Bab 10

4K 121 1
                                    

Akmal; 

"Cik Kaira! Saya dah agak dah memang awak lah tadi tu!" teriakku dari jauh. Rasa geram pula kerana tidak dapat mengecam wajah gadis itu.

Argh kenapa penting sangat nak jumpa perempuan ni?

Dia memandangku tanpa apa-apa perasaan.

Tanpa apa-apa perasaan juga aku terus duduk di hadapan Kaira lalu meletakkan sepinggan nasi goreng kampung yang dibeli tadi di atas meja.

"Dah lama saya nak tanya tapi setiap kali terserempak dengan awak, awak mesti nak lari."

Dah banyak kali aku terserempak dengan dia, tapi ada aje yang menghalang. Kalau tak ada apa yang halang, dia pulak yang lari. Susah betul.

"Awak ni kenapa sebenarnya?" soalku lagi.

Kaira diam seribu bahasa. Dia hanya tertunduk.

"Kalau awak tak bagitahu masalah awak yang sebenar, macam mana nak selesai?"

Kaira masih lagi membisu. Hello, I'm here okay?

"Saya tahu awak mesti risau dengan penyakit yang awak ingat awak ada tu. Tapi kalau awak tak check cepat, macam mana kalau sel kanser tu merebak? Bukan itu ke yang lagi merisaukan awak?" soalku lagi.

Aku tak berniat pun mahu menakutkan dia cuma yalah, kalau betul dia ada kanser macam mana kalau sel kanser tu makin merebak nanti?

Setelah beberapa minit aku dan dia terdiam, akhirnya Kaira bangun dari tempat duduknya.

Kaira rasa ingin menangis tetapi ada betulnya juga apa yang dikatakan Akmal.

"Esok awak ada appoiment dengan saya pukul 10 kat tempat yang sama. Kalau betul awak risau pasal diri awak,datang appoiment esok. Kalau tak, ikut awak lah."

Kalau ikutkan dia memang tak ada appointment dengan aku esok tapi aku nak dia jumpa aku jugak esok! And dia mesti pergi!

Kaira terus pergi meninggalkan Akmal di situ. Matanya berkaca, terasa berat hendak kemana-mana tetapi dia tidak mampu berhadapan dengan Akmal.

Ini bukanlah soal cinta. Bukan drama juga tetapi ini soal kesihatannya. Bagaimana mahu menyelesaikan kanser yang disangkakan itu dengan seorang doktor lelaki? 

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Donde viven las historias. Descúbrelo ahora