Bab 51

11.3K 290 2
                                    

Dirinya sudah siap-siap untuk berangkat ke KLIA2 bersama mama dan papanya.  Abangnya tak akan ikut bersama.  Katanya bosan kalau ke luar negara pun.  Tapi aku memang bersyukur kalau dia tak ikut sama.  Aku tak harap yang dia akan ikut sama.
Selepas memastikan dirinya sempurna, passport diletakkan dalam beg tangan kecilnya.  Telefon dan segala barang peribadinya dah diletakkan dalam beg tangannya.  Senang kalau ada apa-apa nanti.
Luggage dibawa keluar dari bilik dan dibawa turun hingga ke ruang bawah.  Mama dan papanya pun sudah siap menunggunya di ruang tamu.
“Dah siap adik?” soal Dato Addin bila melihat anaknya berdiri di hadapannya.
“Dah papa.  Jomlah…” ajaknya tak sabar-sabar.  Kali ni papa nak bawak aku ke London.  Katanya kerja tu ditransfer kepada pembantu papa yang berada di London.  Wuhuu! Nanti bolehlah pergi Paris.
Kota cintalah orang katakan.  Nak jugaklah pergi tengok macam mana kota Paris tu.  Romantik ke idok?
“Jom!” Dato Addin membawa beg anaknya menuju ke arah kereta.  Pak Di, pemandu papa yang dah lama berkhidmat dengan papa datang mengambil begnya dan beg papa.
Beg Datin Muni turut diambil dan diletakkan di bonet belakang kereta.  Selepas pintu bonet ditutup, dia berjalan dan masuk ke dalam kereta.  Pintu kereta ditutup.  Gear diletakkan pada huruf D dan kereta mula meluncur keluar dari perkarangan rumah ke KLIA2.

BILA semuanya dah di check-in, mereka duduk di kerusi tempat menunggu.  Boarding time adalah kurang dari 20 minit lagi.
Sementara menunggu panggilan masuk, mereka anak-beranak berbual kosong tentang keadaan luar negara.  Nasib baik terfikir jugak nak bawak baju sejuk.
Tak lama kemudian, panggilan untuk pesawat mereka diumumkan dan bergema di ruang tunggu tersebut.
“Perhatian kepada penumpang MH*** anda diminta untuk masuk ke dalam balai perlepasan untuk pemeriksaan keselamatan.  Terima kasih,” kemudian, ucapan tersebut diulang dalam bahasa Inggeris pula untuk pelancong asing.
“Jomlah kita…” Dato Addin bangun sambil mengeluarkan passport dan tiketnya.  Mereka turut mengeluarkan tiket seperti yang disuruh Dato Addin.
Selepas pemeriksaan keselamatan, mereka menunggu di ruang tunggu lagi di dalam balai perlepasan.  Dalam 15 minit menunggu, akhirnya kapal tiba dan pengumuman dibuat.  Mereka keluar mengikut gate yang telah ditentukan pada tiket.

