Bab 4

4.5K 131 0
                                    

Masuk aje dalam prada, Aisya dah macam cacing kepanasan. Tak senang duduk. Tengok sana cantik, sini cantik. Semua cantik. Rambang mata. Barang branded pulak ha. Harga pun branded la juga kahkah.

Aku berkawan dengan Aisya sejak tahun pertama masuk ke UiTM dulu. Memang dah kenal sangat dengan pe'el dia ni. Suka sangat membazir untuk barang yang tak perlu. Nanti gunanya sekali dua aje. Aku pun penat dah membebel kat minah sorang ni.

Membeli aje tahu. Ni kalau dapat jodoh dengan Dato ke, Tan Sri ke, Doktor ke, apa-apa aje la pekerjaan yang gajinya lumayan memang habis beterbangan la duit diorang sebab dok melayan nafsu membeli-belah Aisya ni.

Ala tapi demi insan yang terchenta gitu, apa lah sangat nak keluarkan duit kan? Celah gigi aje.

Tapi aku pulak...... jenis yang agak berkira-kira. Walaupun aku ada tiga orang abang, aku tak mahu lah berharap dengan mereka semua. Dulu aku pernah dilabel sebagai 'anak manja' sebab abang-abangku yang selalu datang bila aku dibuli, bila aku jatuh, menangis. But that's what brothers for right?

Lagi pula aku seorang aje perempuan muehehe.

-----

"Mama datang sini nak cari apa?" soal Akmal kepada Puan Anisah yang masih lagi melihat-lihat di sekeliling.

"Mama ingat nak cari hadiah nak bagi Husna, minggu depan dia graduate"

Husna, menantu sulung Puan Anisah.

"Kenapa mama pulak yang nak bagi hadiah kat dia? Amril kan ada? Lautan api pun sanggup direnangnya ha"

Sengaja Akmal memerli abang sulungnya.

"Husna, lautan api pun sanggup kurenang.

Demi dirimu, tiada siapa pun yang mampu menggantikan kau dalam hidupku.

Walau berjuta gadis yang datang kepadaku, dirimu tetap kupilih.

Kerana kau yang satu.

Jadilah suri hatiku, yang menyerikan kehidupanku selalu. Will you?"

Tiba-tiba Akmal tergelak sendiri apabila teringat kembali tentang ayat lamaran Amril, abang sulungnya itu kepada Husna. Jiwang sungguh! Kebetulan pula Puan Anisah dan Akmal ada semasa Amril melamar Husna.

"Ish, tak baik cakap abang macam tu" ditamparnya lembut bahu Akmal.

"Takdelah mama, gurau je hehehe" Akmal memang suka memerli dan mempermainkan adik-beradiknya yang lain. Tapi itula, hubungan mereka tetap rapat hinggalah ke hari ini.

-----

"Saya nak yang ni. Ada yang baru kan?" soal Aisya kepada pekerja di Prada ini. Aku perhati aje mereka dari jauh.

"Ada cik"

"Eh kau beli handbag ni duit ada kan? Kalau tak cukup, aku cakap awal-awal yang aku takde duit" aku bersuara serius.

Ok aku tak pernah tak serious ye. Kalau keluar dengan Aisya, jarang aku bawa duit berkepuk-kepuk sebab Aisya memang suka nak keluarkan duit untuk aku. Dah banyak kali aku membebel dengan Aisya tentang sikapnya yang suka menggunakan duit sebegitu aje tapi semuanya lalu macam angin menyapa telinga aje. Tak ada satu pun melekat!

"Don't worry Ra, aku nak guna credit card je ni" dengan tenang Aisya bersuara. Aku pun tak ada lah nak fikir apa, memang kad kredit aje lah jawapannya.

"Cik, kad cik tak boleh digunakan lah" kata juruwang Prada itu kepada Aisya. Aku dengar, tapi buat-buat tak dengar aje. Mungkin aku salah dengar tadi.

