Bab 59

9.5K 251 1
                                    

Adrina memandang wajah itu lama-lama.  Macam kenal tapi…isy! Biar betul dia ni? Elegan je cara dia ni pakai? Bukan macam dia yang dulu!
Weyh! Kau usyar apa?! Ini akulah! Naura!” jerit Naura bagi meyakinkan Adrina yang memerhatinya dari tadi.
“Betul ke kau ni Naura? Lain macam je aku nampak kau ni?” dia mengurut-urut dagunya sambil memerhati lagi Naura di hadapannya.
“Ya Allah! Apa yang tak betulnya? Betullah ini aku.  Aku sekarang dah jadi penjual kosmetik.  Kau ni! Tukan cita-cita aku?”
“Oh…betullah ini Naura yang asli?” lengannya tak semena-mena dicubit.  Membuatkan Adrina ketawa.
Kedua-duanya berpelukan antara satu sama lain.
“Kau dah cantiklah sekarang Naura! Lain benor kau sekarang ni eh?” Adrina menilik Naura yang segak dengan jubah modennya.
“Kau pun apanya? Sejak kahwin dengan Zahrif ni, muka kau kemain seri lagi? Dah berisi ke?”
Isy kau ni! Cabul betul mulut kau tu eh? Mana ada aku berisi lagi.  Merepek je!”
Hello! Manalah tahu kan? Kau dengan dia kan dah lama kahwin? So, apa salahnya kalau kau dengan dia dah dapat anak sekarang ni? SPM pun dah lepas.”
Hesy! Malas betullah aku layan kau ni.  Dari dulu kau asyik kenakan aku eh? Kau tu, bila nak kahwin? Asyik aku je yang kena?”
“Aku ni manalah ada orang nak.  Gemuk still macam dulu lagi.  Lainlah kau.  Dah surut sikit sekarang ni!”
Hmmm…sikit je.  Weyh, jomlah singgah rumah aku? Bolehlah aku belanja kau makan.  Rasa air tangan aku ni.”
Naura buat muka teruja.  “Wooo…kau dah pandai masak eh? Mesti jambu tu dah gemukkan sekarang?”
“Taklah.  Mana ada gemuk sangat.  Still maintain macam dulu lagi.”
“Yelah tu.  Eh! Jomlah pergi kedai depan tu nak tak? Aku teringin nak minum kopi,” ujar Naura sambil jarinya terhala pada kedai yang berada di seberang jalan.
“Boleh jugak! Aku pun dah lama tak pekena kopi ni.  Teringin jugak tekak aku ni nak minum mocha,” terbayang-bayang air mocha ais yang disukainya itu.  Wah! Heaven!
Kedua-duanya menapak ke kedai kopi tersebut.  Naura memesan pesanan mereka.  Hanya French fries sahaja dipesan untuk dijadikan santapan kunyahan sementara mereka berbual.
Sementara menunggu pesanan mereka, mereka berbual dahulu. 
Weyh Ina, kau tak bosan ke duduk terperuk je dalam rumah lepas tu hadap je muka si Zahrif jambu kau tu?” pelik jugak kalau si Adrina ni boleh tahan duduk rumah.
“Tak adalah bosan sangat sebab dalam rumah tu aku boleh buat macam-macam.  Basuh baju, masak and the best thing is aku boleh baca novel! Wow!”
“Ok…kau baca novel? Novel yang sama?”
“Tak! Zahrif beli baru untuk aku.  Kalau kau nak tahu, sekali dia beli dekat aku nak hampir 100 ringgit.  Gila bapak betullah mamat ni.”
“Serius kau? Hey! Kau ingat tak? Dulu waktu sekolah nak bagi duit kelas pun punya payah! Banyak pula alasan dia.  Tapi sekarang? Fuh…berpeluh aku dengar pasal Zahrif ni.”
Perbualan mereka terhenti bila seorang pelayan datang menghantar pesanan mereka.  Adrina mengambil air mocha nya lalu disedut perlahan.  Fuh! Dah penuh hajat aku nak minum air ni.  Satu kentang goreng diambil lalu dikunyahnya perlahan.
“Kau dengan Zahrif ok ke?”
Kunyahannya terhenti lalu memandang Naura.  “Maksud kau?”
“Maksud aku…bila kau nak ada baby dengan Zahrif?”
Naik terbeliak mata Adrina mendengar soalan dari mulut Naura.  Agaknya mulut dia ni memang dah lama tak makan cili!
“Kau ni! Agak-agaklah!” kentang goreng dicecah bersama mayonis.
“Hahaa…rilekslah beb.  Aku tanya je pun.  Manalah tahukan kau dengan Zahrif dah start ke? Yelah, lelaki dan perempuan dalam satu rumah.  Takkanlah…”
Automatik kakinya terasa disepak dari bawah meja.  Perit jugaklah tulang kaki aku ni.  Kurang asam punya Adrina! Dia ingat kaki aku ni tempat dia nak sepak ke apa?
“Sakitlah woi!” Naura mendengus geram sambil wajah Adrina dipandang tajam.
“Padan muka! Suka sangat kan nak ambik tahu hal kelambu orang?” Adrina mencebik gembira kepada Naura.
Air latte aisnya disedut perlahan sambil menahan sakit akibat sepakan Adrina tadi.
Telefon Adrina berbunyi.  Telefonnya dibawa keluar lalu memerhati mesej yang masuk.  Dari Zahrif.  Mamat ni mesti nak tanya aku sekarang aku dekat mana.  Mesej dibuka lalu dibaca.
Zahrif: Kau dekat mana sekarang ni? Tak ada pun dekat rumah?
Hmmm…Mr. Suami risaulah tu sebab isteri tak balik!” sempat lagi dia mengusik Adrina yang sedang membalas mesej dari Zahrif.
Adrina cuma mencebik.  Buat bodoh dengan apa yang dikata oleh Naura.
Me: Aku lepak dengan Naura kejap.  Kejap nanti aku sampailah.  Kau jangan risau sangat.
Telefonnya diletak di atas meja.  Kentang goreng diambil lalu dikunyahnya lagi.  Mesej masuk lagi.  Naura pula menghendap.  Nak tengok jugak apa yang Zahrif balas.
Zahrif: Jangan lama sangat.  Aku risaulah…
“Sibuk je kau ni!” Adrina menolak bahu Naura bila Naura memanjangkan leher nak baca mesej antara dia dan Zahrif.
“Dasar kedekut!”
Me: Iye! Janganlah risau sangat! Aku ok je dengan Naura.
Telefon terus disimpan dalam beg tangan lalu kembali menyambung menyedut air mochanya.
“Naura…aku kena baliklah.  Zahrif cari aku.  Adalah tu tak kena dengan dia tu…”
“Cik abang rindu tu…”
“Lantak kaulah! Jeles!” Adrina bangun lalu menuju ke kaunter.  Membayar harga makanan mereka.
“Kau ni! Aku nak belanja kau, kau pulak yang bayarkan makanan ni.” sepatutnya aku yang bayar bukannya Adrina.
“Alah beb.  Bukannya selalu.  Oklah! Aku balik dulu, bye!” mereka bersalaman.
Bye!” ujar Naura sambil melambaikan tangannya.  Adrina hanya membalas bersama senyuman.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now