ADRINA melangkah masuk ke dalam rumah.  Barang yang dibelinya tadi diletakkan di dalam bilik.  Novel yang berjudul Andai Itu Takdirnya diambil lalu dia baring di atas katil.
Cerita novel ni memang sedihlah sampai ada part aku tak sedar aku mengalirkan air mata.  Serius sedih.  Syed Adam Aizril ni memang kejam betul dengan Aleya.
Ada pulak ada satu hari tu dia pergi hempuk kepala si Aleya tu dekat tiang rumah? Kurang ajar betul.  Stres tau baca novel ni.
Tak lama kemudian, Zahrif masuk ke dalam bilik dan mengambil tempat di sebelahnya.  Dia memerhati Adrina yang ralit membaca novel.
Best ke?” soal Zahrif bila melihat Adrina khusyuk betul baca novel tu.
“Best plus stress! Laki ni memang kejam!” tertarik dengan perkataan kejam, Zahrif mendekatkan jaraknya dengan Adrina lalu membaca apa yang tertulis di novel tersebut.
Macam best je? Akhirnya dia baringkan badannya dan mengiring di sebelah Adrina.  Sama-sama membaca novel tersebut sampai terlupa yang mak dan ayah masih ada di rumah.  Masha-Allah.
Punyalah khusyuk baca sampai dia boleh terlena.  Tadi ikhtiar sangat nak baca novel ni dengan isteri tapi hmmm…hampeh! Terlena jugak akhirnya.
Adrina memandang ke sebelah bila terdengar dengkuran halus yang dihasilkan oleh Zahrif.  Lah…dah tidur rupanya mamat ni.  Patutlah tak gerak.  Kaku lain macam.  Hmmm…perlahan-lahan tangannya mengusap kepala Zahrif.  Macam jaga baby pulak.
Novel yang dipegang Adrina terlepas bila tiba-tiba sahaja Zahrif memeluk dirinya.  Tindakan reflex bila aku terkejut.  Ya Allah dia ni.  Dia ingat aku ni bantal peluk dia ke apa? Dahlah tangan aku ni pun dijadikan bantalnya.  Apa-apa jelah.  Janji dia tak ganggu aku tak apa.
Novel yang terjatuh di sebelahnya diambil semula lalu bacaannya disambung semula.  Namun, tumpuannya terganggu bila telefon bimbitnya berbunyi.  Nasib baik di tepi bantal je.
Novel diletakkan di sebelah lalu telefonnya dicapai.  Melihat nama pemanggil.  Incoming call from ibu.  Ibu call? Dia mengeluh kecil.  Akhirnya, dia menjawab panggilan tersebut.
“Assalamualaikum ibu…” ujarnya.
“Ina sihat je ibu.  Ibu sihat? Ibu dan abah dah makan?” sejujurnya sekarang aku rasa sebak.
“Ina dengan Zahrif sihat je.  Alhamdulillah…ibu, abah masih marahkan Ina ke?”
Perlahan-lahan air matanya mengalir.  Aku rindu sangat dengan ibu dan abah namun ego mengatasi segalanya.
“Ibu, bukan Ina tak nak balik tapi Ina takut abah masih marahkan Ina.  Lagipun, Ina dah janji takkan jejakkan kaki lagi ke rumah abah.” dia kembali teringat-teringat kata-katanya 8 bulan dahulu.
“Insha-Allah ibu…tengoklah macam mana.  Kalau ibu dan abah free, ibu dan abah datanglah ke rumah Ina ye? Ina ada je dekat rumah.  Dah habis SPM, cuti sekolah ni bukannya pergi mana pun.”
“Yelah ibu, assalamualaikum.” panggilan diputuskan oleh ibunya.  Dia meletakkan semula telefonnya ke tempat asal.
Air matanya diseka perlahan.  Esak tangisnya cuba disembunyikan.  Novel dicapai kembali.  Cuba menghilangkan rasa sebak di hati bila mendengar suara ibu yang menangis kerana dirinya sudah lama tak menjenguk dia di sana.
Zahrif terjaga dari lenanya.  Namun, sengaja dia mengeraskan diri seolah-olah dia sedang lena ketika itu.  Dia mendengar sahaja perbualan isterinya dengan ibu mertuanya.
Mesti isteri aku ni rindu dekat ibu dan abah kan? Kalau tak, tak adalah dia nangis sampai macam ni sekalinya.  Aku tahu dia cuba tahan tangisan dia supaya aku tak terjaga dari lena.
Aku akan pastikan Adrina kembali bersatu dengan keluarganya.  Aku sebagai suami sepatutnya merapatkan kembali hubungan kekeluargaan yang dah lama retak.  Tapi, aku diamkan sahaja.  Jadi, sekarang aku perlu mainkan peranan aku sebagai suami.  Menjalinkan kembali kekeluargaan antara Adrina dan keluarganya.  Itu janji aku.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now