Bab 11

13.2K 338 2
                                    

“Macam mana boleh jadi macam ni?” soal Encik Saiful Zahri apabila mereka berada di rumah orang tua Adrina.
“Ayah! Zahrif tak buatlah kerja macam tu! Kan Zahrif dah cakap yang Zahrif ke situ sebab Feruz nak jumpa! Ada bukti kan?”
“Yalah! Tapi kenapa sampai boleh tertiarap bagai macam Ustaz Rahim cakap?” dia cuba menyelidik lagi.
Puan Salihah hanya mendiamkan diri.  Patutlah hatinya rasa tak tenang.  Rupanya benda ni yang nak jadi.  Puan Zuhaira mengusap lembut bahu Puan Salihah.  Dia tahu Adrina dan Zahrif tak bersalah.  Kebetulan kan?
“Adrina!” panggil Encik Maamar tegas.  Adrina memandang abahnya.
“Kamu buat apa dekat situ?!”
“Abah! Kan Ina dah cakap yang Ina cari kunci motor! Kunci motor jatuh! Bukti kan ada yang kunci motor memang ada dekat dewan tu!” Adrina membentak lagi. 
Tahulah aku dengan Zahrif tertangkap dalam keadaan mencurigakan tapi janganlah nak menuduh yang kami buat benda tu.  Tak logiklah! Zahrif tak suka aku dan aku pun tak suka Zahrif!
“Perkara ni tak mustahil akan sampai ke telinga orang! Jadi, demi menutup mulut orang kita kahwin saja diorang ni!”
“Hah?!” dua-duanya terkejut dengan keputusan yang dibuat.
“Kamu berdua kena kahwin! No excuse!”
“Tak nak!!” serentak mereka berdua berkata.  Mereka memandang antara satu sama lain.
“Ini semua salah kau!” Zahrif menuduh Adrina.
“Eh? Apasal aku pulak?! Yang kau pun pergi percaya surat tu dah buat apa?! Feruz tak ada kan?!” giliran Adrina pula membalas.
“Dah! Kamu berdua ni asyik nak bertekak je! Zahrif! Ayah tak kira.  Kamu kena jugak kahwin dengan Adrina!”
Dua-duanya memprotes dengan tayang muka tak puas hati.  Tolonglah! Nak kahwin dengan muka mamat jambu ni? Memang taklah! Assalamualaikum jelah!
Nak kahwin dengan minah badak ni? Please lah! Good bye! Aku dengan dia macam laut dengan tanah.  Eh? Ada kena mengena ke? Lantaklah!
“Encik Maamar, dekat sini ada tak imam ke tok kadi ke?”
“Ada! Nak saya panggilkan sekarang?”
“Boleh jugak!”
“Ayah!”
“Abah!” dua-duanya nak memujuk lagi.
“Zahrif! Benda ni dah berlaku Zahrif.  Kalau tak kahwinkan kamu berdua cepat-cepat, nanti apa kata orang! Mulut orang kita tak boleh nak kata apa-apa!” balas Encik Saiful Zahri.
“Abah! Please abah? Ina tak nak kahwin dengan Zahrif!” dia cuba merayu lagi.  Kalau suruh cium kaki pun aku sanggup!
“Ina! Benda ni tak boleh buat main-main! Kamu kena jugak kahwin dengan Zahrif!”
Adrina menarik muncung.  Dia berlari masuk ke dalam bilik.  Pintu dihempas kuat.  Puan Salihah serta-merta mengalirkan air mata.
“Kak…dahlah tu.  Dari tadi akak menangis.” Puan Zuhaira cuba memujuk.
“Akak sedih.  Anak akak tu dahlah perempuan.  Selama ni dia tak pernah mintak apa-apa.  Tapi, hari ini dia dipaksa untuk bernikah.”
“Saya faham kak.  Samalah dengan Zahrif tu.  Tak pernah mintak apa-apa sangat.  Tapi, entahlah.  Mungkin ketentuan mereka macam ni.” Puan Zuhaira memandang suaminya.
Memaksa budak-budak ni kahwin adalah bukan satu perkara yang baik.  Tapi, kalau tak kahwin, mulut orang akan jaja cerita dan ini akan membuatkan kedua-dua pihak keluarga malu.
“Kak…saya nak jumpa dengan Adrina boleh?”
“Boleh…tolong pujuk dia ya? Kalau saya yang pujuk, memang tak jalanlah.”
“Insha-Allah…” Puan Zuhaira menuju ke bilik Adrina. 
Pintu perlahan dibuka dan masuk ke dalam bilik.  Adrina ketika itu menangis.  Dia faham apa yang dirasakan oleh Adrina.  Budak mana yang suka dipaksa untuk kahwin.  Tambah-tambah lagi ketika usia muda macam ni.
“Adrina…” panggil Puan Zuhaira.
Adrina mengelap air matanya pergi dan memandang ke arah Puan Zuhaira.
“Mak cik…Ina tak salah.  Ina tak perangkap anak mak cik.” bersungguh-sungguh Adrina cuba menerangkan situasi yang sebenar.
