Bab 22

4.1K 126 2
                                    

Ramai pula pasangan kekasih di Secret Recipe hari ini.

"Nasi goreng..?"

"Nasi goreng lagi? Rasanya baru haritu makan nasi goreng"

"Eh biarlah saya yang nak makan. Lagipun nasi goreng lah yang murah tau"

Alamak! Termention pasal harga lah pulak mesti dia ingat aku ni jenis yang berkira nak makan.

"Cik Kaira, eh Puan Kaira, kalau keluar dengan saya please jangan tengok harga dia. Saya tak suka." kata Akmal dengan nada yang serius.

"Janganlah marah. Tapi saya memang nak makan nasi goreng hm"

Ya, nasi goreng kampung merupakan makanan kegemaranku!

"Tak marah pun, bagitahu je okay?"

Akmal memesan chicken chop. Sesekali Kaira mencuri lihat kearah chicken chop Akmal. Menggoda lah pula! Mahu minta sedikit pun, malu juga.

Ditahannya keinginan merasai chicken chop itu. Sudah agak lama tidak makan makanan semewah itu sejak tinggal di rumah Aisya.

Kaira hanya menggeleng kepala mengingatkan dirinya agar tidak teringat-ingat rasa kesedapan chicken chop itu.

Akmal menolak sepinggan chicken chop itu ketepi. Banyak lagi yang belum dihabiskan.

"Eh kenapa tak habiskan?" soalku kepadanya. Membazir tau. 

"Apa kata kalau awak je yang makan?" pelawa Akmal.

Dia pelawa aku pulak? Memang lah nak tapi..............

"Kenapa pulak? Saya nak makan nasi goreng ni. Favorite tau" aku berdolak-dalih je nih. Memang nak! Tapi malu......

"Kaira, jangan ingat saya tak tahu ye? Makan jelah, meh saya makan nasi awak tu. Kita tukar"

Dengan pantas Kaira menekup wajahnya dengan kedua-dua tangan.

"Lah kenapa?" soal Akmal kepadaku lagi.

Dijarakkan sedikit jari-jemari di wajahnya.

"Malu"

Serious malu! Tak ke malu kalau jadi macam ni?

Akmal tergelak melihat Kaira sebegitu. Alahai, makin menggoda jiwa pula perangai Kaira ini.

"Takpe, makan je okay? Ke nak saya suapkan?" soal Akmal pula sengaja mahu mengusik Kaira.

"Eh tak payah tak payah" 

-----

"Nak pergi mana?"

"Apa kata kita.. tengok wayang?"

"Wayang? Cerita apa?" soalku pula. Dah lama jugak aku tak tengok wayang.

"Cerita lawan-lawan?" itu sahaja yang terlintas di fikirannya.

"Perempuan macam saya ni mana layan cerita lawan-lawan. Cerita romance ke best lah"

"So nak tengok cerita macam tu?" sambil menunjukkan iklan di situ.

"Kalau saya tengok sorang-sorang best lah. Tapi kalau dengan awak.." dikecilkan matanya sedikit melihat Akmal.

"Tak nak lah. Mesti bosan" Kaira berjalan kehadapan meninggalkan Akmal.

Bukannya bosan tapi malu lah. Aku je ke yang rasa malu kalau tengok movie orang bercinta dengan husband sendiri?

"Boleh pulak eh? Habistu?"

"Tarzan!" terus aku berlari ke arah kaunter tiket itu.

Akmal membeli popcorn dan secawan air.

"Berapa tiket tu?" soal Akmal kepadakh.

"Rm25"

Akmal melihat telefonnya. Tiba-tiba telefon Kaira berbunyi. Akmal menyimpan semula telefonnya di dalam poket.

Kaira pula melihat telefonnya.

"Eeehh kenapa masukkan duit lagi?"

Duit lagi? Baru semalam dia masukkan dalam akaun bank aku tau haih.

"Lah kenapa? Tu duit tiket lah"

Kaira pula memegang bekas popcorn itu.

"Ish tapi macam banyak sangat lah. Takut terboros pulak"

"Terboros sekali-sekala tu tak salah cuma jangan selalu aje. Dah jom" ditariknya tanganku menuju ke dalam panggung wayang.

Semasa cerita Tarzan ditanyangkan, Akmal kebosanan melihat cerita itu. Entah apalah yang membuatkan Kaira ingin melihat cerita itu.

Mereka berdua duduk di couple seat kerana single seat sudah penuh. Yang tinggal hanya tempat duduk di depan sahaja.

Kaira meletakkan kepalanya di bahu Akmal. Tertidur pula. Mungkin kebosanan juga.

Akmal tersenyum sendiri.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now