakat cemuhkan kau dengan Zahrif.
Astaghfirullahalazim! Sapa yang jaja cerita ni?! Sara? Kan Sara dah lama tak puas hati dekat aku!
Adrina: Kau tahu sapa yang jaja cerita aku dengan Zahrif?
[Typing…]
Naura: Tak tahu…aku tak ada idea sapa yang buat cerita ni semua!
Adrina: Tak apalah…thanks Naura.  Apa-apa inform aku ok?
[Typing…]
Naura: Ok…
Adrina keluar dari laman what’s app.  Muka cemberut Adrina mengundang pelik di hati Zahrif.  “Kau kenapa?”
“Ada orang jaja cerita pasal kita!” Zahrif pun naik sama terbeliak sekali.  “Hah?!”

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now