Bab 6

4.4K 144 2
                                    

Aku baring di atas katil bujang bilikku yang tidaklah begitu empuk. Aku lihat aje kipas di syiling yang berpusing-pusing ni.

Apa jadi la agaknya dengan penyakit aku ni? Betul ke aku kanser? Ke tumor biasa je? Ke...... eh takkan la setakat benjol biasa je kot?

Arghhh tapi kenapa la lelaki tu yang jadi doktor aku? Kenapa? Kenapa mesti doktor lelaki dan bukan doktor perempuan? Takdir ke ni?

"Ra! Kau kenal ke lelaki yang petang tadi tu?" soal Aisya. Nak tercabut jantung aku ni tahu? Dah lah main terjah aje, lepas tu terus duduk tepi kita ni. Dan sekarang tanya pasal doktor tu pulak aduh.

Nilah Aiysa ok? Kalau masuk bilik aku tak reti-reti nak ketuk pintu ke, bagi salam ke.. main terjah aje ikut suka dia.

"Kau ni dah settle terjah bilik aku dengan tak bagi salamnya lagi, lepas tu kau tanya pasal doktor tu pulak. Pernah rasa tak penumbuk aku?"  soalku pula. Ok aku memang macam ni. Penumbuk la, penampar la, kaki la. Macam-macam dah aku sebut tapi tak pernah buat lagi ok? Hehehe

"Janganla marah. Aku tanya je.."

Eh eh dia buat muka comel pulak. Haih Aisya ni kan..

"Lelaki tu doktor aku jumpa pagi tadi" jawabku acuh tak acuh. Malas nak layan drama si Aisya ni.

"Oh, hensem lah dia! Apa nama dia? hehehehe" oh my, hensem? Aisya please lah jangan tanya pasal dia lagi. Serabut otak aku, dan bikin malu aje bila teringat muka dia tahu?

"Akmal apa tah. Ish janganlah cakap pasal dia lagi. Bila teringat pasal kat hospital tadi buat aku rasa malu je"

Ya, malu. Malu. Malu yang teramat! Walaupun dia doktor, setakat barah payudara je halah apa lah sangat kan? Tapi untuk aku? Malu okay! Aku perempuan dan dia.........  lelaki!

"Kau buat apa sebenarnya kat hospital ni?" soal Aisya lagi.

Aisya memandangku, menantikan jawapan. Haih lama-lama nanti dia tahu jugak, baik aku bagitahu aje

"Ok macam ni lah, aku pun penat nak sorok. Aku suspek aku kena breast cancer. Kalau check kan.."

"Beb, serius ah?! Janganlah do" soalnya dalam nada yang serius.  Belum habis cakap lagi dia dah potong. Aduhduh. Memang terkejut la Aisya bila dengar breast cancer. Aku yang mengidap penyakit tu pun terkejut, lagi pulak orang yang mendengar ha.

"Kau ni, dengar dulu boleh tak? Ha kalau check kan mula-mula kena bagi doktor tu check fizikal aje, takkan aku nak biar lelaki tu buat kat aku kan? Lelaki yang entah siapa tu"

Ok la sebab dia doktor la dia yang cek aku tapi aku tak nak doktor lelaki yang cek! Tolong la, tak ada sesiapa ke yang faham aku?

Nak menangis aku sekarang ni. Tiba-tiba jadi beremosi pula aku cerita kat Aisya pasal doktor ni hm. Perempuan mana yang tak risau? Dengan doktor lelaki pulak? Auch

"Aku faham kau, tapi takmo la emo macam ni. Lagipun tak sahkan lagi kan penyakit kau ni?" soal Aisya, dia cuba untuk menenangkan aku. Tak terkawal pula emosi nih hukhuk.

"Ye tapi.."

"Macam nilah, apa kata kau jumpa je doktor tu mintak pendapat dia sebagai seorang doktor, bukan sebagai lelaki yang entah siapa tu atau lelaki miang memana. Okay?"

Huaaaa terharu pula aku.Alhamdulillah Allah kurniakan aku seorang sahabat macam Aisya nih. Alhamdulillah!

"Ish kalau boleh aku taknak dah nampak dia dalam hidup aku tau"

Ya,tak nak. Tak nak. Tak nak!

"Kau nak sihat ke tak? Ha kalau nak ikut lah cakap aku ye" pesan Aisya kepadaku pula. Fuh sentap pulak kita. Bukannya tak nak sentap tapi..... ah payah!

------

Akmal bersiap hendak ke hospital. Ramai juga pesakit pada pagi Isnin tetapi Akmal masuk pada pukul 8.00 pagi hari ini.

Semasa sepasang kasut kulit disarung ke kakinya, Puan Anisah pula sudah melangkah masuk ke dalam kereta. Dengan segera Akmal menghampiri kereta Puan Anisah.

"Ma! Nak pergi mana pagi-pagi ni?" soal Akmal kebingungan.

Mama ni biasanya time macam ni tengah siram pokok, tak pun Mak Long datang sini. Ni nak pergi mana?

"Nak jumpa bakal menantu. Nak ikut ke?" sengaja Puan Anisah menyoal begitu. Reaksi wajah Akmal sudah berubah dah eh eh

Bakal menantu? Amir ke nak kahwin nih? Takde pulak dia bagitahu apa-apa kat aku.

Eh, Jodoh ke Ni ?!?! (EDITING)Where stories live. Discover now