Bab 7

4K 125 0
                                    

"Termenung apa tu mal? Mama dah lambat ni. Nanti tertunggu-tunggu pulak bakal menantu mama tu"

"Akmal nak ikut mama lah. Nak tengok jugak bakal menantu mama yang tu"

Sudah 7:50 pagi. Akmal pula masuk ke tempat kerjanya pada 8:00 pagi.

"Adik bukan ke baru nak pergi kerja? Patient tak banyak hari ni?" soal Puan Anisah lagi.

"Takpe ma, Is boleh gantikan. Lagipun sekejap aje" jawab Akmal.

Nak tengok awek Amir punya pasal lah ni!

"Hm, ikut kamulah Akmal. Kalau kena gantung kerja mama tak tahu ye?" kata Puan Anisah sambil dja memasang tali pinggang keledar.

Samsung Galaxy S7 Edge yang baru dibelinya beberapa hari yang lepas dibuka, mencari nama Iskandar di aplikasi Whatsapp. Iskandar merupakan rakan baiknya sejak belajar di Ireland lagi.

"Assalamualaikum is, harini kalau tak busy boleh ganti aku tak? Paling lama pun setengah hari je, boleh?"

Beberapa minit kemudian Iskandar membalas pesananan Akmal.

"Waalaikumussalam. No hal. Tapi kau ada apa pagi-pagi ni? Jarang mintak aku gantikan kau."

"Adalah hal sikit. Ala nanti aku belanja lah kau Ray Ban sepasang" Sanggup pula membelanjakan sepasang Ray Ban kepada rakannya itu semata-mata nak tengok bakal menantu mama?

"Deal." ringkas sahaja jawapan Iskandar, tidak mahu menyoal lagi.

-----

"Ra, betul ke makcik tu kata nak jumpa kat sini?" untuk kali ketiganya Aisya menyoal perkara yang sama kepadaku.

"Iyeee. Jangan nak cakap banyak eh? Siapa suruh tak bawak duit haritu?" diungkit pula kisah di Prada pada minggu lepas.

Hah kan aku dah mengungkit pulak nih.

"Sya, kalau kau kena berhenti kerja sekali pun, kau still boleh kerja dengan papa kau tau?"

"Aku tak nak lah kerja dengan papa aku. Tak best. Takut timbul konflik macam dalam drama tu. Eee seram lah!" itu yang dia fikir selama ni?

"Ey kau ni pengaruh drama tahu tak?"

Tulah tengok banyak sangat drama.
Sebaik sahaja Puan Anisah melangkah masuk ke dalam 'Shiny Cafe', sudah boleh kelihatan Aisya dan Kaira yang sedang menunggunya sejak setengah jam yang lepas.

Puan Anisah terus sahaja pergi ke arah Aisya dan Kaira. Akmal pula duduk di meja yang tidak jauh dari meja mereka berdua.

Kononnya tidak mahu mengganggu, hanya mahu melihat 'bakal' adik ipar dari jauh.

Cermin mata hitam berjenama Ray Ban dipakai. Malangnya, Aisya dan Kaira duduk membelakangi Akmal. Hanya nampak dari belakang sahaja.

"Haih kenapa duduk kat situ pulak.. rugi lah aku datang sini pepagi ni" monolog Akmal.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now