“Mak cik tahu Ina.  Mak cik tak salahkan Ina.  Mungkin ini dah takdir untuk Ina dan Zahrif.  Mak cik pun tahu anak mak cik takkan buat benda-benda macam ni.  Dia seorang yang agak pemalu.  Kalau seorang pemalu, macam manalah boleh terlintas nak buat benda yang tak sepatutnya kan?” Adrina mengangguk.
Ya, Zahrif memang seorang yang agak pemalu.  Mana mungkin di fikirannya terlintas untuk membuat perkara-perkara yang tak elok dekat anak dara orang kan?
Aku pun sebenarnya tak salahkan Zahrif.  Kalau aku pun aku mesti terpengaruh dengan surat tu.  Dah jelas tertera nama kawan di situ kan? Tapi, aku rasa ada yang hendak memerangkap.  Entahlah…
“Ina kahwin dengan Zahrif ye? Mak cik tak memaksa tapi Ina kena fikirkan maruah keluarga.  Walaupun dalam hal ni, kita sebenarnya tak bersalah tapi apa pandangan orang dekat luar sana? Ina kena fikir jugak.”
“Tapi mak cik…kami macam mana?”
“Tak apa Ina.  Ina kahwin je dengan Zahrif dan lepas tu korang hidup macam biasa.  Cuma, nanti mak cik dan pak cik dengan ibu dan abah Adrina akan berbincang sikitlah tentang hubungan korang.”
“Baiklah mak cik…”
“Ina duduk dalam bilik dulu ya? Mak cik nak tengok Zahrif dulu…” Adrina mengangguk kecil.  Fikirannya buntu sekarang ni.
Puan Zuhaira keluar dari bilik Adrina dan menuju ke arah mereka yang sedang berkumpul di ruang tamu.  Ada tetamu yang dia tak kenal.  Mungkin adik beradik Adrina lah kot kan?
“Assalamualaikum…” ucap Puan Zuhaira.
“Waalaikumussalam…” Puan Zuhaira bersalaman dengan tetamu tersebut.
“Adik beradik Adrina ke?” soal Puan Zuhaira.
“Ya… saya mak cik dia.  Panggil Kak Biha je.”
“Oh…saya Zuhaira.  Panggil Kak Zu dahlah ye?”
Kakak Adrina pun turut balik.  Mereka turut terkejut dengan berita yang disampaikan oleh abahnya.  Ya Allah! Beratnya ujian adikku.
Amalina meminta diri untuk ke bilik adiknya.  Nak tengok keadaan adiknya.  Perlahan-lahan dia membuka pintu bilik adiknya.  Adiknya duduk berteleku di atas katil.  Termenung.
“Ina…” panggilnya perlahan.  Adrina menoleh memandang kakaknya.  Entah apa yang dia rasa sekarang.  Perasaannya bercampur aduk.
“Kak long…” Amalina mengambil tempat di sebelah adiknya.
“Apa dah jadi ni?” Adrina menggeleng.  Aku buntu dengan apa yang dah jadi.
“Cuba cerita dekat aku.”
“Tak ada guna pun kalau aku cerita dekat kau.  Perkahwinan akan tetap diteruskan walaupun aku dengan dia tak bersalah dalam hal ni.”
Amalina menarik adiknya ke dalam pelukannya.  Sungguh.  Dia amat sayangkan adiknya lebih dari segalanya.  Tapi Allah tetap nombor satu.
“Insha-Allah, di sebalik apa yang jadi ni, pasti ada hikmahnya.”
Ya…semuanya cakap macam tu.  Semua yang jadi pasti ada hikmahnya.  Aku ceba redha dengan apa yang dah jadi.  Tak lama lagi aku akan bergelar isteri.  Aku kena kuat demi keluarga.  Aku tak nak keluarga aku menanggung malu yang amat.
Pintu biliknya ditolak perlahan dari luar.  Mak su memanggil Adrina untuk bersama-sama semasa upacara akad nikah dilakukan.  Nak tak nak Adrina kena jugak ada di ruang tamu.  Kalau aku tak ada…ini akan mengaibkan keluarga aku pulak.
Lagipun, aku yakin esok akan ada mulut jiran-jiran yang akan herot.  Semuanya nak jaja cerita.  Lebih kepada fitnah.  Aku tak tahulah kenapa zaman sekarang mak cik mak cik mulutnya serupa itik.  Semuanya nak jaja, nak gossip! Dasar mulut hebiaq(jahat)!
Adrina perlahan melangkah ke ruang tamu dan duduk di sebelah ibunya.  Amalina mengambil tempat di sebelah adiknya.
Kemudian, upacara akad nikah dimulakan.  Aku pula hanya dengar dengan perasaan sebak.  Aku bukannya di bawah tanggungjawab abah lagi.  Sekarang aku dah ada suami.
Apabila perkataan sah dilaungkan, automatik air mata aku laju mengalir.  Namun, air mata yang mengalir hanya sebentar sahaja.  Entah kenapa lepas tu, dia jadi macam tak ada perasaan.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now