Bab 43

11K 309 2
                                    

Saat Naim mengenyitkan mata ke arah Adrina, hatinya bagai disiat-siat.  Macam dilapah! Sakit aku yang melihatnya.  Suami mana yang tak sayang isteri dia oii? Naim ni memang dah lama tak makan penumbuk aku.
Aku tak tahu apa yang dah diplan kan oleh Sara dan Naim.  Tapi, aku yakin apa yang akan jadi nanti ada kaitannya dengan aku.  Benda tu memang aku yakin sangat.  Aku tengok Sara dan Naim pun aku dah tahu.
“Saya nak cakap yang…” saai itu Zahrif perlahan-lahan memegang tangan Adrina lalu digenggam kemas.  Entah kenapa hatinya cukup berdebar-debar.
Adrina memandang Zahrif yang berada di sebelahnya.  Dia cuma membiarkan Zahrif memegang tangannya.  Aku tahu apa yang Zahrif rasa sekarang ni.
“Saya nak cakap yang Zahrif pernah ragut kesucian saya pak cik.  S…saya…” mulalah adegan air mata pulak.  Drama betullah perempuan ni.
Adrina pula naik menyampah melihatnya.  Dasar plastik polisterin.
“Saya…saya malu pak cik.  Saya tak sangka yang Zahrif akan buat saya macam ni.  Sekarang ni, siapa yang nak bertanggungjawab pak cik? Dah lama saya pendam benda ni tapi bila saya pendam, semuanya memandang serong ke arah saya.”
“Betul ke apa yang kamu cakap ni?” soal Encik Saiful Zahri.  Tak percaya dengan kata-kata Sara.  Mustahil anak aku akan buat kerja macam tu.
Adrina perasan suasana restoran ni dah sepi.  Tiada seorang pun yang ada di restoran.  Dah kenapa?
“Pak cik…saya dengan adik saya ni dah lama menanggung malu pak cik.  Lagipun, mama dan papa saya tinggal di luar negara.  Bulan depan baru mereka pulang ke sini.  Kalau adik saya ni mengandung, macam mana?” giliran Naim pula bersuara.  Amboi! Sedapnya menabur fitnah?
“Kau jangan nak bohong!” kali ini Adrina dah mula panas hati.  Zahrif yang mendengarnya turut terkejut apabila suara Adrina menyapa sepi antara mereka.
“Ina…” Puan Zuhaira cuba menenangkan Adrina.
“Apa yang aku bohongnya Ina? Aku memang dah kena rogol dengan Zahrif! Takkan aku nak bohong untuk maruah aku sendiri?” Sara memandang Adrina bersama tangisan palsunya.
“Kau jangan nak jadi setan sangat Sara! Aku kenal sangat perangai kau ni! Kau dari dulu lagi memang tak puas hati dengan aku kan?! Kau jangan ingat aku ni bodoh! Kau yang terhegeh-hegeh dekat laki aku kan?” kali ni memang aku tak boleh bersabar lagi dah dengan dua mangkuk hayun ni.
“Adrina! Jangan masuk campur!” kali ini suara Encik Maamar keras bersuara dengan dirinya.
“Abah! Abah nak percaya cakap perempuan jalang ni?! This is perfectly shit! Dan kau Naim! Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat?!” kali ini dia menuju ke arah Naim pula.
Naim mula kecut perut.  Apa yang dia tahu?
“Adrina Zahra!” kali ini suara Encik Maamar lebih tegas.
“Ina…duduk?” Puan Zuhaira menarik tangan Adrina suruh duduk.
“Mak! Abah! Takkan Ina nak diam je bila diorang ni kutuk suami Ina?! Fitnah suami Ina pulak?! Mak, ayah, abah, ibu, kalau nak tahu diorang nilah setan seribu lebih muka yang depa tempek kat muka! Dan kau Naim, aku akan pastikan kau malu besar malam ni! Dah lama aku sabar dengan kau! Kau jugak Sara! Tak habis kau caci aku dekat sekolah sampai satu sekolah hina aku dengan Zahrif, kau nak buat fitnah dekat Zahrif pulak sekarang ni?!” panas! Aku panas.  Pendingin hawa restoran ni aku dah tak dapat rasa.
Tengok muka dua makhluk yang ala-ala jin ni memang buatkan hati aku membara! Macam ada api yang membakar jiwa aku ni.
“Apa yang kau cuba cakap ni?” Sara mula kecut.  Kalau dia tahu, jahanam lakonan aku.
“Apa yang aku cuba cakap?” Adrina buat-buat ketawa.  “Kau ingat aku tak tahu kau yang perangkap Zahrif malam tu sebenarnya?”
“Maksud Ina?” Encik Saiful Zahri memandang Adrina dan Zahrif silih berganti.
“Macam ni ayah, mak, abah, ibu.  Ina dengan Zahrif dah tahu dah yang kejadian malam tu memang dah dirancang.  Sebenarnya, si Sara ni nak perangakap diri dengan Zahrif malam tu tapi dah nasib tak menyebelahi dia bila Ina yang ada dekat situ.  So? Ina dengan Zahrif yang kena and not her.  Dan kau Naim…kau tak ingat ke apa yang kau dah buat dekat family Zahrif dulu?”
Naim menjegilkan matanya.  Mustahil Adrina tahu kisahnya dulu.
“Apa? Kau nak fitnah aku pulak?” Naim bersuara getar.
“Bila masa aku nak fitnah kau? Kau ingat Farah?”
Kali ini Naim terdiam.  Ya…Farah.  Orang yang aku dah hancurkan masa depan dia dan menyebabkan dia mati kemalangan.
“Tak…” kalau aku mengaku, memang habislah.
Hahaha…kau tak ingat ke buat-buat tak ingat? Takkan kau tak ingat Farah dulu yang kau dah rogol dia senyap-senyap tanpa pengetahuan keluarga dia?”
“Apa ni Ina? Ayah tak faham?” kali ini Encik Saiful Zahri menyampuk.
“Ayah…kalau ayah nak tahu dia ni punca Farah mati.  Dia ni jugak yang dah hancurkan masa depan Farah.  Ayah cuba ingat balik dan Ina yakin ayah mesti kenal muka ni! Dah! Sekarang, Ina nak balik! Malas nak layan muka-muka yang tak sedar diri ni!” Adrina mengambil beg tangannya lalu memegang tangan Zahrif.
“Jom! Daripada kau hadap mereka ni, baik kau ikut aku!”  Zahrif cuma mengikut.  Hari ini Adrina menjadi penyelamatnya.  Isteri yang tak romantik tapi seorang penyelamat.
Baru sahaja nak keluar pintu restoran, kelibat Azfar menyapa mereka berdua.
“Eh? Nak ke mana ni? Semua nak balik dah ke?” Azfar merenung jam G-Shock di tangannya.  Rasanya aku tak lewat sangat.
“Tak adalah along.  Rimas duduk dalam tu.  Ada manusia tak sedar diri!”
“Siapa?” kata-kata Adrina tadi mengundang pelik di hatinya.
“Orang yang dah rosakkan hidup Farah dulu.  Dahlah along, kita orang nak balik!”
“Tak nak makan dulu ke?”
“Tak berselera! Balik masak lagi bagus!”
“Jomlah along hantar balik.  Lagipun, dekat sini agak susah nak dapat teksi.” Azfar mempelawa mereka dan hanya disetujui oleh Adrina.  Zahrif hanya mengikut.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now