Bab 11

3.9K 127 3
                                    

Jam 10 pagi. Kaira memberanikan dirinya untuk bertemu Akmal. Kaira sedar apa yang dikatakan Akmal memang ada betulnya.

"Saya memang nak tolong awak. Tak ada niat lain pun" Akmal memandang wajahku sayu. Dia berkata-kata dengan tenang tapi aku? Semestinya tidak!

"Tak ada orang lain dah ke yang boleh buat x-ray ni?" soalku dengan nada yang rendah.

Aku tertunduk. Aku menggenggam kedua-dua tanganku dan aku langsung tidak memandang Akmal yang berada di hadapanku ini.

"Ada tu memang ada. Cuma sekarang ni doktor yang free selain saya, Doktor Kumar , Doktor Faizal dengan siapa entah lagi. Boleh aje kalau awak nak tukar dengan doktor lain. Tapi bukan hari ni lah sebab ramai yang schedule dah penuh"

Dia ingat aku ni main-main ke tanya?

Akmal tahu Kaira sememangnya memerlukan pertolongan seseorang dalam masa terdekat ini.

Tidak lama kemudian, Kaira bangun dari kerusinya. Macam drama tv pula.

"Doktor!" bentak Kaira. Terkejut Akmal dibuatnya.

"Y.. Ye?" soal Akmal kebingungan.

"Kalau betul doktor nak tolong saya,doktor kahwin dengan saya!" tambahnya lagi. Wajah Kaira sememangnya menunjukkan bahawa soalannya itu bukanlah satu gurauan.
Terkejut beruk Akmal dibuatnya.

Gadis yang selama ini sentiasa cuba melarikan diri darinya mengajaknya berkahwin? Macam drama lah pula.

"Cik Kaira, awak tahu kan ni soal perkahwinan?" Akmal hanya mahu memastikan perkara yang sebenar.

Air mata laju mengalir di pipi Kaira. Tidak mampu mengawalnya lagi.

Kaira tahu berkahwin dengan lelaki yang tidak dikenali  memang agak berat bagi mana-mana perempuan pun di dalam dunia ini.

Jauh di sudut hatinya, ada juga perasaan yang mengatakan mungkin ini semua adalah suratan takdir.

Kaira tidak mampu berkata-kata lagi. Kaira terus berlari keluar dari bilik Doktor Akmal Danish itu. Akmal ditinggalkan dengan penuh tanda tanya.

Akmal juga sudah mati akal. Tidak tahu apa yang harus dibuatnya. Nak mengejar Kaira, dia tahu sudah cukup berat bagi gadis itu untuk menyuarakan hasratnya.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Tahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon