Bab 19

4.2K 140 4
                                    

"So sekarang ni macam mana?" soal Puan Anisah.

"Pagi akad, tengah hari terus pergi hospital. Itu paling cepat" kata Akmal sambil memeluk tubuh.

Makin hari, dada Kaira semakin sakit membuatkan Akmal bertambah risau jika ditangguhkan lagi proses pengesahan penyakit Kaira.

"Kaira, diam aje dari tadi ok tak?" aku hanya mendengar perbincangan dua beranak itu dari tadi.

"Ok je rasanya.." hanya mampu mempamerkan senyuman palsu aje.

-----

"Aku terima nikahnya Kaira Hadara binti Khairul Hadri............."

"Sah?"

"Sah"

"Alhamdulillah"

-----

Selepas sesi fotografi, Kaira dan Akmal ke Prince Court. Kaira hanya ditemani Aisya sahaja di hari 50% bahagia untuknya dan 50% lagi tidak.
Akmal mengahwini Kaira untuk membantunya. Membantunya membuat pemeriksaan lanjut tentang breast cancer yang mungkin Kaira hidapi.

Sungguh, pada mulanya Kaira malu untuk membuat pemeriksaan bersama Akmal kerana dia seorang lelaki. Kini, semua itu bukan penghalang lagi. Akmal telah pun disahkan menjadi suaminya. 

-----

"So...?" soalku kerisauan. Takut jika aku benar-benar menghidapi barah payudara. Yalah, siapa tak takut kan?

"Kita tunggu jelah result x-ray nanti" kata Akmal dengan tenang kepadaku.
Akmal mencapai kedua-dua tanganku, digenggamnya erat buat seketika.

"Kaira, dont worry okay?" aku tahu Akmal cuba menenangkanku. Aku hanya menelan liur. Takut.

Siapa aje yang tak berdebar-debar untuk mengetahui pengesahan sama ada penyakit yang dihidapi adalah kanser atau bukan ?

Penyakit yang boleh membawa maut jika lewat dikesan. Tetapi sesetengah individu yang menghidapi barah payudara ini dapat meneruskan hidupnya untuk selama yang boleh.

Apa pun, semuanya ketentuan ilahi.

"Doktor." Lelaki yang mencetak x-ray itu memanggil Akmal.

Akmal melepaskan tanganku perlahan. Kini, Aisya pula yang memberi kata-kata semangat kepadaku. Semua kata-katanya berlalu seperti angin. Satu pun aku tak dengar. Tak nak dengar!

Disebabkan Kaira ialah isteri Akmal, doktor di situ, jadi proses pengesahan ini tidak mengambil masa yang lama seperti pesakit yang lain.

Tidak lama kemudian, Akmal keluar dari bilik x-ray itu.

Wajahnya kelihatan gelisah. Seakan-akan tidak tahu bagaimana caranya untuk memberitahu Kaira keputusan x-ray itu tadi.

Apabila aku melihat sahaja wajah Akmal, semuanya seolah-olah telah musnah! Seperti tiada apa lagi yang mampu aku lakukan di dunia ini. Air mata laju mengalir di pipi. Rasa kesal juga kerana tidak mahu membuat pemeriksaan awal.

Akmal menuju ke arahku, tubuhku didakapnya erat. Wajahku di dadanya, kehangatan badannya menenangkanku walaupun air mata terus menerus mengalir di pipi.

Aku tidak mampu berkata apa-apa. Perlahan-lahan belakang badanku diusap Akmal. Aku bersyukur juga kerana Akmal ada di sisi, menenangkan aku di sini. Entah apa yang harus aku buat lepas ni?

Akmal masih belum mengeluarkan sepatah kata pun di bibirnya. Hanya mendakap gadis yang baru dinikahinya beberapa jam yang lalu.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now