Bab 6

15.3K 365 1
                                    

Adrina membuka laman wechat miliknya.  Ada satu mesej.  Of course dari Tengku Hatim lagi!
Tengku Hatim:
Kenapa tak datang sekolah hari ni?
Suka sangat nak menyibuk dah pehal? Ikut suka akulah nak datang ke tak?
Adrina Zahra:
Yang nak menyibuk sangat pehal?
Dia check moment pulak.  Tak ada apa yang menarik sangat pun.  Yang ada hanya ayat jiwang dari kawan sekolah lamanya dahulu.  Masa sekolah rendah.
Tengku Hatim:
Tak adalah…kau kan selalu datang sekolah? Tiba-tiba hari ni tak datang.  Peliklah jugak.
Oh…selama ni kau perhatikan aku eh? Dasar mamat kaki skodeng!
Adrina Zahra: 
Jangan ganggu aku boleh tak? Aku rimas! Dah bye!
Adrina menutup laman wechat dan juga mobile data.  Senang hati aku. Kalau mobile data tak tutup, memang sah mesej akan masuk lagi dan aku pulak yang meluat.
Pintu biliknya dibuka.  Puan Salihah menghampirinya.  “Ina…ada orang nak jumpa Ina.”
“Siapa ibu?”
“Tak tahu.  Tapi…dia cakap dia kawan Ina.  Lelaki…dia kata satu kelas dengan Ina.”
Hmmm??? Siapa pulak yang datang ni? Jangan cakap Tengku Hatim sudah! Tapi…Tengku Hatim bukannya satu kelas dengan aku.  Jadi, siapa?
“Oklah ibu.  Ina nak pakai tudung kejap!” Adrina bangun menuju ke tempat menyangkut tudung lalu tudung Ariani disarung ke kepalanya.
Dia melangkah keluar dari bilik dan menuju ke arah pintu.  Siapa tu? Kenapa motor tu macam aku kenal? Adrina menyarung selipar lalu menuju ke gate rumah.
Zahrif? Dia buat apa dekat sini? Haish…
“Kenapa kau datang sini?”
“Aku nak bagi kau ni…” dia menyerahkan beberapa helai kertas.  “Sir Rizal suruh buat karangan.  Hari Khamis ni dia nak.”
“Kenapa Naura je tak hantar dekat aku?”
“Naura tak boleh hantar sebab dia nak kena balik rumah cepat.  Nak jaga adik-adik dia.”
“Oh…oklah.  Thanks!” Adrina ingin melangkah pergi namun dirinya dipanggil semula oleh Zahrif.
“Adrina…aku nak tanya kau ni.”
“Apa dia?”
“Kau tahu kan pasal Sara?”
Sara? Eiii! Si pembuat masalah tu? “Kenapa dengan dia? Dia ada mengutuk aku ke?”
“Taklah…cuma lately ni dia suka datang cari masalah dengan aku.  Suka akulah inilah…”
So?” dasar tak berperasaan!
“Kau rasa aku nak buat apa? Aku dah tak tahan!” hai…luah dekat aku jugak? Alahai mamat ni…
“Buat je report dekat cikgu disiplin sekaligus cikgu kaunseling.  Biar dia tu kena cukup-cukup.  Setakat kita ni, dia buat tak heran!”
Emmm…tak apalah! Thanks! Aku balik dulu…” Adrina mengangguk kecil.
Zahrif menunggang motornya pulang ke rumah.  Adrina kembali masuk ke dalam rumah.
“Siapa tu?” soal Puan Salihah.
“Zahrif.”
“Dia nak apa datang sini?” sejujurnya dia cukup tak senang kalau ada kawan lelaki kepada Adrina datang sini.  Dia tak berapa berkenan.
“Dia nak bagi ni je…” Adrina menunjukkan kertas yang diberi oleh Zahrif tadi.  “Ina masuk dulu…” Adrina melangkah masuk ke dalam biliknya lalu pintu ditutup.
Dia memandang kertas tersebut.  Oh…karangan directed writing.  Tak apalah kalau macam ni.  Tak adalah aku nak kena perah otak sangat nak fikir apa isi-isinya macam continuous writing.
Aku tahu kenapa ibu tanya aku macam tu tadi.  Dia memang tak suka kalau kawan lelaki datang ke rumah.  Dia tak nak nanti jiran-jiran kata apa.  Yalah, dekat sini jiran-jiran kaki gossip sikit.
Kertas karangan diletakkan di atas meja dan dia kembali ke katil. Aku rasa kebas semacam.  Basic lah.  Aku kalau dah demam, aku memang akan kebas-kebas sikit.

ZAHRIF meletakkan begnya di atas kerusi meja studinya.  Fuh! Penatlah! Ingatannya terlayang tentang Sara.  Kemudian, dia teringat apa yang dikatakan oleh Adrina tadi.
Report dekat cikgu disiplin lepas tu report dekat cikgu kaunseling.  Bijak! Ini memang idea bijak!
Aku tak faham apa yang ada dekat aku ni sampai Sara tergila-gilakan aku sangat.  Aku rasa aku biasa je.  Tak adalah sangat macam lelaki lain.  Aku rasa Feruz pun boleh tahan hensem.  Tapi, kenapa aku yang jadi mangsa.  Aduh!
Sara ni memang dari dulu lagi.  Perangai tak pernah nak berubah-ubah.  Punyalah kejar si Akif tu sampai kawan mintak pindah sekolah.  Boleh katakan dahsyat jugak si Sara ni.
Mesti bagi Akif ni Sara ni orang gila kan? Yelah! 24 jam kejar dia.  Sampai stalk habis account Akif ni.  Parah betullah.  Nasib baik aku punya dia tak buat macam tu.  Kalau tak…sekali dengan aku gila! Sebab apa? Sebab si Sara ni.
Telefonnya berbunyi.  Amboi! Sapa pulak ni? Incoming call from unknown number.
Siapa pulak unknown number? Haih…macam-macam sangat aih! Dia menjawab panggilan tersebut.
Hello?”
“Hai!!!” sudah! Sapa pulak dok hai tak ketahuan hala ni?
“Sapa ni?”
It’s me! Sara!”
Erkkk! Sara? Choiii! Dia dapat mana nombor telefon aku ?! Haish!
“Dapat mana nombor fon aku ni?”
“Adalah! It’s secret!”
Aku tahu! Ini mesti dari wechat kan? Haish! Nampaknya aku nak kena buang nombor aku dari wechat.  Lepas tu, aku block dia.
Hello? Are you still there?”
“Ya…dah kenapa nak cakap bahasa Inggeris pulak ni? Kita Melayu kan?” nah! Perli kau! Sodap!
“Ok…ok…”
“Dahlah Sara! Aku nak tidur! Bye!” dia pantas mematikan talian.  Nombor Sara dibuka lalu diblock! Padan muka! Tak boleh nak buat apa dah! Hahaha! Senangnya dalam hati! Dapat block nombor dia.
Perempuan ni memang gila! Sanggup eh call aku? Langsung tak ada rasa malu ke? Ke…isy! Dah! Tak payah nak fikir sangat!

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now