Prolog

63.2K 911 4
                                    

Sambutan perkahwinan diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Hanya adik-beradik yang terdekat sahaja dijemput.
Zahrif sudah bersedia untuk berakad nikah walaupun hatinya tidak rela untuk berkahwin dengan perempuan yang langsung dia tak ada perasaan cinta. Semua benda yang terjadi ni terlalu cepat.
Aku baru je nak ambik SPM! SPM! Tapi, sekarang ni? Aku tengah hadapi ujian nak akad nikah. Huh! Aku tak tahulah kenapa cikgu susah sangat nak dengar explain kita orang ni!
Zahrif memandang tangan tok kadi yang ingin berjabat tangan dengannya. Tanda majlis akad nikah dah nak mula. Dengan hati yang tak rela, Zahrif terpaksa jugak menyambut tangan tok kadi demi tidak memalukan ahli keluarga dia dan perempuan tersebut.
"Ariz Zahrif bin Saiful Zahri..." sebut tok kadi tersebut.
"Ya saya..."
"Aku nikah akan dikau dengan Nur Adrina Zahra bt Maamar berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."
"Aku..." mulutnya tak mampu bicara. Terasa berat. Dia memandang ayahnya di sebelah.
Encik Saiful Zahri memberi galakan kepada anaknya. Memberi sokongan.
"Kita mulakan sekali lagi ya?" ucap tok kadi tersebut.
Zahrif menarik nafas dalam-dalam dan memandang wajah perempuan yang sudah dibasahi dengan tangisan yang tidak henti. Tak penat ke menangis?
"Ariz Zahrif bin Saiful Zahri..." ucapan lafaz akad diulang kembali.
"Ya saya..."
"Aku nikah akan dikau dengan Nur Adrina Zahra bt Maamar berwalikan bapanya kepadaku dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."
"Aku terima nikahnya Nur Adrina Zahra bt Maamar dengan mas kahwinnya 100 ringgit tunai."
Kali ini dia sebut dengan lancar. Lagipun, dia tak nak tangguh benda ni lama-lama. Rimas! Rimas dengan perkahwinan yang langsung dia tak suka.
Dengar sahaja saksi-saksi kata sah, lagi banyak air mata yang merembes keluar mengalir di pipinya.
Ya Allah! Mengapa berat ujian yang kau berikan kepadaku? Kenapa perjalanan hidupku harus menjadi begini? Di jalan yang aku tidak ingini?
Puan Salihah merangkul kemas bahu anaknya. Dia tahu anaknya dan juga Zahrif tak bersalah dalam hal ni. Tapi, demi mengelakkan malu, mereka nikahkan cepat-cepat.
Adrina mengesat air matanya bila Zahrif menuju ke arahnya untuk menyarung cincin. Adrina tidak mengangkat jarinya untuk disarung cincin. Aku tak nak! Aku tak rela!
"Adrina...angkat jari tu. Zahrif nak sarung cincin..." Puan Salihah cuba memujuk.
Adrina menggeleng. Aku tak rela dengan semua ni. Mustahil aku nak terima cincin tu! Entah mana dia rembat!
"Adrina...please?" Puan Salihah mengangkat tangan anaknya yang keras. Budak ni! Sengaja! Dia menarik tangan Adrina lalu disuakan kepada Zahrif. Zahrif menyarungkan cincin.
Puan Salihah memberi isyarat supaya mencium tangan Zahrif. Adrina dengan berat hati mencium tangan Zahrif. Itu pun satu saat je. Zahrif? Memang tak arr nak cium dahi apa segala.
Tok kadi pun dah balik apa segala. Encik Saiful Zahri dan Puan Zuhaira datang menghampiri Zahrif.
"Zahrif...mak dan ayah balik dulu? Barang kamu ayah dah letak dekat depan pintu tu. Kamu jangan nak buat hal eh! Jangan nak apa-apakan si Adrina tu."
"Yelah ayah!" eiii! Sikit-sikit nak back up Adrina! Benci betullah.
"Zahrif...mak tahu kamu dan Adrina tak salah dalam hal ni. Cuma, berlaku salah faham. Jadi, mak nak kamu redha dengan semua ni. Kamu jangan ada niat nak mengata dekat Adrina. Faham?" giliran Puan Zuhaira pula warning anaknya.
