Bab 62

11.2K 271 0
                                    

Kasutnya digantung kepada dua jarinya.  Dia hanya berkaki ayam sambil berjalan memijak pasir pantai yang bersih tanpa sebarang sampah sarap yang dibuang.  Pandangannya dibuang ke arah  pantai.
Dia tersenyum sendiri bila angin menyapa lembut wajahnya.  Sejuk…nyaman…itu sahaja yang dapat diungkap olehnya sekarang ni.  Bestnya! Aman je aku rasa.  Aku rasa tenang di sini.  Mungkin dengan suasana pantai kot?
“Jalan sorang-sorang je?” satu suara menyapa deria pendengarannya.  Macam ku kenal suara ni.
Pantas dia menoleh ke kanan.  Terkejut Adrina dibuatnya bila wajah Tengku Hatim yang menyapa pandangannya.  Dia buat apa dekat sini? Hesy! Dekat sini jugaklah yang nak terjumpa pun!
“Buat apa dekat sini?” ini kalau mak dan ayah nampak, habislah aku.    Kena basuh alamatnya.
“Saja…bercuti nak tenangkan fikiran. Awak?”
Family trip.  Dengan suami sekali…” perkataan suami ditekan sedikit.  Bukan dia tak tahu cara pandangan Tengku Hatim ni, memang mamat ni masih mengharapkan aku.
“Oh…” hatinya sedikit terhiris.  Wake up! Kenapa kau masih mengharapkan Adrina lagi ni?
Sorry, aku rasa tak patut kita berjalan berdua-duaan dekat tepi pantai ni.  Lagipun mak dan ayah Zahrif ada.  So, nice to meet you,” pantas Adrina berjalan pergi meninggalkan Tengku Hatim.
Tengku Hatim cuma merenung langkah Adrina yang berlalu pergi meninggalkannya.  Entah apa yang dia rasa sekarang.  Tapi top carta tertinggi ialah sedih.  Itu sahaja hatinya mampu diungkapkan.
Dari jauh Zahrif memerhatikan gelagat dua manusia tersebut.  Tengku Hatim buat apa dekat sini? Apa dia memang stalk Adrina ke apa?! Hesy! Tak boleh jadi ni? Zahrif segera keluar dari tempat persembunyiannya lalu mendapatkan Tengku Hatim yang masih tercegat di situ.
Bahu itu ditepuk perlahan.  Mampu mengejutkan Tengku Hatim yang asyik memerhati ke arah Adrina yang sudah jauh di sana.  Dia terkejut bila Zahrif sedang berdiri di hadapannya sambil memandang ke arah yang sama.
Bro, dia still isteri aku.  Agak-agaklah…” suara Zahrif.  Memendam rasa cemburu di hati.  Sikit punya tajam usyar bini aku.
Sorry Zahrif…aku…” Zahrif tersenyum sinis seraya mematikan percakapan Tengku Hatim.
“Kau tahu tak? Aku dah lama perhatikan kau dan ternyata kau masih nakkan Adrina kan? Kau sedar tak yang dia tu isteri aku? Ke kau amnesia kena angin pantai ni?” ujarnya geram.  Tak tahan kot! Usyar bini kita pulak.  Cemburu weyh!
“Zahrif, kau janganlah salah faham.  Aku cuma…”
“Apa yang aku salah fahamnya?! Kita ni lelaki.  Dan aku tahu pandangan kau tu.  Kau jangan nak tipu akulah Hatim.  Macamlah aku tak tahu kau memang crush dekat Adrina masa sekolah lagi kan? Aku tahulah kau pernah intip dia.”
“Zahrif…”
“Dah! Aku tak nak dengar apa-apa lagi dari mulut kau.  Yang aku peliknya? Apa yang kau buat dekat sini? Kau stalk bini aku?”
Tengku Hatim pantas menggeleng.  “Sumpah tak.  Aku datang sini sekadar nak rilekskan minda.  Aku datang dengan family aku jugak macam kau.”
Bibirnya disengetkan ke sebelah.  Senyuman tak ikhlas.  “Stop mengharapkan dia.” kata-kata terakhirnya disebut tegas.  Tanda dia tak main-main.
Zahrif bingkas berjalan pergi menuju ke arah Adrina yang sedang bersantai di pantai yang tidak jauh dari mereka.
Tengku Hatim melepaskan keluhannya.  Apa yang kau dah buat ni Hatim?

