Bab 49

10.7K 287 0
                                    

Ketika mengemaskan barangnya, Zahrif masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu.  Dia menapak ke arah Adrina.  Peluang ini digunakan sementara mak sedang memasak di bawah.
Adrina berpaling menoleh ke belakang.  Wajah Zahrif dipandang geram.  “Kenapa kau tak cakap yang mak dan ayah nak datang?” soalnya sambil wajah itu dipandang geram.
Amboi! Sedapnya dia nak tuduh aku? “Hey! Aku pun tak tahu tau yang mak dan ayah nak datang.  Tup tup dah terbentang depan pintu.  Nak buat macam mana?” kata Zahrif membela dirinya.
Adrina cuma mencebik.  Yelah tu! Alasan tak boleh pakai.  Baju-bajunya yang telah di hanger diletakkan di atas katil.  Tak pasal-pasal aku kena pindah bilik.  Walaupun aku ni dah jadi milik Zahrif yang rasmi, tapi aku tak selesa bila tidur sekatil dengan dia.
Aku rasa janggal.  Tak selesa.  Kalau nak tidur pun kena posing dulu.  Ikut posisi mana yang selesa tapi semuanya tak selesa sebab ada Zahrif.
“Dahlah.  Cepat kemas.  Kang mak bebel kau pulak yang meluat kan?” ujar Zahrif lalu keluar dari bilik.  Adrina cuma mencebik.  Aku bukan meluat sebab mak nak bebel tapi aku meluat bila kau yang nak bebel dekat aku.

SUASANA rumah sepi ketika mereka menjamah makanan.  Semuanya tertib ketika makan malam.  Kalau mama dan papa ada, mereka akan berkelakuan tertib.  Mereka diajar agar ketika di meja makan, perlu senyap.  No talking while eating.
Selepas habis makan, masing-masing mengambil pinggan dan cawan menuju ke dapur.  Selepas pinggan dibasuh, dia meminta diri untuk ke bilik.
Sementara si adik makan dengan penuh selera.  Dah berapa kali dia tambah.  Entah kenapa malam ni selera dia menjadi lain macam.  Sudah beberapa hari seleranya lain macam jadinya.
“Hai adik…kenapa banyak sangat makan ni? Adik tak muak ke?” soal Datin Muni apabila melihat anaknya mencedok nasi lagi.  Dah nak masuk 3 kali ni.  Sekali cedok banyak tu.
“Entahlah mama.  Mungkin sebab lama kot adik tak makan masakan mama sejak mama dan papa duduk dekat luar negara tu?” jawabnya lalu menyuap nasi ke dalam mulutnya.
“Adik…dahlah tu.  Jangan ikutkan nafsu makan tu sangat.  Nanti adik sakit perut pulak,” ujar Dato Addin.  Takut melihat anaknya makan.  Kang meletup pulak perutnya nanti.
“Alah pa, apa salahnya sekali-sekala adik nak makan macam ni? Rindu tau masakan mama!”
“Papa tahu tapi jangan makan banyak sangat.  Nanti boroi perut tu…” usik Dato Addin. 
Dia cuma mencebik mendengar usikan papanya.  Tak habis-habis nak kata aku gemuk! Aku masih kuruslah.  Alah, setakat makan banyak macam ni, tak ada apa pun.
“Adik, alang-alang SPM adik dah habis kan? Apa kata adik ikut kami ke luar negara? Mama dan papa kena balik ke sana memandangkan ada kerja yang belum siap lagi.  Adik nak ikut?”
Kunyahannya terhenti lalu matanya tertancap pada wajah mama dan papanya.  Errr…ke luar negara? Itu tawaran yang agak menariklah bagi aku kan? Lagipun aku dah lama teringin nak ke luar negara.
Emm…bila tu ma, pa?” soalnya penuh minat.  Bolehlah sekali-sekala ke sana.  Nak buang rasa bosan di hati.
“Minggu depan hari Isnin.  Boleh kan?”
Hari Isnin minggu depan? Cepat tu.  Mama dan papa baru je balik semalam.  Dah nak balik pulak hari Isnin ni?
Emmm…bolehlah ma, pa.  Tapi, kan adik kena buat passport dulu?” teringat pulak pasal passport.  Kalau aku tak ada passport, memang aku tak boleh pergi ke sanalah.
“Tak apa.  Passport adik masih hidup lagi.  Tamat tahun depan.  Jadi, adik on lah ni?” soal Datin Muni sekali lagi.
“Ok ma.  Sekali-sekala kan ikut mama dan papa?” lagipun buat apa aku duduk di sini kalau hidup aku hancur? Bila terfikirkan pasal hidupnya, memang malang!