"Ye!" hesy! Rimaslah! Nak back up Adrina pulak! Mentang-mentang muka Adrina tu nampak macam innocent.
"Mak dan ayah balik dulu..." kata Encik Saiful Zahri. Zahrif menyalami tangan mak dan ayahnya.
Selepas mak dan ayahnya beredar, dia mengambil beg bajunya. Haih...nak kena duduk rumah dia ni pulak. Rumah setingkat tapi ada 5 bilik. Rumah buat lah kot kan?
Dekat mana pulak bilik minah ni? Dia menggaru kepala yang tidak gatal. Kemudian, matanya terpandang ke arah pintu bilik yang tidak ditutup rapat. Yang tulah kot?
Zahrif menuju ke bilik tersebut dan tekaannya betul bila ternampak Adrina duduk di birai katil sambil menghadap ke arah tingkap. Termenung apa entah!
Adrina perasan yang ada orang melangkah masuk biliknya. Tak lain tak bukan si Zahrif tu lah! Argh! Sekarang, aku dah jadi isteri kepada dia. Aku langsung tak harap perkahwinan ni! Aku tak suka dia dan dia tak suka aku.
Apa yang terjadi? Macam mana situasi dekat sekolah esok? Ya Allah! Aku rasa muka aku menebal nanti. Memanglah tak ada siapa yang tahu sebab benda ni hanya cikgu yang tahu dan juga kenalan rapat. Macam mana ni?
"Hoi! Kau dok menung apa? Nak kahwin dengan tingkap?" suara yang kurang enak menyapa telinganya. Dia ni kan?! Kalau tegur elok-elok, tak boleh?
"Kau dah kenapa?" balasnya. Masih membelakangi Zahrif.
"Aku nak tanya kau. Macam mana kau boleh ada malam tu?!" hek eleh! Nak jadi polis penyiasat pencen!
"Kau buat apa malam tu dekat situ?" nah! Senang! Sama-sama nak jawab apa?
"Aku tanya kau kan?!" macam tak puas hati je bila Adrina soal dia balik.
"Aku pun tanya kau!"
Kata-kata Adrina menyuntik rasa geram dan marah di hatinya. Zahrif bukannya seorang yang cepat marah tapi sejak malam itu, dia jadi pemarah.
Dia menuju ke arah Adrina lalu bahu itu dicengkam kuat dan memaksa untuk Adrina bangun berhadapan dengannya.
Adrina meringis sakit. Mentang-mentang kau laki! Nak cengkam aku pulak?!
"Sakitlah bongok! Kau ni dah kenapa?! Nak balas dendam?!" haish...ada jugak kena sepak masuk almari baju.
"Aku tanya macam mana kau ada malam tu! Kau yang nak perangkap aku?!"
"Tak ada masa aku nak perangkap kau! Mulut kau tu biar elok sikit eh! Dah lama tak minum peluntur?! Kalau muka hensem tapi perangai macam taik, baik tak payah! Kau ingat aku heran sangat dengan kau? Kau tau tak? Antara muka kau dengan sampah, baik aku pilih sampah!" nah! Kena kutuk sebijik.
Dia ingin menampar muka Adrina. Woi! Hari pertama kahwin pun dah nak naik tangan ke? Dayus tu!
Namun ada kuasa menarik tangannya supaya tidak menampar wajah Adrina. Entah kenapa tangannya terasa berat.
"Kenapa? Kau nak tampar? Tamparlah! Aku tak kisahlah! Tampar!" cabarnya. Aku tak heran dengan penampar dia tu. Sakit di hati aku lebih dari sakit kalau kena tamparan dia.
"Dah! Aku nak tidur! Esok tak payah pergi sekolah! Kita cuti!"
"Eh! Suka-suki hati kau je nak bagi arahan!"
"Just follow my orders. Lebih kepada arahan ayah aku dan bapak kau!"
Adrina memeluk tubuhnya. Melampau betul!
Zahrif hendak baring di atas katil namun dengan pantas dia ditegah.
"Woi! Sedap hati kau je nak landing atas katil aku. Kau tidur bawah!"
"Sedapnya isteri bagi arahan! Siapa suami sekarang ni?"
"Nak guna kuasa veto pulak!" meluat betullah aku.
"Ikut suka kaulah!" Adrina berlalu ke bilik air. Dia nak mandi sikit. Sakit kepalanya melayan kerenah Zahrif.
Zahrif tanpa menghiraukan Adrina terus tidur. Selesa! Dan...lena.

Sungguh Aku MencintaimuWhere stories live. Discover now