PIPI anaknya ditampar kuat.  Nasib baik tak bergema satu rumah ni.  Sakit hatinya bila mengenangkan perbuatan anaknya yang langsung tiada adab! Adik sendiri dirogolnya?!
Lepas mendengar kesemua cerita dari Sara, dia terus mengambil tiket dan pulang ke Malaysia menghadap dengan Naim sendiri.  Sara dibiarkan tinggal di London dulu dengan isterinya.
Terasa pipinya kebas ditampar oleh papanya sendiri.  Dia memandang Dato Addin dengan pandangan tajam.
“Kamu ni memang melampau Naim! Adik sendiri pun kamu sanggup rogol?! Abang jenis apa kamu ni?!” tengkin Dato Addin betul-betul di hadapan Naim.
“Apa papa ni?! Jangan nak main tuduh sembaranglah!” lawannya balik.  Ini mesti Sara si bangang ni bagitahu papa.  Kurang ajar betullah!
“Papa takkan tuduh kalau papa tak ada bukti! Papa ada bukti!”
“Apa buktinya?!”
“Sara ada buat medical check-up dan dia buat test DNA! Dan hasilnya sama dengan kamu! 100% dari kamu! Apa yang kamu nak pertikaikan lagi?!”
Dia buat test DNA?! Tanpa pengetahuan aku?! Jahanam! Setan betullah perempuan ni!
“Sekarang ni papa tak kira! Papa nak kamu cakap dekat papa! Apa kamu pernah rogol perempuan lain selain dari Sara?!”
Hati Naim berdebar-debar bila soalan tersebut dituju sebegitu.  Sudah! Ini dah bab nak bukak kes lama dah ni!
“Cakap!” suara Dato Addin meninggi lagi.
“Tak!”
“Kamu jangan nak bohong!”
Naim terdiam lagi.  Tak keluar sepatah perkataan.
“Jawab!!” suara Dato Addin melengking naik.
Yes!” kali ni tak tahan dengan desakan papanya, dia terus menjawab.
What the heck are you doing Naim?! Anak siapa yang kamu rogol?! Kali ini papa nak kamu kahwin dengan perempuan tu!”
No!”
Why?!”
She’s dead!”
Jawapan itu membuatkan Dato Addin terkelu.  Meninggal? Jangan cakap anaknya sendiri yang bunuh perempuan tu.
Are you killed her?”
“Tak…dia mati kemalangan.  Kena langgar dengan kereta…”

ZAHRIF mengambil tempat di sebelah Adrina yang sedang menggenggam pasir lalu mencampaknya.  Tak masuk mata ke?
“Dah buat apa baling pasir tu? Melepaskan geram ke?” dia memandang wajah Adrina yang masam.
Adrina cuma menjeling sekilas.  Tak ada mood.
“Hey…kenapa ni? Kenapa senyap je ni? Aku ada buat salah ke?” tiba-tiba je ni jadi bisu.  Anak tekak dah keluar dari soket ke?
Adrina masih diam di tempatnya.  Matanya ralit memandang pantai di hadapannya.
Namun, dengan pantas dia terasa tangannya dipegang oleh Zahrif.  Dia memandang Zahrif yang berada di sebelahnya.
“Aku buat salah ke?” suaranya lebih lembut kali ini.
“Tak…aku cuma terkejut dengan kehadiran Hatim tadi.  Aku…”
“Alah…biarlah.  Jangan fikirkan dia sangat.  Fikirkan aku dahlah…” Zahrif ketawa nakal di situ.
Adrina tarik senyuman.  “Macam-macamlah kau ni! Agak-agaklah.  Aku ni tak larat dah tau nak fikir pasal kau.  Ada saja benda yang kau buat buat aku rasa menyampah!”
“Amboi! Sedapnya dia mengata aku.  Apa dah tak sayang mulut tu huh? Nak kena cium depan orang?” ugutnya sambil keningnya dijongket tinggi.
Hesy! Mengada! Malas aku layan kau!” pandangannya kembali terarah pada pantai. 
“Kau dah makan?” pertanyaan Zahrif dijawab dengan anggukan.
“Tak nak tanya ke aku dah makan ke tak?” gedik je lebih Zahrif ni.
Adrina mencebik penuh menyampah.  “Aku tahu kau mesti dah makan kan?”
“Tak!”
“Kenapa kau tak makan?”
“Aku tunggu kaulah!” oh…so sweet my husband.  Tunggu aku?
“Lapar?” dia buat muka manja sambil mengangguk.
Kesian pulak dekat dia ni.  “Nak aku temanlah tu?” dia mengangguk lagi.
Hmmm…yelah! Jom!” Adrina bangun dari tempat duduknya.  Mengibas-ngibas sedikit bajunya yang terlekat dengan pasir.
Mereka berdua berjalan masuk menuju ke tempat makan.  Gelagat mereka diperhatikan oleh Tengku Hatim dengan hati yang tertahan-tahan.  Mungkin mereka sekarang dah bahagia dengan kehidupan mereka.  So, aku kena move on.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now