SELEPAS menikmati makan malam, Adrina masuk ke bilik untuk menunaikan solat Isyak.  Mata pun dah start berat ni.  Daripada aku terlelap terus, baik aku solat dulu.  Tak adalah Allah murka.
Selepas mengambil wuduk, dia segera mendirikan solat dengan penuh khusyuk.  Zahrif masuk ke dalam bilik dan terpandang ke arah Adrina yang sedang solat.  Patutlah tak ada dekat bawah tadi.  Rupanya tengah solat.
Zahrif mencapai tuala lalu menuju ke bilik mandi.  Dari petang tadi aku tak mandi.  Dah melekit rasanya badan aku ni.
Selepas mengaminkan doanya, Adrina pantas bangun daripada tempat duduknya lalu sejadah dilipat.  Telekungnya dilipat dan diletakkan di tempatnya bersama sejadah.
Ya Allah! Mata aku memang dah berat ni.  Tak boleh nak bukak dah.  Nampaknya, aku kena tidur jugak ni.  Adrina menuju ke katil lalu badannya dibaringkan di atas katil.
Selesanya…macam tengah tidur atas kapas.  Lembut je rasa.  Hmmm…bila dah mengantuk ni semuanya rasa lain macam kan? Kapaslah…gulalah.  Adrina menutup matanya lalu dia lena diulit mimpi.
Zahrif keluar dengan hanya berseluar pendek dan singlet di tubuhnya.  Matanya tertancap pada Adrina yang sudah lena di atas katil.  Perlahan-lahan dia menghampiri ke arah Adrina.  Tuala diletakkan di sebelah.
Matanya memerhati dalam-dalam wajah Adrina.  Hatinya berdebar-debar sahaja melihat wajah itu.  Mukanya nampak agak pucat.  Mungkin sebab penat kot kan? Sejak mak dan ayah datang ni, tak luak dia menolong mak.  Sampaikan dia menyapu sampah seluruh halaman rumah ni.
Wajah itu diusap lembut lalu lembut bibirnya menyentuh dahi Adrina.  Perkara yang akan dia lakukan tiap-tiap malam bila Adrina dah tidur tanpa pengetahuan Adrina sendiri.  Walaupun dahulu mereka tidur berasingan, namun bila dah memastikan Adrina dah tidur lena, dia akan masuk bilik Adrina dan menghadiahkan ciuman pada dahi Adrina.
Aku pun tak tahu kenapa aku buat macam tu malam-malam.  Tapi, apa yang aku tahu setiap kali aku cium dahi dia, rasa sayang aku pada Adrina akan bercambah.  Cewah! Jiwanglah kau Zahrif.  Ini bukan Zahrif yang sebenar ni.
Selimut ditarik menutup hingga paras dada Adrina.  Selepas memastikan Adrina berada dalam keadaan selesa, dia bangun dan mencapai tualanya lalu disangkut pada penyidai sebelah almari pakaiannya.
Selepas memakai baju, dia turun ke bawah mendapatkan mak dan ayahnya yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.  Amboi! Tengok cerita Mariam Alisa.  Sejak bila mak dan ayah layan ni?
“Mak, ayah…sejak bila layan cerita ni?” soalnya lalu melabuhkan punggungnya di sofa sambil memandang televisyen.
“Ayah ikut je apa yang mak kamu ni tengok.  Yelah, dia kan queen control tv?” sengaja Encik Saiful Zahri mengenakan isterinya.
“Eleh abang ni! Nak kenakan saya pulak.  Bukan selalu pun.  Abang tu tiap-tiap hari kawal tv ni bila saya sibuk di dapur…” balas Puan Zuhaira kembali.
“Yelah…” Encik Saiful Zahri mengalah.
Sweet betul mak dan ayah aku ni.  Saling usik-mengusik.  Mungkin cara ni kot yang digunakan ayah untuk membahagiakan mak.  Bila mak marah, ayah akan buat loyar buruk.  Bila mak merajuk, ayah akan pujuk slow-slow.
“Ha Zahrif? Mana Adrina?” soal Encik Saiful Zahri bila kelibat Adrina langsung dia tak nampak.
“Dah tidur ayah.  Mungkin letih kot…” ujarnya lalu memandang televisyen.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now