"Eh tak boleh guna? Em, kejap eh?"

Tiba-tiba Aisya menarik lenganku, pergi jauh sedikit dari kaunter.

"Ra, kau ada cash or kad kredit tak?" bisik Aisya kepadaku dengan cemas. Hah sudah, apa jadi pulak ni?

"Aku ada RM10 je sekarang ni. Aku mana pakai kad kredit bagai, beban je tau" aku pengguna kad debit, bukan kredit. Hoho

"Tak tak. Sekarang ni, kad aku problem. Duit aku pun ada RM50 je" ditunjukkan sekeping RM50 di dalam wallet merah nya. Aduh. Mula dah. Ini kali pertama perkara macam ni terjadi sewaktu aku keluar dengan Aisya. Kad apa pun aku tak bawa. IC ada la.

"Cik, ada masalah ke?" soal pekerja Prada itu kepada Aisya lagi. Aku pula yang seram.

"Em, boleh cancel tak beg tadi tu?" soalan Aisya pula takut-takut. Yelah, siapa tak takut kan? Barang bukannya murah.

"Tak boleh cik, kami ada polisi kami iaitu barang yang dibeli tidak boleh dibatalkan" kata pekerja Prada itu lagi. Polisi apa tu?! Bukan ke biasanya barang boleh cancel? Kenapa yang ni tak boleh pulak? Ewah suka-suka aje diorang ni.

"Ra, kau baliklah. Biar aku settelkan dengan orang kedai ni. Nanti aku balik sendiri" bisik Aisya. Eh eh dia ni nak pergi berperang ke dia cakap macam tu dengan aku?

Aduh tapi aku nak mintak tolong siapa pulak ni? Aku mana ada kawan lain dah. Kalau mintak tolong Hazrul, mesti aku kena marah teruk nanti.

Hazrul, abangku yang ketiga.

Aku berjalan keluar dari Prada. Aku pun tak tahu la macam mana nak tolong si Aisya ni. Aku ni pun pandai sangat datang sejauh ni hanya bawa RM10 dan IC hm. Akhirnya aku pilih untuk duduk di bangku yang tidak jauh dari sini. Takpe, kita duduk fikir kejap. Ya Allah, mudah-mudahan ada insan yang baik hati tolong Aisya, ameen!

-----

"Prada ada sale 50% lah dik. Jom kita tengok" ajak Puan Anisah.

"Ma, dah berapa banyak kedai kita masuk tapi satu pun mama tak beli lagi, tahu?" jelas Akmal.

Sudah banyak kedai berjenama yang mereka masuk, tetapi tidak ada satu pun yang dibelinya.

"Iye.. dah takde yang mama berkenan. Adik duduklah kat situ dulu biar mama masuk" dengan segera Puan Anisah masuk ke Prada.

"Takpela, adik nak pergi toilet. Kalau adik takde kat sini mama tunggu dulu tau." pesan Akmal.

Tidak lama kemudian Aisya keluar dari Prada dan duduk di sebelah Kaira.

"Aisya! Kau ok tak? Diorang buat apa kat kau?" rasa bersyukur sangat-sangat bila melihat Aisya keluar dari Prada. Ni muka Aisya ni pun macam ayam berak kapur aje.

"Diorang tak buat apa pun. Nasib baik ada sorang mak cik tu dia tolong bayarkan untuk aku tau haih" jelas wajahnya pasrah. Aisya tertunduk malu aje. Tapi.....  mak cik mana ni yang sanggup bayarkan untuk dia? Handbag kot? Kalau tak silap yang Aisya nak beli tadi tu mahal jugak. Offer pun 10% aje.

"Mak cik? Mak cik mana?" soalku bingung. Aku bingung la barang mahal pun ada orang baik hati nak bagi free kan? Tapi syukur sangat-sangat sebab Allah dah makbulkan doa aku hmmmm.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang